Wednesday 27 June 2018

THE PROMISED LAND : DISINI KJ, DISITU KU LI DISINUN ZAHID. BHG: II.

Bismillahhirrahmannirrahim.
  SIAPA PILIHAN MELAYU UMNO
             
Kalaupun Ku LI dilihat telah memulakan langkah pertama dalam bertemu kelompok UMNO diseluruh negara termasuk UMNO Sabah, kemeriah sambutan terhadap sosok ini, tidak dapat dinafikan sambutanya.
Namun apa yang pasti, pendirian UMNO Kelantan iaitu  dikampung kelahiranya, tidak pula menyatakan sokongan terbuka terhadap keinginan beliau.

Zahid Hamidi yang kini sedang memangku jawatan President, sedari awal telah menyatakan kesanggupan beliau untuk mengalas jawatan nombor 1 dalam UMNO tersebut.
Antara sedar atau tidak, terkecundangnya Kerajaan BN dan hilangnya kuasa UMNO dibawah Najib dan banyak juga  kerosakkan imej UMNO disumbangkan olih  "batang tubuh" Zahid, maka perlukah Zahid, diangkat?

Dari kes "menumbuk orang" ala ala samseng  sehinggalah ' bersengkokol" dengan Najib dalam menghalalkan salahkan 1MDB dalam "keberhutangan" yang menjejaskan  masa depan negara  sebenarnya  tiada kelayakkan langsung untuk beliau bagi dipilihkan untuk ke jawatan Presiden UMNO.
Itupun kalau Ahli UMNO tak buta la.

Mengangkat seseorang yang dilihat tiada intergriti dan tidak maruah dalam menerajui parti terbesar orang Melayu ini, sekiranya "diangkat";juga makhkuk.ini, nescaya, bukan saja kerusi parlimen 54 yang ada kini bakal 'bertukar arah" malahan pada PRU 15 Yang bakal pasti melenyapkan baki baki  "kerusi"Yang dimiliki UMNO.

Walaupun sedang memangku jawatan Presiden.UMNO,  penghijrah MP UMNO untuk berstatus " BEBAS" menunjukkan bahawa "kepercayaan" pemimpin UMNO terhadap keupayaan  Zahid untuk "mengangkat" UMNO dan parti Melayu terbesar ini, diragui olih mereka.

Sehinggalah kini tiada hala tuju sebenar yang diterjemahkan secara nyata olih Zahid dalam mengembalikan "keyakinan" orang Melayu.
Kerangka atau master plan " pemulihan" bagi UMNO untuk 3 Tahun yang mendatang pun tiada satu disebutkan.

Kemana arah , hala tuju  mahupun wawasan Zahid terhadap masa depan ahli yang ingin diterap terhadap parti UMNO pun tidak pasti mahupun jelas.
Dengan kegagalan bertindak sebagai Timbalan Perdana Menteri mahupun sebagai Naib President UMNO dalam membantu "mengemudi" UMNO ketika "berkuasa " , patutkah beliau dipileh atau diberikan peluang?
Semuanya terpulang....
Bersambung...

Cahaya Al Majid.

No comments:

Post a Comment