Bismillahhirrahmannirrahim.
MELAYU MANA SATU PILIHAN UMNO??
BHG : 1
Dua nama besar dalam UMNO telah menyatakan pendirian untuk bertanding bagi sesi pemilihan bagi jawatan No. 1 dalam parti UMNO iaitu jawatan Presiden selain dari KJ.
Tiga sosok ini yang telah menamakan diri mereka sendiri bagi mengisi jawatan Presiden yang telah tidak dipertandingkan buat sekalian lamanya. hanya setelah kegagalan BN dan UMNO dalam mempertahankan kuasanya diPutrajaya, dan apabila rata rata pemimpin UMNO semua peringkat menyalahkan Najib aka Presiden UMNO atas kekalahan calon BN dan UMNO dalam PRU 14, maka, sikap "luar biasa" atau " luar tabiee" ahli ahli UMNO mula terserlah dan menuntut perubahan.
Namun untuk mereka mengaku segala kesalahan Pemimpin mereka kerana" mengkhianati akan " amanah Bangsa Melayu", tiada seorang pun dari mereka mereka ini mahu "memohon maaf"diatas keterlanjuran pemimpin mereka terhadap orang Melayu, itulah sifatnya Melayu UMNO yang ada masa kini.
Walauapapun semua itu sudah terlambat, kerana "nasi dah jadi bubur dan hangit".
Nak kata apa lagi.
Ibarat kata perpatah Melayu " Dah terhantuk baru nak terngadah" ..terlewat dah..
Kini, Ku Li, KJ dan Zahid, merupakan tokoh atau calon yang "menawarkan" diri dan bertanding untuk mengisi jawatan President UMNO.
Ku Li merupakan Ahli Parliament Gua Musang sejak azalinya.
Tidak perlu diperkenalkan kerana seangkatan dengan Dr Mahathir didalam politik UMNO.
Tetapi sejarah lampau kalau imbau.dan dijadikan " kitab rujukan" nescaya ramai yang akan menolak beliau. Tetapi apa yang pasti selalunya " manusia berubah" . Samaada "Prasa" itu berlaku atau sebaliknya hanya tuan punya diri saja yang tahu.
Kalau nak dihitung atau diperincikan kebolehan dan dan kemampuan Ku LI untuk mengemudi dan mentransformkan UMNO kealaf teknolgi terkini ditambah dengan berkembangnya "media sosial"miliki anak anak muda, dirasakan sosok Ku LI tiada kemampuan untuk mengimbangi keinginan orang muda.
Penawaran mahupun keinginan anak anak muda terutama bangsa Melayu yang berpelajaran mahupun yang terdiri dari kalangan middle income , dilihat sangat menjauhkan diri dari pemimpin terutama terhadap golongan "yang tidak bolih ditegur, terutama mereka yang berdarah dan keturunan bangsawan"ini.
Samaada pemimpin mahupun Ahli biasa UMNO dapat menerima calon " bangsawan aka Anak Raja " sekali lagi sebagai Ketua mereka, hanya masa yang bakal menentukanya kerana sifatnya orang Melayu, mereka hanya suka mengikut telunjuk dan tidak suka membantah pemimpin mereka secara berdepan.
Itulah masaalah terbesar orang Melayu.
Ketidakpuasan hati dilepas dibelakang dan lepas tu mengungkit .
bersambung...
Cahaya Al Majid.
Di sini KJ-Bangla, di sana Kuli-PM-in-waiting-NOT! Di siku.....Jahid..., tercampak ke Jawa...hhmmmmm?
ReplyDeleteMoral of the statement? D situ pun tak ngam ngan Jahid-Jawa