Monday, 25 June 2018

THE PROMISED LAND : MELAYU DALAM PERJALANAN !!!!JANGAN BUTA HATI!!

Bismillahhirrahmannirrahim.

"PENYALAIAN HATI HATI MELAYU"

Hanya ada 1 jenis bahasa dan satu jenis tulisan saja yang diwarisi olih bangsa Melayu dibumi Melayu ini, sejak azalinya, iaitu Bahasa Melayu dan tulisan Jawi.

Setelah merdekanya negara ini dari British dan berkembang biaknya pendatang dari China dan India yang  diimpot olih British bagi tujuan menjadi "kuli' kepada mereka, maka, kelompok ini, telah berikan "kerakyatan" sebagai prasyarat untuk "kemerdekaan".

Walau berpuluh tahun Bahasa Melayu telah menjadi bahasa pertuturan resmi majoriti penghuni bumi Melayu ini, namun, kebanyakkan "kaum yang " mahu menjadi sebahagian dari masyarakat bumi ini masih
"lintang pukang" Bahasa Melayunya walaupun mereka berjiran, berkerja mahupun dari institusi atau sekolah yang sama.

Kini, semenjak Dr Mahathir  dan Pakatan Harapan menerajui kepimpinan negara ini melalui gerak kerja dan kesepakatan dengan parti PKR, DAP, AMANAH Dan PPBM, maka parti pemerintahan tardahulu iaitu BN telah berjaya ditumbangkan.

Sebab dan asbab Barisan Nasional tumbang adalah kerana kerakusan Najib dan Pemimpin kanan UMNO dalam "merompak" hak rakyat , mengayakan suku sakat serta tidak adil dalam mengagihkan "kek ekonomi", membebankan kehidupan rakyat dengan berbagai kenaikan terutama cukai GST, selain dari menyisih dan menafikan hak hak orang Melayu, maka, penolakkan majoriti rakyat menjadi realiti.

Sebenarnya "kehilangan kuasa" ini merupakan satu "turning point" sebagai satu kebangkitan Bangsa Melayu Dalam peejalanan untuk 'membentuk Bangsa Melayunya yang padu".

Bibit bibit "api pembakaran hati Melayu" dah pun bermula tanpa mereka sedari.

Penggunaan bahasa resmi negara selain Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris olih "Geng' Kerajaan Pakatan iaitu DAP telah mula digunapakai.
Dan kini dipertahankan serta "disah"kan atau " dihalal" kan olih sipelaku sendiri, iaitu Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Tanpa memandang "sejarah" mahupun menghormati Bahasa Melayu yang dijunjung olih orang Melayu yang ber Rajakan mahupun bersultankan Sultan Sultan berdarah Melayu,maka, implikasi dari "penjarahan" penggunaan selain Bahasa Melayu dan Inggeris ini bakal menjadi " during dalam daging' terhadap kepimpinan  Kerajaan Harapan.

Bukan hanya penggunaan bahasa Melayu saja yang bakal "meledak", malahan "sifat riak" dan ' bahasa mulut leser"  tak bertapis dari kelompok ini juga bakal, menjurangkan lagi "hati hati Melayu" terhadap Kerajaan Pakatan walaupun pada zahirnya dilihat "intim".

Inilah jalan jalan yang perlu ditempuhi mahupun diharungi olih Bangsa Melayu untuk tempoh 2 Tahun yang mendatang ini.

Olih itu, perlu saya ingatkan "JANGAN salahkan Dr Mahathir" dan bersedialah untuk prasa yang lebih menyakitkan hati'

Cahaya Al Majid.








1 comment:

  1. Semua sudah ketetapan dan aturanNya. TDM muncul 2018 as a 7th PM of tanah Melayu adalah sebagai tanda dan pembuka jalan untuk peristiwa penting lain.
    Marilah kita menyeru sekali lagi kpd semua bani umat Melayu Islam, kukuhkan saf sebab spt tuan, kita sudah membicarakan bunga²yg akan berlaku antara 2017-2020 di laman tuan beberapa waktu terdahulu.

    Melayu sifatnya perlu diherdik, dicaci, dihina dan dicabar untuk 'menyedarkan' dan membangkitkan alternya nanti.
    Tarikh dan jamnya, urusan Allah.
    Wallahua'lam.

    ReplyDelete