Saturday, 23 June 2018

THE PROMISED LAND: RINTANGAN MENUJU KEMANISAN.

Bismillahhirrahmannirrahim.

Adakah Kristian  Hindu ataupun Buddha akan menjadi penghalang kepada kebangkitan Islam dan Melayu dibumi Melayu?

Kalau ikutkan rasa hati orang UMNO atau PAS  sememangnya isu ini bakal dijadikan"modalniaga" politik masing masing.

Tetapi jangan takut!!!

Penganut agama Kristian, Hindu mahupun Buddha tidak akan menjadi penghalang kepada kebangkitan dan perjuangan ini.

Terdapat ramai umat Melayu Islam gusar hati mahupun takut dengan kehadiran ramai Rahib Rahib mahupun Pastor pastor Kristian mahupun Sami Sami dari agama lain bekeliaran dibumi Melayu ini bagi menyampaikan "pegangan" ataupun kepercayaan mereka walaupun mereka tiada hak seperti yang termaktub didalam perlembagaan.

Namun golongan inilah yang amat ditakui olih kebanyakkan orang Melayu Islam,  kenapa?

Tidak perlu dikhawatiri akan kehadiran mereka ini sekiranya tuan tuan beriman dan yakin dengan Al Quran dan agama Islam.

Sebenarnya kelompok kelompok agamawan bukan Islam ini adalah manusia yang paling mudah untuk dipujuk hatinya.

Mereka mereka ini sebenarnya " berhati lurus" dan hati hati mereka sebenarnya sedang mencari 'pohon untuk berteduh" dan mahu berpaut pada kebenaran, cuma, mereka terkhilaf pegangan saja.

Kebanyakkan agamawan kita sendiri yang lalai atau buta hati dalam menilai sesuatu yang berlaku disebalik sesuatu kejadian.

Merungkai "permasaalah hati mereka" ini, sekira dibuat secara berhemah, tertip dan dengan perasaan merendah diri , inshaallah, kekangan , perbezaan tentang kepercayaan beragama, pasti mudah untuk dilakukan.

Apa yang bukan Islam fahami dan terlekat diminda mereka adalah"semua agama itu sama" , iaitu, agama menyeru kepada kebaikkan dan saling hormat menghormati sesama manusia dan berlaku adil.
Dan mereka juga yakin bahawa Tuhan itu adalah Satu.

Persepsi dan fahaman bahawa "semua agama itu sama" inilah yang perlu kita perbetulkan dan kita rungkai secara ilmiah.

Kerja kerja menyampaikan kata kata kebenaran ini sebenarnya tidak tertakluk kepada sebarang syarat samaada dari pihak Berkuasa agama mahupun sesiapa saja.
Kerana kerja ini adalah * fisabililah* "menyampai kerana Allah SWT".
Tidak ada bayaran mahupun imbuhan.
Atau dengan "redha" hati.

Dan kebenaran tentang Allah SWT, Al Quran dan Islam pasti disusuli dengan bantuan dari Allah SWT untuk diberikan petunjuk.

Sekarang umat Islam kebanyakkan nya sedang diperolok olokkan serta ditakut takutkan olih kelompok para agamawan dan penguasa agama Islam sendiri.

Kemungkinan ahli agamawan ini takut hilang pengikut mahupun hilang kedudukan mahupun  hilang matapencarian,maka inilah yang menjadi penghalang kepada kelompok ini dalam menyampaikan "kata kata" kebenaran .

Berlainan cara menyampai dan berbeza pandangan, dipandang serong serta dilabelkan dengan berbagai gelaran.
Itulah yang berlaku mutakhir ini.

Sebenarnya kekangan yang nyata tentang usaha penyebaran agama Islam ini sebenarnya datangnya dari pemerintah Islam sendiri,  terutama Penguasa Agama dan Pejabat Agama.
Berbagai sekatan dan syarat telah dikenakan.

Kerana terlampau banyak 'syarat" yang dihempuk keatas  usaha "pembelai hati" ini, maka, usaha dan "Kerja" mulia ini terganggu dan terbantut mahupun tertangguh.

Sebenarnya untuk menyampaikan "kata kata " Allah SWT ini, tidak memerlukan ''kertas kelayakkan pun.
Kerana disebabkan "kepentingan" puak tertentu, maka ruang sebenar, semakin menyusahkan.

Penceramah, Ustaz mahupun cerdik pandai agama tidak sama stailnya dengan " pembelai hati".
Definasi dan tanggungjawap mereka juga amat berbeza.

Kepada "pembelai pembelai hati" teruskàn usaha, bertawakal kepada Allah SWT, inshaallah  ,Allah SWT bersama anda.

Cahaya Al Majid.










No comments:

Post a Comment