Bismillahhirrahmannirrahim.
KEKALKAN NAMA MOHAMMAD UNTUK ISLAM DAN MARUAH BANGSA MELAYU
Rantau merupakan kawasan majoriti kaum Melayu yang beragama Islam.
Belum pernah sebelum ini kawasan Rantau ini dimenangi olih bangsa lain selain Melayu.
Tok Mat dah mewakili kawasan ini melebihi 14 tahun dan tidak mempunyai masaalah, malahan banyak pembaharuan dan pembangunan dibawa kekawasan ini.
Yang menjadi masaalah ketika ini adalah Pakatan Harapan yang menjadi Kerajaan samaada diperingkat negeri mahupun Pusat.
Mereka mengidamkan kawasan Rantau ini semata mata kerana 'maruah politik' untuk Mahathir mahupun Anwar dan bukanpun mahu membantu rakyat sangatpun.
Apa yang kita tahu ajenda untuk membantu rakyat dibawah Pakatan Harapan pun hanya sekadar " harapan" seperti nama blok mereka 'Pakatan Harapan".
Mereka sebenarnya mahu 'melumpuhkan UMNO" dan BN dengan cubaan menjatuhkan Tok Mat Hasaan, kerana,
Kini Tok Mat Hassan merupakan orang terpenting dalam UMNO, dan hala tuju matlamat serta masa hadapan UMNO bergantung diperjalanan nya.
Pakar strategi Pakatan Harapan sudah mula melihat akan ketrampilan dan keupayaan Mat Hasan dalam mengangkat UMNO dan BN kembali kepersada hati orang Melayu termasuk Pas dan ini menjadi igauan ngeri buat DAP.
Itu sebab DAP melebelkan "penyatuan ummah" antara Melayu UMNO dan Melayu PAS ini sebagai "taliban".
Walaupun hanya berstatus Timbalan Presiden yang menjalankan tugas tugas Presiden UMNO,namun, strategi beliau dalam 'mengolah" buat kemenangan kerjasama BN dan PAD di Cameron Highland dan Semenyih, menyentapkan "hempedu" Mahathir dan Anwar Ibrahim.
Dengan berbekalkan nama yang sama dengan namw junjungan kita Nabi Muhammad saw dan berbinkan nama cucunda Nabi Muhammad saw iaitu Hassan, seolah olah, Allah SWT sedang memberi peringatan bahawa nama Muhammad dan Hassan ini perlu dikekalkan dan diangkat kepersada kuasa.
Inshaallah, pada perhimpunan agong UMNO nanti, Tok Mat bolih diangkat sebagai Presiden UMNO untuk memacu orang Melayu dan Islam kesatu tingkatan yang lebih ternama berbanding apa yang tercalar kini dibawah Pakatan atau Mahathir.
Cukup setakat ini, inshaallah..bersambung..
Cahaya Al Majid.
Sdr Al-Majid,
ReplyDeleteSaya juga telah lama tidak singgah di blog ini semenjak sdr Al-Majid berdegar-degar mahu bertanding di PD sehingga saya menyumbang dan kemudian sdr Al-Majid menarik diri di atas alasan 'tak cukup dana'. Yang sebenarnya adalah sebab sdr dah buat kira-kira dan kelihatan tiada sebarang keuntungan peribadi, dan malahan akan merugikan pula. Hehehe, jgn marah.
Hebat sdr Al-Majid menghentam Tun di dalam posting-posting yg lepas. Wah, ini mesti didorong oleh perasaan merasakan diri sendiri lebih hebat daripada Tun yang telah, sedang, dan masih bertungkus lumus menyelamatkan negara dari malapetaka-malapetaka yang benar sekiranya ia telah tewas di dalam mana-mana pertempuran yang ia ketuai. Ia tidak pernah menjadikan apa-apa halangan sebagai alasan untuk berundur dari medan perjuangan apatah apatah lagi alasan 'tidak cukup dana'. Ahaks.
Di dalam setiap langkah yang ia ambil Tun sentiasa membuat keputusan yang betul di dalam ruang lingkup yang ia ada dan sentiasa 'memahami keutamaan'. Paling benar sejarah membuktikan pasukan pimpinannya tidak pernah tewas, dan sekiranya ia telah tewas di dalam mana-mana pertempuran yang ia ketuai, maka malapetaka yang benar akan menimpa agama, bangsa dan negaranya. Misalnya ialah sekiranya ia telah tewas di dalam pertempurannya untuk menumbangkan UmNo-Najib-BN, maka malapetaka-malapetaka berikut akan menimpa negara Mim, bangsa Mim dan umat Mim:-
1. Malapetaka kekal ditadbir oleh sebuah kerajaan kleptokrasi yang menipu, khianat dan menindas rakyat, dengan kekayaan dan amanah negara seperti FELDA, TH dan lain-lain diratah dan ditarah dengan rakus sekali oleh para pengkhianat ini. Silap haribulan negara benar-benar telah jatuh bangkrap akibat pengkhianatan-pengkhianatan yang berterusan ini.
2. Malapetaka kekal menjadi sekutu Yahudi Zionist Israel melalui pelantikan syarikat APCO sebagai penasihat kerajaan. Silap haribulan Israel akan diiktiraf oleh negara ini sebagai sebuah negara yang sah dan berdaulat.
3. Malapetaka kekal menjadi sekutu Nasrani Zionist Amerika sebab PM Najib semasa itu telah memberikan wala mutlaknya kepada President Trump melalui lafaz 'your enemy is my enemy'. Silap haribulan wang pencarum KWSP telah pun benar-benar disalurkan ke negara Uncle Sam itu untuk membina dan mengukuhkan konomi Amerika seperti yang dipertaruhkannya di hadapan Trump.
4. Malapetaka menjadi sebuah vesel state yang tunduk dan terikat kepada hegemoni China Komunis, dan demikian negara ini akan hilang kedaulatannya sebagai sebuah negara yang benar-benar merdeka. Silap haribulan Forest City dan MCKIP akan menjadi wilayah luar China yang diperintah terus dari Beijing.
Pada masa Tun sedang berusaha menyelamatkan 3M dari malapetaka-malapetaka di atas Tok Mat berada di dalam pasukan yang kalau pasukan ini menang, maka malapetaka-malapetaka di atas akan benar-benar berlaku.
Tok Mat lebih baik dari Tun M? Hahaha.. Kerana namanya Mohamad? Hahaha, beginilah level pemikiran seorang ruwaibidhah yang tidak menyedari betapa ia kebingungan di dalam menilai di antara kebenaran dengan kebathilan.
John Doe tidak mahu memberi komen tentang PRK Rantau kerana apa sahaja keputusan di Rantau tidak akan mengubah kedudukan Tun sebagai PM. Tun sebagai PM itulah yang penting untuk Melayu, Malaysia dan Muslimin kekal selamat dari malapetaka-malapetaka yang benar sekiranya Tun tewas. Lain-lain PRK hanya bertaraf askar di dalam permainan catur. Menang atau tewas tidak mengubah kedudukan 'Raja'. Tengku Razaleigh yang pernah tewas di tangan Tun malahan mengakui perkara ini.
(Bersambung)
(Sambungan)
ReplyDeleteAda perkara yang JD mahu kongsikan di sini sbg jawapan cercaan-cercaan sdr ke atas Tun. Supaya kelak apabila pembenci-pembenci Tun dari kalangan pendusta dan ahli fitnah ditewaskan secara mutlak, dan para pembenci Tun dari kalangan ruwaibidhah iaitulah orang-orang yg bodoh sombong dan orang-orang yang bingung yg menyangka diri mereka bijak akan diminta bertanggungjawab di hadapan thaifah, akan segala fitnah, tohmahan dan cercaan yang mereka lemparkan ke atas Tun ketika zaman fitnah ini sedang berlangsung, mereka semua tidak lagi boleh berkata 'sesungguhnya kami tidak mengetahui bahawasanya Tun Mahathir adalah Pembawa Panji Hitam. Sekiranya seseorang telah memberitahu kami akan perkara tersebut sudah tentu kami tidak akan menentangnya, memfitnahnya, mentohmahnya dan mencercanya pada ketika zaman fitnah itu berlangsung'.
Izinkan John Doe memberitahu Sdr Al-Majid dan para pengunjung blog ini bahawa walau apa pun keputusan di Rantau, dengan izin Allah, Tun akan kekal PM.
Tun akan kekal PM sehinggalah Tun dan pasukannya benar-benar checkmate kesemua pasukan lawan-lawan mereka yang bersekutu untuk menjatuhkannya;
Tun akan kekal sbg PM sehinggalah pasukan-pasukan yang bathil itu kesemuanya tewas dan lenyap buat selama-lamanya;
Tun akan kekal sbg PM sehinggalah kebenaran itu tertegak dan orang-orang yang berada di atas petunjuk Tuhan mereka benar-benar muncul sebagai golongan yang menang;
Dan Tun akan kekal sbg PM sehinggalah zaman fitnah itu benar-benar ditinggalkan dan umat melangkah ke zaman baru.
Apabila kesemua perkara di atas telah berlaku, segala perbahasan mengenai kod-kod khabar nubuwwah mengenai akhir zaman akan terhenti serta-merta disebabkan hakikatnya telah pun terbongkar.
Bangsa manakah yang disebut sebagai Bani Tamim telah pun diketahui oleh seluruh umat tanpa sebarang keraguan.
Siapakah lelaki yang digelar Pemuda Tamim @ Pembawa Panji Hitam juga telah pun diketahui oleh seluruh umat tanpa sebarang keraguan.
Bandaraya manakah yang disebut sebagai Bandaraya di dalam kisah-kisah akhir zaman telah pun diketahui oleh seluruh umat tanpa sebarang keraguan.
Negeri mana yang bergelar negeri yang berhadapan dengan sebuah sungai telah pun diketahui oleh seluruh umat tanpa sebarang keraguan.
Siapakah 314 ahli pasukan panji hitam dengan identiti mereka telah pun diketahui oleh seluruh umat tanpa sebarang keraguan.
Di mana dan bagaimana Al-Malahamah Al-Kubra akan berlaku dan apakah senjata kemenangan pasukan Panji Hitam untuk memenangi perang ini juga telah pun diketahui oleh seluruh umat tanpa sebarang keraguan. Segala perbahasan akan terhenti.
JD telah pun memberitahu penemuan JD akan jawapan kepada persoalan2 tersebut iaitu:-
1. Bani Tamim adalah bangsa Melayu;
2. Pemuda Tamim @ Pembawa Panji Hitam ialah Tun Mahathir.
3. Bandaraya akhir zaman ialah Putrajaya.
4. Negeri yang berhadapan dengan sungai adalah Malaya yang mengadap selat Melaka.
5. 314 ahli-ahli Pasukan Panji Hitam ialah Tun Mahathir dan 313 pendokongnya.
6. Al-Malhamah Al-Kubra bukan perang nuklear seperti telahan Sheikh Imran Hossein sebaliknya adalah pertempuran klimaks di antara pasukan Tun Mahathir bertembung dengan pasukan-pasukan lawannya yang bersekutu di Putrajaya. Senjata kemenangan pula adalah ilmu, hikmah dan karamah.
Apapun terima kasih kerana memberi ruang kepada JD untuk berkongsi penemuan ini.
Tidak perlu percaya apa-apa. Mahu mencaci atau mahu mempersenda pun malahan dipersilakan. Asal kelak jangan cakap JD tak payung.
Que sera sera.
Wallahu a'lam.
Mengarut tahap gaban dah ni...
DeleteFUYOOO PEMMUDA BANI TAMIN 93 TAUN KINI
DeleteANAK CUCU PEJUANG COMANGO LIBRAL GAY LGBT
KINI BERTEMPO SESAMA SINDRI DNG ALJUBORI
PANJI MANA MELINGKOP DULU KITA TEPUK SEKUAT HATI
PANJI MANA KIBAR KE TAK NI...!!
KIKIKIKI..
Tun nak bagi kelebihan Tok Mat menang bergaya. DNA UMNO masih ada. Siapa tak sayang parti yang lama diterajui sebelum ni. Kalau Tok Mat lawan yang calon pilihan rakyat, ditakdirkan kalah, malu pulak UMNO. Banyak-banyak la berterima kasih dengan Tun. Pahit dan sukar keputusan yang Tun ambil.
ReplyDeleteJohn Doe...awat kau nie species paling banggang duduk kat Malaysia
ReplyDelete