Tuesday 26 November 2019

THE PROMISED LAND: ROMBAK KABINET??? MAHATHIR ALIH ISU PEMBOHONGAN!!

Bismillahhirrahmannirrahim.

Apa lagi yang bolih Mahathir buat bagi menututup malu dari diganyang olih rakyat yang sedang marah kerana kegagalan pentadbiranya serta kegagalan ahli kabinet dapur beliau yang gagal mengekekang kenaikan kos sara hidup yang sedang melambung sekarang ini.

Tup tup sibuk nak rombak kabinetlah nak tukar tu la..bagai...siap buat press conference...alih alih..katanya tunggu tahun depan....

Hahahaha...ini standard MAHARAJA LAWAK!!!!

Dalam rakyat disibukkan dengan "rombak kabinet'  Mahathir terbang ke Korea ..konon...nak cari pelaburan dan rakan strategik!!!!

Hahaha...dunia.dah nak gawat ..siapa nak melabur lagi...pelabur pelabur luar pun dah cabut...takut Kerajaan pimpinan Mahathir dan PH tak stabil...

Nilai ringgit merudum!!!
Bursa saham...tercorot didunia!!!setiap minggu billion ringgit keluar..silap silap nilai tinggal 1200.mata je..dan bursa terpaksa digantung!!!.

Konon nak.tunjuk lagak lagi..
Siap.umum nak buka balik kedutaan kat Phyongyang....
Nak.ke Korea Utara pulak cari pelabur!!!
Negara komunis jugak yang Mahathir idamkan..tak.cukup dengan China Komunis!!!
mampus negara ni..dibawah Mahathir kali.ni!!

Abu mayat Chin Peng dan.bendera Malaysia idaman cina komunis corak "berbintang lima"dah dikibarkan diacara MABA, apa tindakan Kerajaan PH dan BOSSnya.DAP nak.buat???

Nampaknya Kerajaan PH pimpinan Mahathir dan Kit Siang ..akan..menghalalkan dengan senyuman
" kan mereka dah minta maaf".
Itulah..pegangan PH!!!

Cahaya al Majid.





Friday 22 November 2019

THE PROMISED LAND : "PERANGKAP"DEMI MEREDAKAN KEMALUAN DI TG PIAI!!!

Bismillahhirrahmannirrahim.

Tiada apa lagi yang mampu dibuat olih Mahathir dan Pakatan Harapan bagi meredakan kemaluan mahupun menepis ketebalan muka kerana kekalahan yang memalukan di Tanjung Piai  melainkan "memerangkap" pencuri olih penyamun.

Kebebalan sipencuri yang sememangnya sedang kemaruk mengejar  kuasa dan terbuai pula olih sanjungan yang melangit dan seakan akan merasakan kumpulan mereka sedang memerintah negara, akhirnya, terjerat , dengan permainan musuh sendiri. 

Padan muka!!!

Dah kena lah tu, bak kata Allahyarham P. Ramlee, sipenyamun menipu sipencuri...hahaha...alih alih..dua dua kena maki dengan penyokong sendiri.

Kem si.Pencuri menafikan bahawa kelompok mereka mahu menyeberang jambatan manakala sipenyamun pula menyatakan bahawa kelompok ini.mahu menyertai mereka pula.

Hadooooi!!!!

Siketua Penyamun pula..sama gak mahu mempertahankan lagi tindakan si kaki semburit...berbelit belit alasan diluahkan..kalau dah dasar penyamun..asalkan bolih meredakan kemaluan di Tg Piai..semuanya onnz.je.

Inilah jenis pemimpin politik yang ada masa ini, mereka hanya mementingkan kuasa dan harta rampasan saja..soal rakyat..bolih pergi jahanam..

Inilah akibatnya..bila pemimpin Melayu hanya gilakan kuasa..pemimpin bukan Melayu pula sibuk..melapah kekayaan negara untuk diagihkan kepada bangsa dan kaum mereka..

Memang jahanam negara.ni...patutlah bala datang sileh berganti..
Kini "malapetaka ekonomi" bakal meledak..
Tunggu je la..

Cahaya Al Majid.






Thursday 21 November 2019

THE PROMISED LAND : EIK !!!KADIR JASIN PUN DAH BISU???

Bismillahhirrahmannirrahim.

KALAU TIDAK..KADIR JASIN LAH YANG TERLEBIH SUDU DARI KUAH!!!

Kalau sebelum ni..berapi api..tulisan Kadir Jasin membela dan membenteng batang tubuh Mahathir.dari dikecam.
Macam tak.cukup tanah dihambatnya dan dikerjakan cukup cukup bagi mempertahankan Bersatu ,Pakatan Harapan mahupun diri Mahathir.

Berjela jela tulisan beliau mengangkat akan kejayaan Mahathir sebelum PRK TG Piai.

Tetapi...

Sejak kekalahan calon parti Mahathir iaitu PPBM atau Bersatu di Parlimen Tg Piai, yang mana ini sangat memalukan diri Mahathir serta gerombolan PPBM,tiada langsung ulasan Pak Kadir tentang kekalahan tersebut diblog beliau..

Hai..apa sudah.jadi????

Semenjak kekalahan parti Bersatu,.rata rata pemimpin parti dari Dap, PKR mahupun Amanah..mula..mempertikaikan kewibawaan Mahathir. Siap Kiri dan kanan lagi Mahathir kena balun..

Ada yang menyuruh Mahathir letak jawatan, ada yang suruh Mahathir serahkan jawatan pada Anwar ada yang mengatakan bahawa Mahathir sudah tidak releven.lagi bagi Malaysia mahupun terhadap Pakatan Harapan.
Bermacam macam ..lagi ditunjalkan kepada Mahathir..

Tetapi yang herannya...tiada pulak Pak Kadir..membalun mereka.yang mendesak Mahathir untuk melepaskan.jawatan dan mempertikaikan kewibawaan Perdana Menteri aka Mahathir..

Pelik pulak rasanya...

Dah bermacam macam cabaran dibuat keatas Mahathir terutama pemimpin Cina DAP,.tetapi ..sepatah haram..Pak Kadir tak bentes kelompok.ini...

Atau.Pak.Kadir pun sekapal.jugakke dengan kelompok pendesak.ini.kot???

Cahaya Al Majid.


Tuesday 19 November 2019

THE PROMISED LAND : PAKATAN HARAPAN BAKAL BERKECAI!!!

Bismillahhirrahmannirrahim.

Semenjak merudumnya sokongan rakyat terutama orang Melayu di Tg Piai terhadap Mahathir dan PPBM serta disilang dengan strategi ampuh olih Anwar Ibrahim PKR dan Lim Kit Siang DAP ?
Kenapa merudumnya sokongan pengundi untuk calon dari Bersatu iaitu Wak Karmanie, jatuh amat ketara sekali ?
Majoriti undi melebihi 15000?
Apa silapnya???
Adakah ini tandanya rakyat sudah kembali ke pangkuan UMNO atau BN mahupun MCA???

Sebenarnya Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang sudah tidak sabar lagi untuk Anwar Ibrahim dinobatkan bagi menduduki kerusi Perdana Menteri.
Dalih demi dalih serta alasan demi alasan diberikan olih Mahathir untuk beliau tidak menyerahkan kerusi PM kepada Anwar.

Kepanasan hati Anwar Ibrahim semakin membuak buak, tetapi, tindakan ini tidak diterjemahkan secara terangan olih Anwar Ibrahim tetapi sebaliknya Anwar Ibrahim menggunakan rakan sekutu rapatnya iaitu DAP PKR mahupun Amanah dalam merealisasikan perancanagannya.

Yang paling ketara adalah pada PRK Tg Piai. Pensabotajan terhadap calon PPBM atau Bersatu dengan kurangnya pengundi Cina untuk keluar.untuk membuang undi berbanding kaum Melayu amat jelas sekali.

Apa yang berlaku kini adalah strategi Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang untuk melemahkan Mahathir melalui Bersatu atau PPBM dalam Pakatan Harapan. Sewaktu PRU 14 Mahathir atau Bersatu hanya memenangi 13 kerusi Parlimen saja dan kini Bersatu telah kehilangan Parlimen Tg Piai pula.
Tidakkah ini telah memberi implikasi yang buruk terhadap Bersatu ,parti yang Mahathir sendiri tubuhkan?

Diblog Ameno World ada dituliskan nama nama pemimpin DAP, PKR serta Amanah yang mendesak Mahathir untuk melepaskan jawatan Perdana Menteri.

Hahahah...

sampai berdarah hidung Mahathir..manahan perasaan marah..

Darah dah mula naik ke ????

Itu adalah tanda tanda " sistem badan sudah mula tak menentu dan terganggu" atau "darah dah mula mengelegak"

Walauapapun jangka hayat Pakatan Harapan sudah dapat dijangka dan sudah tak lama lagi dah tu..

Jangkamasanya tidak lebih 6 bulan..bakal berkecai dan....

DAP, PKR dan Amanah..bakal dikencingkan!!!!

Cahaya Al Majid.










Friday 15 November 2019

THE PROMISED LAND : MAHATHIR DAN PPBM TERSUNGKUR!!!

Bismillahhirrahmannirrahim.

Mahathir merasakan dirinya adalah betul tetapi selepas 22 tahun memerintah..
Apa yang rakyat saksikan...

"Sejarah membuktikan bahawa Mahathir selalu salah dan merosakkan".

Zaman kegemilangan serta keterpersonaan orang Melayu terhadap batang tubuh dan susuk Mahathir dah sampai dipenghujung jalan.

Walaupun beliau berhempas pulas dalam cubaan untuk mengekalkan akan keperluan diri beliau untuk berada dipuncak kuasa, namun, apa yang dapat disaksikan ,semakin hari semakin berliku pula jalan yang harus beliau ditempuhi.

Bersandarkan kepada apa yang pernah beliau lakukan terhadap bekas Perdana Menteri iaitu Tunku Abdul Rahman mahupun  Abdullah Badawi serta Najib Razak serta beberapa lagi tokoh politik Melayu yang di"pancung kuku mereka"secara terangan, kini, pengajaran yang paling pedih yang akan Mahathir dilalui adalah dirnya bakal dikerusirodakan olih perbuatan beliau sendiri.

Blog ini , sebelum ini, tidak pernah segarang dan sesinis  ini dalam mengulas tentang keberadaan Mahathir dalam ertikata masyarakat Melayu.
Tetapi disebabkan tindak tanduk serta kata kata yang dilemparkan terhadap Bangsa Melayu amat mengguris hati, maka, memulang paku buah karas adalah wajib.

Semenjak dipilih menjadi Perdana Menteri olih Majlis Pakatan Harapan, yang dibarisi olih  Presiden Presiden Parti yang pernah mencerca dan menuduh Mahathir dengan bermacam macam skandal salah guna kuasa serta digelar sebagai "Diktator", kini, mereka menjilat ludah mereka.sendiri.

Mahathir juga pernah melabel musuh beliau dengan bermacam macam panggilan namun, segala caci nista yang dilemparkan terhadap musuhnya dan beliau dengan sengaja (Mahathir) mahu orang Melayu terlibat sama untuk bersubahat dengan dosa dosa yang diri beliau lakukan.

Inilah permainan Mahathir sejak dahulu hingga kini.

Ini adalah tahun tahun terakhir buat beliau, sekiranya, Mahathir masih merasakan bahawa perbuatan beliau dahulu dan kini  dirasakan betul dan benar maka beliau akan terlepas dari hinaan tanah Melayu.
Tetapi sekiranya perbuatan beliau adalah sebaliknya, maka, kehinaan dunia dan sumpah " Tanan Melayu" pasti membaluti hari hari terakhir beliau.

Saksikan...

Cahaya Al Majid.





Thursday 14 November 2019

KELUH KESAH MELAYU TERHADAP MAHATHIR DAN DAP

Bismillahhirrahmannirrahim.

Hari Sabtu merupakan hari pengundian bagi Parlimen Tanjung Piai.

Walaupun kawasan ini merupakan kawasan majoriti Melayu namun disebabkan blok undi Melayu telah terbelah dua iaitu antara UMNO dan Bersatu maka pertembungan antara calon Melayu yang diwakili calon dari PPBM bakal berdepan dengan wakil calon BN dari  parti MCA.

Sebenarnya majoriti orang Melayu di Tanjung Piai ini tidak menginginkan calon bukan Melayu dari MCA tetapi apabila persepakatan dibuat demi kelangsungan BN serta kemarahan.orang Melayu terhadap keceluparan Cina DAP terhadap isu besar negara yang melibatkan kepentingan orang Melayu, agama Islam, Institusi Raja Raja Melayu dan Perlembagaan Negara, maka, signal, kepada Mahathir dan kempinan PH terutama DAP wajib disampaikan.

Orang Melayu telah menilai akan keberkesanan kepimpinan Mahathir dan PH, tetapi, apa yang dinilai olih orang Melayu adalah keburukan dan kebrengsekkan DAP yang semakin menjadi. jadi seolah olah DAP berkuasa penuh dan menentukan semua "hala tuju" negara seakan ditangannya dan  bukan Mahathir.lagi.
Mahathir dilihat "mengendur" bila dibelasah olih rakan dalam Pakatan.


Keceluparan mulut pemimpin DAP semakin menjadi jadi dan  perbuatan ini dapat dilihat namun disebabkan PPBM tidak mempunyai pemimpin yang berkaliber selain Mahathir , tiada siapa lagi yang berani untuk menangkis atau membela Mahathir apabila " kena balun" dengan jeneral mahupun panglima DAP, maka, "lekeh" adalah perumpamaan yang selayaknya dipakaikan terhadap Mahathir dan Bersatu.
Itupun Melayu Bersatu tak sedar diri.

Tetapi demi.kelangsungan kuasa Melayu , agama Islam yang telah "tercela" lebih 16 bulan ini ditangan Mahathir dan PH yang sememangnya berpaksikan kepada DAP,maka, orang Melayu sudah mula menyadari dan terhidu akan malapetaka yang.lebih besar yang bakal berlaku sekirannya Mahathir dan PH terus diberi kuasa.

Bersediala..mementum Cameron Highland dan DUN Rantau bakal berulang di Tanjung Piai.

Sokongan orang Melayu kini bukanlah terhadap Zahid Hamidi mahupun Najib mahupun Barisan Nasional tetapi lebih kepada kepentingan mengangkat  isu isu bangsa Melayu , agama Islam dan Institusi Raja Raja Melayu yang telah diperlekehkan olih orang bukan Melayu dari DAP samaada India mahupun Cina .
Kaum ini  sangat rasis dan bersifat ultra kiasu.

Untuk pengetahuan Mahathir dan PPBM..mereka dah kena "game" dengan "sahabat sebantal"  di Tanjung Piai..

Cahaya Al Majid.