Friday, 15 November 2019

THE PROMISED LAND : MAHATHIR DAN PPBM TERSUNGKUR!!!

Bismillahhirrahmannirrahim.

Mahathir merasakan dirinya adalah betul tetapi selepas 22 tahun memerintah..
Apa yang rakyat saksikan...

"Sejarah membuktikan bahawa Mahathir selalu salah dan merosakkan".

Zaman kegemilangan serta keterpersonaan orang Melayu terhadap batang tubuh dan susuk Mahathir dah sampai dipenghujung jalan.

Walaupun beliau berhempas pulas dalam cubaan untuk mengekalkan akan keperluan diri beliau untuk berada dipuncak kuasa, namun, apa yang dapat disaksikan ,semakin hari semakin berliku pula jalan yang harus beliau ditempuhi.

Bersandarkan kepada apa yang pernah beliau lakukan terhadap bekas Perdana Menteri iaitu Tunku Abdul Rahman mahupun  Abdullah Badawi serta Najib Razak serta beberapa lagi tokoh politik Melayu yang di"pancung kuku mereka"secara terangan, kini, pengajaran yang paling pedih yang akan Mahathir dilalui adalah dirnya bakal dikerusirodakan olih perbuatan beliau sendiri.

Blog ini , sebelum ini, tidak pernah segarang dan sesinis  ini dalam mengulas tentang keberadaan Mahathir dalam ertikata masyarakat Melayu.
Tetapi disebabkan tindak tanduk serta kata kata yang dilemparkan terhadap Bangsa Melayu amat mengguris hati, maka, memulang paku buah karas adalah wajib.

Semenjak dipilih menjadi Perdana Menteri olih Majlis Pakatan Harapan, yang dibarisi olih  Presiden Presiden Parti yang pernah mencerca dan menuduh Mahathir dengan bermacam macam skandal salah guna kuasa serta digelar sebagai "Diktator", kini, mereka menjilat ludah mereka.sendiri.

Mahathir juga pernah melabel musuh beliau dengan bermacam macam panggilan namun, segala caci nista yang dilemparkan terhadap musuhnya dan beliau dengan sengaja (Mahathir) mahu orang Melayu terlibat sama untuk bersubahat dengan dosa dosa yang diri beliau lakukan.

Inilah permainan Mahathir sejak dahulu hingga kini.

Ini adalah tahun tahun terakhir buat beliau, sekiranya, Mahathir masih merasakan bahawa perbuatan beliau dahulu dan kini  dirasakan betul dan benar maka beliau akan terlepas dari hinaan tanah Melayu.
Tetapi sekiranya perbuatan beliau adalah sebaliknya, maka, kehinaan dunia dan sumpah " Tanan Melayu" pasti membaluti hari hari terakhir beliau.

Saksikan...

Cahaya Al Majid.





4 comments:

  1. APA GUNA UMUR PANJANG TAPI BERAKHIR DENGAN PENGHINAAN. LEPAS UNDUR DIRI DIA MAU PM YG GANTINYA ADALAH PROKSI YG IKUT TELUNJUK. DIA MARAH BILA GAGAL.... BETUL KATA UST FADZIL NOOR "DOAKAN DIA UMUR PANJANG SUPAYA DPT MELIHAT KEROSAKAN YG DIA BUAT"

    ReplyDelete
  2. Allah tidak pernah silap mengatur kehidupan manusia atau sebuah bangsa atau sebuah negara.
    Semuanya dalam ketetapanNya dan Dia sebaik perancang dan mempunyai pengetahuan tersembunyi.
    Bertenang tenang sahajalah kerana anda tidak mampu membaca perhitunganNya.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete