Bismillahhirrahmannirrahim.
ADAKAH BERANI KERANA BENAR
AKAN JADI PENENTU?
Keluar poket kanan masuk poket kiri. Begitulah keadahnya yang berlaku kini.
Kecoh kecoh bermula dengan PM Bersatu dan akhirnya jawatan PM jatuh juga ketangan Bersatu.
Itulah permainan yang dikecohkan olih orang Politik yang memerudumkan ekonomi dan nilai ringgit Malaysia dan memerudumkan harta Tabung Haji semenjak Pakatan Harapan yang diketuai olih Perdana Menteri dari Bersatu memerintah yang tak sampai 24.bulan mahupun tak sampai setengah penggal.
Dalam hiruk pikuk mereka yang mahu menentukan siapa diantara mereka yang mempunyai majoriti lebih dan diperakui mengikut pertimbangan dan kuasa YDP Agong, maka, siapa yang lebih dan bermajoriti , maka yang layak akan diangkat sebagai Perdana Menteri.
Berbekalkan dengan kekurangannya Ahli Parlimen Bersatu yang tetap bersama Muhyiddin dan dari 11 kerusi Parlimen yang masih tinggal bersama Bersatu pada PRU 14, Muhyiddin telah nekad untuk bergabung .
Muhyiddin berserta Ahli Parlimen Bersatu yang tidak menyokong Mahathir berserta Ahli Parlimen PKR yang dipecat atau keluar dari PKR telah bergabung dengan Mufakat Nasional serta BN.
Dengan sokongan GPS dari Sarawak serta beberapa Ahli Parlimen sendirian dari beberapa parti diSabah,maka, Muhyiddin telah berjaya mendirikan Kerajaanya.
Yang menjadi persoalan kini, adakah Mahathir serta pendukong yang berdiri dibelakang Bekas PM tu masih lagi bersama Bersatu atau telah terlucut keahliannya secara automatis?
Atau adakah Mahathir masih lagi Pengerusi Bersatu?
Atau adakah perletakkan jawatan Mahathir sebagai Pengerusi Bersatu dah gugur secara automatic?
Kini rakyat dan orang Melayu nak bertanya, adakah Muhyiddin berani untuk menyelongkar tentang 'hutang negara" yang berlaku dibawah Pengerusi nya Mahathir?
Atau
Hutang yang ditetbitkan melalui sukuk mahupun Bond Samurai mahupun Bond Panda.
Penjualan harta negara yang berbillion ringgit serta penjarahan duit Petronas lebih RM90.billion , adakah Muhyiddin mahu mendiamkan?
Atau perlu dilakukan siasatan, kemana dan dimana Dana berbillion itu dibelanjakan?
Begitu juga dengan harta milik Tabung Haji, adakah Kerajaan Muhyiddin yang diterajui olih Bersatu, mahu, mendiamkan isu ini?
Semua ini perlu dibentangkan untuk pengetahuan rakyat,.sebab, harta milik negara dah tergadai dan hutang negara dibawah kepimpinan Mahathir yang bermenteri Kewangan dari DAP telah mencecahkan hutang keparas RM1 Trillion.
Adakah Muhyiddin berani mengambil tindakan atau adakah Muhyiddin akan senyap.
Sama sama.kita nantikan.
Cahaya Al Majid.
No comments:
Post a Comment