Bismillahhirrahmannirrahim.
Siapa yang dibangunkan
Dan
Siapa yang diundurkan.
Belumpun 48jam Muhyiddin menduduki kerusi panas PM, kini beliau dihujani dengan bermacam macam tohmahan,sindiran mahupun cacian.
Yang sedihnya umpatan dan kejian ini bukannya datang dari orang ' biase biase' tetapi dari pemimpin atau rakan sekutunya mahupun rakan sekufunya terutama PH. Yang paling lantang dan yang menjadi juaranya adalah Mahathir.
Peergh...pedih ayat ayatnya yang bukan saja menyentap hati malahan kata kata itu amat tajam dan menyakitkan. Begitu lah terkesan nya jiwa Mahathir bilamana kuasa terlucut dari gengaman.
Mungkin ini adalah kifarah terhadap diri Mahathir.
Dahulu Pak Lah dijatuhkan melalui tangan tangan mahupun strategi Mahathir sendiri.
Apa.perasaan Pak Lah ketika itu? Adakah Pak Leh melenting dan mengungkap.kata kata kesat terhadap Mahathir.bila Pak Lah tahu bahawa kejatuhannya adalah berpunca dari Mahathir?
Begitu juga dengan kejatuhan Najib juga melalui usaha Mahathir namun kejatuhan Najib dianggap lebih "bermaruah' kerana kalah dalam peperangan dalam PRU 14 berbanding Pak.Lah.
Ironinya, kedua dua watak ini kecundang angkara mainkan tangan dan strategi Mahathir yang berterusan Dan bertali arus.
Tetapi sedihnya Mahathir,beliau hilang jawatan bukanlah kerana dipaksa mahupun diugut mahupun kalah dalam pilihanraya,t kekalahan beliau adalah kerana " keegoan" diri atau " terjerat dalam emosi sendiri".
Bukan orang lain yang menjatuhkan beliau tetapi sebaliknya " nafsu" beliau sendiri yang menumbangkan diri beliau sendiri.
Ternyata kekalahan dan kejatuhan sadalah akibat salah sendiri.dan bukan salah orang lain.
Begitulah kehendak Yang Maha Esa dalam menyedarkan sesetengah manusia yang.keegoanya melampaui batas.
Yang bersorak kegembiraan akan kejatuhan ini semestinya orang Melayu miskin kerana Mahathir suka memperlekehkan dan menghina kemiskinan Bangsa Melayu.
Orang miskin kaya rasa,budibahasa dan adab tetapi orang berpangkat kebanyakkanya miskin rasa
Itulah yang membezakan, rasa bersyukur redo atau menerima hakikat.
Cahaya Al Majid.
No comments:
Post a Comment