Bismillahhirrahmannirrahim.
HIDUP HANYA KERANA ALLAH SWT
TERJEMAHKAN SIFAT ALLAH DALAM DIRI
BUKAN HIDUP UNTUK TEMPOLOK SENDIRI
"WAHAI JIWA JIWA YANG TENANG'
"BERHATI HATILAH DIJIWA MU'.
PPBM untuk Melayu dan Bumiputra
untuk ganti UMNO' kata Mahathir.
Padat dan hebat ayat yang dijual Mahathir kepada orang Melayu dan bumiputra bilamana ingin kan kuasa.
Atas nama Melayu dan kepentingan undi bangsa Melayu untuk kepentingan kaum kerabatnya mahupun kroninya, semua ayat manis luncur lalu meniti dibibir tanpa tersekat.
Walaupun tempias air liurnya
yang terhembur mengandungi racun namun ramai juga yang mobok dan mamai bila terkena percik.
Mahathir! Mahathir!!
Melayu belum lupa lagi...
Sebelum dapat kuasa , bukan bulan dan bintang saja yang akan didekatkan kepintu rumah rakyat malahan Tuhan pun kalau bolih nak dijelmakan kemata' rakyat bagi membenarkan rekayasa fitnah mereka.
Itulah Pakatan Harapan yang amat diharapkan rakyat untuk direalisasikan segala janji janji yang mereka tabur.
Kini Mahathir dan Anwar berkata ,bahawa mereka mahu mengembalikan semula amanat rakyat.
Hahahaha ...dah termakan jerat nak menjerat lagi!!! Cukup cukuplah!!!
Rakyat dah bagi kamu peluang dan kuasa. Apa yang telah kamu lakukan terhadap mandat dan amanah itu?
Wahai Mahathir dan Anwar???
Wahai Mahathir!
Kamu telah lacurkan kepercayaan rakyat.
Segala janji janji manifesto kau kata bukan "Kitab suci'.
Kau khianati janji janji yang kamu tabur ?
Apa.yang rakyat dapat terutama orang Melayu bila kamu berkuasa?
Segala bentuk bantuan dan nikmat yang rakyat marhean terima kamu sekat dan catu.
Itukah Kerajaan yang peduli rakyat?
Apa yang terpacul dari mulut kamu hanyalah "Melayu pemalas" dan " Melayu bangsa subsidi',
Ingatlah Mahathir! "Kami bukan Melayu jenis yang mudah lupa" tetapi 'Melayu berjenis kamu yang mudah lupa".
21 bulan kamu memerintah, huru hara ekonomi negara kamu uncah.
Hanya hasad dan irihati, kamu saja yang berjaya kamu terjemahkan kepada rakyat iaitu mengheret Najib dan sekutunya yang kamu tuduh merompak kemuka keadilan..Itupun belum tentu berjaya lagi.
Sekarang pun Kerajaan kamu gagal membuktikan kesalahan mereka dimahkamah, walaupun dengan menggunakan semua saluran kekuatan rejim kamu.
Dengan AG keturunan jenis kamu, Ketua SPRK pun jenis keturunan kamu, akhirnya? apa terjadi?
Semuanya melingkupkan duit negara.
Samaada tak dijangka atau Allah SWT sengaja menutupkan mata mereka, maka,!!!
Tetiba! Ada pulak.dokumen sah yang menunjukkan Najib terima sumbangan dari keluarga di Raja Arab Saudi.
Kalau dimata Mahathir memang tak sahlah dokumen tersebut macam isu Kerajaan Muhyiddin. Tak sah dimata beliau.
La...siapa terkantoi pulak sebenarnya???
Benar juga kata Najib, kenapa kerajaan kamu tidak menggunakan keberadaan Justo dinegara ini dan Claire dari Sarawak Report sebagai saksi kamu? untuk membenarkan segala tuduhan dan dakwaan kamu?
!Bukankah segala tuduhan tersebut telah kamu kutip dari Kitab rekaan mereka??
Beritaterkini!!!
bukan rakyat yang mencecahkan berita tetapi pihak kamu, Bersatu atau PPBM sendiri yang menepuk dulang.
Hari ini, meletus lagi berita dari pihak Bersatu sendiri , mengaku bahawa ajenda membawa Bersatu keluar dari PH sememangnya telah dipersetujui olih Mahathir sendiri...la...Dan isu ini sedang hangat dibualkan.
Siapa menipu siapa sekarang ni??
Siapa berbohong siapa sembunyi tangan?
Siapa yang KANTOI menipu ni!!!
Selagi kamu bertuankan Mahathir, selagi itulah "kekecohan"pasti berlaku.
Dalam Bersatu ke PPBM ke atau Pakatan Harapan ke, yang pasti "rosak susu sebelanga'.
Cahaya Al Majid.
No comments:
Post a Comment