Friday 15 January 2021

THE PROMISED LAND: SAMAR BAYANGAN!!!

 Bismillahhirrahmannirrahim.

Negara sudah diwartakan dalam 'darurat' . Samaada ianya darurat untuk pencegahan Covid 19 atau darurat PM hilang majoriti, terserah kepada semua untuk mentaksirkan.

Kini dikabarkan bahawa dalam situasi darurat ini YDPA adalah pusat segala kuasa Kerajaan dan Menteri Kabinet adalah pelaksana saja dimana Muhyiddin adalah Ketuanya.

Halas....

Kini segala kejayaan ataupun kegagalan Kerajaan dibawah YDPA , semuanya terbeban dan tergalas disingahsana YDPA Khasnya dan Raja Raja Melayu amnya.

Semua tahu bahawa Kerajaan Pimpinan Muhyiddin telah gagal dalam mentadbir dan mengurus negara, waima ekonomi negara juga dalam kesesakan. 

Memburukkan lagi dengan Covid 19 yang mengganas dan menular keseluruh negara dan ramai rakyat yang terjangkiti, maka, bermacam macam istilah pengepungan dinamakan, ada.PKP,PKPB ada.PKPD dan entah apa lagi tetapi setiap hari jumlah terjangkiti semakin meningkat.

Perniagaan rakyat terkesan, samaada kongomerat 5 star atau apa bidang perniagaan sekalipun, semuanya terjejas dan ada yang sudah gulung tikar.

Tak pa lah..biar YDPA dan Menteri Kabinet yang direstui YDPA menguruskanya.

Andai kata apa yang direstui YDPA ini berjaya dilakukan olih Kabinet  YDPA dan membuahkan hasil dan berjaya mengharungi dalam melandaikan atau membantutkan penularan Covid 19, maka, kepujian rakyat pasti datang berganda.

Tetapi sekiranya dalam masa yang sama pengurusan.ekonomi gagal dan pertumbuhan terencat dan ekonomi dijurang kebangkrapan dimana.nilai matawang jatuh,.bursa saham merudum, pelabur tidak datang melabur dinegara kerana alasan Kerajaan tidak stabil,pemain.industri luar memindahkan operasi kenegara jiran,apa.akan jadi?

Diburukkan lagi sekiranya pendeposit mengeluarkan semua simpan mereka dari bank tempatan, menukar simpanan ringgit ke matawang asing, kerana nilai matawang kita jatuh, apa akan jadi?

Kalau bala ini terjadi????

Siapa yang bakal dipersalahkan?

Adakah Muhyiddin dan Kabinetnya akan dipersalahkan atau Institusi YDPA yang bakal dipertanggungjawapkan olih rakyat?

Orang dulu dulu selalu mengingatkan, fikirkan yang buruk buruk dahulu dalam menimbang, agar tidak menyesal dibelakang hari.

Cahaya Al Majid.






No comments:

Post a Comment