Monday 21 June 2021

THE PROMISED LAND: KUASA YDPA vrs PERINTAH PN

Bismillahhirrahmannirrahim.

YDPA menitahkan Kerajaan PN untuk membuka Parlimen bagi memulakan Persidangan bagi membincangkan isu isu yang telah dibangkitkan olih Raja Raja Melayu dalam Perjumpaan Khas baru baru ini.

Kerajaan PN dilihat seolah olah mahu melewat lewat Titah tersebut dengan pelbagai alasan yang dilihat amat bertentangan dengan Titah tersebut.

Namun berbagai pandangan dan pendapat telah diberikan dari  berbagai kumpulan dan disuarakan.

Berbagai takrifan telah diutarakan mengenai Perlembagaan Negara dan sedang hangat didebatkan.

Tidak dapat dipastikan pandangan siapa yang lebih ampuh dan selayaknya untuk diguna dipakai.

Kesimpulannya :-

Apa akan terjadi sekiranya Instutusi YDP Agong mengalah dan akur dengan kemahuan dan kehendak Kerajaan PN.

Sekiranya YDP Agong tunduk dengan kemahuan Kerajaan PN, maka , ini adalah petanda bahawa hari hari terakhir bagi keujudan Raja Berperlembagaan dan Institusi YDPA dinegara ini bakal bermula.

Kalau YDPA tidak menguatkuasakan Titah yang dikeluarkan, inshallah, penghinaan lebih buruk dan memalukan bakal dilalui.

Suka atau tidak, YDPA perlu bertindak tegas dan tidak perlu takut sebab Kerajaan yang terlantik bukan juara pada PRU 14 lalu.

Satu dunia tahu bahawa keberadaan Kerajaan PN.ini bukankah lahir dari keputusan PRU 14, tetapi hanya lahir melalui "surat sokongan Ahli Ahli Parlimen.

Jadi perlantikan seorang Perdana Menteri dan Menteri Kabinet dari kalangan Ahli Parlimen juga adalah diatas perkenan YDPA.

Kini gerombolan Kerajaan PN ini sudah hilang majoriti' disebabkan telah hilang sokongan dari beberapa orang Ahli Parlimen yang menyokong dahulu.

Maka..

Pisau dan timun berada ditangan YDPA.

Ingat sejarah lampau!!!!

Mahathir pernah meletakkan kedudukan  Institusi YDP Agong dan Raja Raja Melayu pada keadaan yang memalukan dan kini segala kuasa berada ditangan YDP Agong dan Raja Raja Melayu untuk membetulkan dan memperbaiki kerosakkan tersebut.

Jangan biarkan ular mematuk ditempat yang sama untuk kedua kalinya.

Itulah senario terkini.

Adakah Titah  YDP Agong dan Titah Raja Raja Melayu akan disegerakan?

Krisis pengertian bahasa "segera" atau "secepat mungkin' telah diterjemahkan mengikut kepentingan Kerajaan PN.

Apa yang dilihat rakyat kini ,Kerajaan PN gagal dalam mengurus hal ehwal negara dan dengan scenario terkini 'orang Melayu" bersolarditi dalam mempertahankan Raja Raja mereka.

Keengganan Kerajaan PN untuk mematuhi Titah yang dikeluarkan olih YDP maka kesimpulannya, Kerajaan telah 'menderhaka' dimata rakyat.

Kemarahan rakyat terhadap Kerajaan PN tidak terhenti disini saja, malahan, langkah luar jangka rakyat bakal diterjemahkan secara nyata.

Nantikan...(ini yang aku 'rasa')

Sekadar mengingati.

Cahaya Al Majid.






No comments:

Post a Comment