Bismillahhirrahmannirrahim.
1. Adakah Negara kucar kacir kerana Covid-19?
2. Adakah Pentadbiran negara menjadi tak tentu hala kerana Kerajaan PN telah hilang majoriti'?
3. Adakah ekonomi negara akan pulih seperti sediakala?
4. Adakah kehidupan rakyat akan aman dan tenteram dengan kegagalan demi kegagalan yang diterjemahkah pemimpin?
5. Adakah rakyat dapat menerima Kerajaan PN dan Mahiaddin untuk terus kekal berkuasa?
6. Apa akan terjadi kepada negara selepas ini?
Jawapan :
1.Benar!
Covid-19 telah berjaya mengucar kacirkan negara kerana kegagalan Kerajaan dalam mengurus.
Bukan saja Menteri yang gagal mentadbir malahan pengurusaan tertinggi Kementerian yang diamanahkan juga gagal dalam menterjemahkan kuasa yang dipakaikan keatas mereka.
2. Benar.
Kini Kerajaan PN tidak mempunyai suara majoriti'.
Hilang focus dan hilang pedoman kerana ketakutkan hilang kuasa menjadikan Kabinet PN tidak tentu arah atau tiada hala tuju.
3. Ekonomi hanya akan pulih sekiranya negara diterajui olih pemimpin yang dapat diterima olih pemimpin dan pelabur dari dalam dan juga luar negara.
Pengalaman serta keakraban seseorang pemimpin samaada terdahulu atau yang terkini yang ternyata mempunyai rekod terbaik dalam menangani isu antarabangsa serta pernah menjalin hubungan baik pada peringkat antarabangsa adalah kreteria utama pemulihan negara dan pemilihan calon Perdana Menteri.
Buat masa ini, sekiranya Kerajaan terkini masih berkuasa maka tiada apa yang dapat diharapkan hanya kita menunggu hari negara kehabisan punca kewangan dan pendapatan.
Petanda awal telah nyata, rakyat B40 sudah tidak cukup wang untuk makan atau tiada wang untuk menampung keluarga. Kelompok T 20 dan M40 juga telah mengelupor kesempitan.
4. Dengan kegagalan berganda ini, masa depan negara dalam kegelapan. Kehidupan rakyat akan menjadi lebih sukar mengakibatkan keamanan negara terancam.
Kemarahan demi kemarahan rakyat telah diterjemahkan dimedia social. Kesusahan demi kesusahan rakyat tidak lagi terselindung.
Kematian demi kematian kerana membunuh diri berlaku ,semua ini kerena tekanan perasan,hilang pekerjaan, hilang mata pencarian serta hilang keyakinan diri.
Kemarahan rakyat akan diterjemahkan secara real apabila rakyat putus harap dan kemarahan menjadi jadi terhadap Kerajaan.
Warga yang hilang kewarasan atau yang hilang pertimbangan bakal menghuru hara kan negara. Ini bakal terjadi.
5. Rakyat mahukan pertukaran Kerajaan samaada melalui Pilihan raya ataupun PM interim pilihan YDPA dan bukan lagi Perdana Menteri melalui sokongan SDSD Ahli Parlimen
Ternyata rakyat telah hilang keyakinan terhadap Kerajaan PN dan Mahiaddin dari terus memerintah.
6. Perkara yang tidak pernah kita saksikan dinegara ini selepas era kemerdekan ,bakal kita saksikan.
Kini YDPA bertanggung jawap sepenuhnya terhadap masadepan negara kerana Bagindalah yang 'mempekenan" Kerajaan Yang Memerintah" dibentuk melalui akuan bersumpah(SD) dari sokongan Ahli Parlimen dan bukan melalui Pilihan raya.
Seperti yang saya tuliskan dipost sebelum ini Baginda YDPA hanya mempunyai 45 hari untuk "membetulkan" kucar kacir ini.
Pilihan ada dua, jalan kesyurga atau lubang keneraka!!!.
Cahaya Al Majid.
No comments:
Post a Comment