Tuesday, 6 July 2021

THE PROMISED LAND: PILIHAN UMNO SELAMATKAN NEGARA ATAU MAHIADDIN

Bismillahhirrahmannirrahim.

Selepas PRU 14 ramai Ahli Parlimen UMNO melompat parti dan menyertai Parti yang ditubuhkan Mahathir. 

Sebab utama mereka melompat bukan kerana kecewa dengan pencapaian UMNO mahupun terhadap Najib tetapi disebabkan kebanyakkan mereka terjebak dengan berbagai onar rasuah dan salah guna kuasa.

Demi menyelamatkan diri dari disiasat atau didakwa olih SPRM atas arahan Mahathir maka melompat lah katak katak ini ke Bersatu. 

Nak kata UMNO kalah,tidak juga, cuma ketika itu UMNO kekurangan kerusi Parlimen saja. Jika dibandingkan secara bersendirian UMNO memenangi banyak kerusi berbanding Parti lain waima parti Mahathir iaitu PPBM.

Walaupun scenario itu sudah menjadi sejarah hitam buat UMNO namun Kerajaan PH yang dinahkodai olih PPBM aka Bersatu olih Mahathir, yang hanya mempunyai 12 kerusi Parlimen tetapi ,nasib Mahathir dan Bersatu berubah dan Mahathir hanya bertahan  selama 22 bulan saja.

Ribut yang dicipta olih Kem Mahathir yang diketahui beliau sendiri maka "gerakan Sheraton" dilalukan dan akhirnya Pakatan Harapan diruntuhkan.

Sejarah telah terukir, kini beberapa orang Ahli Parlimen UMNO telah menyertai Kabinet Mahiaddin dalam Kerajaan Perikatan Nasional atas persetujuan badan Tertinggi UMNO sendiri.

Namun semenjak UMNO "memperkenankan' beberapa figura Ahli Parlimen nya kedalam Kerajaan Mahiaddin atau PN, berbagai madu dan racun disuakan.

Ada dikalangan Ahli Parlimen UMNO diberikan madu dan ada diantaranya pula secara diam diberikan racun. 

Yang dapat madu mula lah berkokok mengatakan bahawa Kerajaan yang diwakili sememangnya berteraskan kepentingan untuk rakyat tetapi bagi yang menerima racun pula mereka beranggapan bahawa Kerajaan PN menafikan 'suara parti mereka' dalam Kerajaan.

Tetapi secara dasarnya Kerajaan PN, dari gaya lenggok bahasa dan tindakan, sememangnya membunuh UMNO adalah ajendanya tetapi kabilah yang mendapat madu tidak kisah untuk UMNO dibunuh secara terancang. 

Kelompok ini berpandangan bahawa President yang menerajui sangat lemah dan sedang menghadapi berbagai tuduhan dimahkamah. 

Maka sifat hormat atau untuk menghormati seorang President bukan pilihan lagi.

Kini kesetiaan Ahli Parlimen berjawatan Menteri yang telah diberi madu olih PN sudah berbeza pendapat dan pegangan yang amat ketara.

Semua rakyat nampak!!!

Kini pemimpin UMNO mempunyai dua pilihan. Samada mahu menyelamatkan negara dan rakyat kerana kegagalan Kerajaan PN atau Mahiaddin?

Atau... sekiranya..

Memilih rakyat dan negara maka akan selamatlah UMNO pada PRU 15 tetapi kalau memilih Mahiaddin dan PN maka kekuburanlah tempatnya.

Cahaya Al Majid.



No comments:

Post a Comment