Tuesday 3 August 2021

THE PROMISED LAND: AYAM BETINA BERTELUR RIUH SEMALAYA!!!

Bismillahhirrahmannirrahim.

Kalau sebelum ni, UMNO beriya iya nak menarik diri dari menyokong Perikatan Nasional, tetapi setelah Mahiaddin melantik Ismail Sabri  sebagai TPM maka UMNO mula hilang arah dan panduan.

Walaupun Mahiaddin dan Kerajaan PN telah membelakangi YDPA dan Perlembagaan Negara maka, adakah UMNO masih tetap menjunjung Titah YDPA dan Raja Raja Melayu.

Adakah kerana kuasa, kedudukan dan imbuhan, Pemimpin UMNO sanggup mendurhakai YDPA dan Raja Raja Melayu ?

Nampaknya Presiden UMNO berserta beberapa Ahli Parlimen UMNO yang mendukong Institusi YDPA dan Kuasa Raja Raja Melayu telah memutuskan sokongan mereka terhadap Mahiaddin dan Kerajaan PN.

Tetapi beberapa kerat MP Umno yang berkiblatkan Mahiaddin dan PN masih berusaha untuk meneruskan ajenda pengekalkan jawatan dalam PN . 

Antara yang belum berbunyi menyokong pendirian parti adalah Naib Presiden Ismail Sabri yang kini sedang lunak dan dibuai dikerusi TPM.

Yang kuat mempertahankan Kerajaan PN daripada UMNO adalah Sahidan Kasim, Zaidi serta Nazri yang dilaporkan telah berusaha  mengumpul beberapa lagi MP Umno dalam  mengagalkan usaha Presiden.

Namun apa yang muskilkan rakyat apa benarkah Mahiaddin dan Kerajaan PN masih mempunyai majoriti sokongan?

Melihat dari sorotan beberapa hari lalu, sejumlah 107 Ahli Parlimen pembangkang sepakat meluahkan kekesalan terhadap tindakan  Mahiaddin menutup Parlimen dan mereka mengesa agar meletak jawatan.

Adakah kesepakatan Pembangkang itu terpakai sebagai tanda Mahiaddin hilang sokongan?

Begitu juga dengan pengumuman olih Presiden UMNO tentang menarik sokongan terhadap Mahiaddin dan PN dan mendakwa bahawa surat menarik sokongan terhadap Mahiaddin dan PN juga telah dihantar ke Istana YDPA.

UMNO mendakwa lebih kurang 10 -15 orang MP mereka telah membuat akuan bersumpah dalam menarik sokongan terhadap Mahiaddin dan Kerajaan PN, namun, masihkah Mahiaddin mempunyai sokongan.

Dalam sifir yang mudah ternyata Mahiaddin dan Kerajaan PN telah hilang sokongan namun dalam sidang media tadi, Mahiaddin mengatakan bahawa beliau masih mempunyai majoriti sokongan dan memilih untuk membuktikan sokongan tersebut pada sidang Parlimen pada September nanti.

Peergh..beli beli beli masa lagi!!!

Lagi lama menangguh... untuk  Parlimen bersidang lagi banyak kerosakkan bakal berlaku pada negara ini.

Negara tiada masa 45 hari untuk menunggu sidang Parlimen..kerana negara dalam kegawatan kesihatan, ekonomi dan kemaslahatan rakyat.

Negara sekarang berada betul betul ditebing jurang.. bila bila masa bolih terjerumus.

UMNO dan MP UMNO bakal dipersalahkan rakyat bilamana Pemerintahan negara kini telah kecundang dalam menangani kegawatan kesihatan, politik,ekonomi dan kemaslahatan rakyat dan negara kerana berdiri nya Kerajaan PN dan Mahiaddin adalah diatas kebebalan sokongan mereka.

Cahaya Al Majid.




Cahaya Al Majid.

No comments:

Post a Comment