Monday 2 August 2021

THE PROMISED LAND: YDPA HANYALAH PATUNG CENDANA ???

Bismillahhirrahmannirrahim.

Setelah PMO mengeluarkan penerangan, maka, kini, sahlah YDPA tiada kuasa sebenarnya. Kuasa sebenar berpusat dibatu jemala Perdana Menteri.

YDPA hanya wajib bertindak dan hanya.bolih melakukan segala sesuatu diaatas nasihat Perdana Menteri saja. 

Kesahih ini didakwa termaktub didalam Perlembagaan Negara seperti yang dibacakan  dan diterangkan olih Pejabat Perdana Menteri terhadap YPDA dan Institusi Raja Melayu melalui media yang dikeluarkan olih Pejabat Perdana Menteri.

Bukan saja Peguam Negara yang telah menasihati Perdana Menteri dan Pejabat PMO tentang kedudukan YDPA didalam Perlembagaan malahan Pendakwaraya Kerajaan iaiatu Sri Rama juga mengakui bahawa YDPA tiada kuasa dalam Perlembagaan terhadap perjalanan negara ini melainkan melalui "nasihat' dari Perdana Menteri saja.

Kata mereja, kuasa mutlak YDPA hanya ketika perlantikan seseorang Perdana Menteri saja selain..itu, isu "mengistiharkan  darurat' , adalah diatas nasihat Perdana Menteri dan Jemaah Menteri dan ketika penarikkan darurat, pekenan' YDPA pun tidak perlu diperolehi.melainkan memaklumkan saja.

Tindakan tidak perlu menunggu 'pekenan YDPA' telah dilakukan minggu lepas ketika Prokalmasi Darurat yang ditarik balik.

Samaada tindakan 'perkenan" ini wajar atau sebaliknya, kini, telah menjadi perdebatan samaada olih para ilmuan Undang Undang mahupun olih melalui medium sosial.

Tetapi sekiranya benar apa yang didakwa olih penterjemah penterjemah Perlembagaan mahupun olih pakar pakar Undang Undang maka,apa perlunya YDPA melakukan "pengistiharan" perlantikan Perdana Menteri , Peguam Negara mahupun Menteri yang mengangkat sumpah dihadapan YDPA serta disaksikan olih Raja Raja Melayu. 

Kenapa perlu dilibatkan YDPA dan Raja Raja Melayu kalau sekiranya Perdana Menteri berkuasa semua dan YDPA dan Raja Raja Melayu tak seincipun berkuasa?

Memadai lah dengan sumpah Perdana Menteri diParlmen saja.

Kalau PM atau Mahiaddin merasakan Siri berkuasa penuh kenapa tak mengabsahkan majoritinya di Parlimen?

Semesti ada kuasa tersembunyi YDPA dan Raja Raja Melayu didalam menilai keabsahan majoriti seseorang Perdana Menteri.

Kita tunggu YDPA dan Raja Raja Melayu "mendaulatkan" kuasanya keatas orang politik.

Apa yang berlaku kini adalah pertembungan diantara Ketua Negara dan Ketua Kerajaan.

Ketua Negara atau YDPA dijunjung olih sekalian rakyat manakala Ketua Kerajaan disokong olih orang politik.

Kita lihat siapa bakal kecundang didalam menegakkan kuasa sebenar samaada YDPA dan Raja Raja Melayu atau Kuasa Politik yang menguasai.

Sekiranya YDPA dan Raja Raja Melayu kecundang didalam pertembungan ini maka bersedialah untuk negara kita beralih keprasa yang tidak termimpi olih rakyat.

Cahaya Al Majid.


No comments:

Post a Comment