Bismillahhirrahmannirrahiim.
Belum pun 12 jam Ismail Sabri Yaakob menjawat jawatan Perdana Menteri, bermacam perkara yang mencolok mata atau salah langkah telah beliau dilakukan.
Heeem!!!! tujuan dah betul tetapi kelalaian mendahului tindakan.
Bermula dengan rombongan MP Pak Pandirnya yang beramai ramai mengiringi beliau untuk ke Kedah dengan mengisi ruang ruang tempat duduk di jet Kerajaan namun semua itu buat kengkawanya, tetapi akhirnya kena balun tak pasal.
Tak cukup dengan itu, disana dinaik pulak billboard untuk mengalu alukan kedatangan yang dikira tak dirancang bagi tujuan lawatan tersebut.
Tak tahu lah ini keja siapa? Tetapi besar kemungkinan ini kerja Kerajaan PAS Kedah, almaklumlah PAS kan kini jadi rakan kongsi PN.
Yang lebih mengecewakan lagi terdapat lebih dari 50 buah kenderaan terpaksa disediakan untuk mengangkut semua Pak Pandir dalam rombongan tersebut.
Peergh!!!! perlu ke???dikala Covid 19 menggila diKedah?
Macam ni lah.. kan kawasan yang terkena bencana tu adalah Gunung Jerai dan semestinya lah kawasan itu bukit bukau yang tinggi bukan kawasan sawah padi.
Jadi kenapa lah tak gunakan helicopter saja untuk memudahan PM buat aerial view untuk melihat keadaan sebenar dari helicopter. Kalau dari tebing atau lereng bukit mahupun tebing sungai...apa yang nampak!
Ini yang DINAMAKAN bodoh yang tak bolih diajar.
Bongok juga siapa yang rancangkan trip Ismail Sabri Yaakob ke Yan ni. Betul betul buang masa!
Ini tidak...sanggup pulak bersusah payah beramai ramai naik kereta untuk ke Kampung kat kali Gunung Jerai dikala kes Covid tengah mencanak di Kedah .
Akai letak mana ni!!! Tak kan tak leh fikir!!
Mahiaddin yang lembab tu pun tak sebodoh ini.
Inilah balanya bilamana Perdana Menteri yang dipilih bukan berpaksikan kepada keputusan PRU.
Perlantikan melalui sokongan Parti Politik dan kawan kawan dari kalangan MP tak kira kawan mahupun lawan, tidak mustahil Jawatan Perdana Menteri bolih berubah tangan bila keinginan tak dipenuhi.
Dan tak mustahil imbuhan dari sokongan olih Ahli Parlimen juga bakal dibalas...kalau tidak.. kedudukan bakal tergegar lagi.
Bolih kekal ke untuk 9 bulan kedepan ni?
Cahaya Al Majid
No comments:
Post a Comment