Bismillahhirrahmannirrahim.
Dakwat tanda tangan Ismail Sabri Yaakob masih lagi basah tetapi UMNO dan PN sudah mula bertelagah tentang nama Kerajaan yang bakal digunakan.
Hari ini pula, Peja iaitu Bekas MB Perak dan penasihat Perdana Menteri bertaraf Menteri kepada Mahiaddin yang memegang jawatan tidak sampai seminggu dan hilang lagi jawatan sebab Mahiaddin kehilangan jawatan ,Peja yang dengan lantang pula berkata bahawa Ismail Sabri Yaakob adalah Perdana Menteri yang mewakili Kerajaan Perikatan Nasional dan semestinya nama tersebut tidak perlu ditukar.
Peergh..bergegar hati orang UMNO!!
Peja mendakwa lagi, bahawa PN memiliki 77 Ahli Parlimen yang bernaung dibawah Perikatan Nasional manakala UMNO atau BN hanya memiliki 42 kerusi saja.
Siapa perlu akur sekarang ni???.UMNO atau PN??
Hahahah 🤣😂😂 belum sehari Ismail Sabri Yaakob menjawat Perdana Menteri peringatan keras telah disuakan ke muka beliau.
Ini merupakan libasan maut dari PN!!!! tepat jatuh ke dalam gelanggang UMNO dan ini merupakan mata pertama atau ayat pecah telur yang mula dihamburkan olih Timbalan Presiden PPBM terhadap Ismail Sabri Yaakob yang didakwa mewakili Kerajaan mereka.
Adakah Ismail Sabri Yaakob terkesan?
Nampaknya kelompok UMNO perlu berhati hati dalam 'permainan' kerana masa masih lagi berjalan dan belum lagi tiba waktu rehat mahupun permainan diwaktu masa tambahan!!
Hahaha... adakah UMNO akan libas balik atau telan saja kata kata Peja tu!
Lontaran kata kata Peja itu amat berbisa.
Dimana UMNO nak letak muka apabila Ismail Sabri Yaakob dilabel sebagai 'mewakili Kerajaan Perikatan Nasional"dan bukan Kerajaan BN ,apabila Timbalan Presiden Bersatu itu mengatakan bahawa Ismail Sabri Yaakob mewakili mereka?
Atau adakah Ismail Sabri Yaakob mahu dijadikan "Trojan horse' olih Mahiaddin dalam usaha untuk meratakan UMNO sebelum PRU 15? Maklumlah sebelum ini kelompok 23 orang Ismail Sabri Yaakob bertelagah dengan kumpulan 15 Presiden UMNO.
Dengan melihat semua tindak tanduk Ismail Sabri Yaakob yang sebelum ini menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan selepas dilantik sebagai Timbalan PM kepada Mahiaddin, banyak keputusan yang dibuat Ismail Sabri Yaakob banyak yang bersalahan dengan keputusan dan kemahuan Parti mahupun mandat dalam PAU. Bolih percaya ke dia??
Ini baru isu tentang hendak menamakan nama Kerajaan dan belum lagi tentang siapa calon bagi jawatan TPM mahupun anggota Jemaah Menteri.
Heeem!!!Belum apa apa lagi semua dah mula nak kecoh, mesyuarat sana mesyuarat sini, almaklumlah perkara hendak mengagih agihkan ghanimah!!!
Lebai tak Lebai...ghanimah mesti dibahagikan ikut sama rata!!! tak gitu!!?
Ini lah antara ranjau duri yang akan dilalui olih Ismail Sabri Yaakob PM 9 atau PM ke 3 untuk prasa PRU 14 yang hanya berbaki kurang dari 21 bulan ini.
Untuk itu sama samalah kita saksikan siapa menyulam siapa. Adakah Ismail Sabri Yaakob yang menyulam Perikatan Nasional atau Perikatan Nasional melalui Ismail Sabri Yaakob yang akan menyula dan menyulam UMNO dan BN?
Cahaya Al Majid.
No comments:
Post a Comment