Tuesday, 10 August 2021

THE PROMISED LAND: YDPA TERPOSONA DENGAN JANJI MAHIADDIN?

Bismillahhirrahmannirrahim.

Minggu lepas Mahiaddin telah mengadap YDPA dan menyembahkan "kata katanya" bahawa beliau (Mahiaddin) masih mempunyai majoriti.

Samaada Mahiaddin ada menunjukkan sebarang bukti fizikal terhadap apa yang didakwanya kepada YDPA tidak pula dinyatakan.

Walaupun sebelum peristiwa Mahiaddin mengadap YDPA  , UMNO telah membuat sidang media dan membuktikan ketika itu bahawa 11 orang Ahli Parlimen mereka telah menarik sokongan terhadap Mahiaddin dan Kerajaan PN .

Berantaian dari peristiwa penarikkan sokongan 11 orang Ahli Parlimen UMNO, kini, telah jelas bahawa Mahiaddin telah kehilangan majoriti terhadap dirinya mahupun terhadap Kerajaan pimpinanya.

Diharap YDPA selaku Tunggak Perlembagaan serta Ketua Negara, diharap Baginda YDPA dapat menegakkan Perlembagaan Negara mengikut prasa yang termaktub agar dapat menentukan kedudukan Mahiaddin sebagai Perdana Menteri sekali gus mengabsahkan kedudukan Kerajaan PN sebagai Kerajaan yang sah sisi Perlembagaan.

Demi kelangsungan demokrasi Parlimen yang diakui negara sebagai " jejalur politik" yang dijamin Perlembagaan,maka, YDPA perlu secara tuntas membuat keputusan tanpa menunggu Persidangan Parlimen.

Cahaya Al Majid.

P/d: Sokongan 114 Ahli Parlimen yang dimiliki Mahiaddin ketika dilantik sebagai Perdana Menteri olih YDPA dahulu, kini, sudah jelas hilang majoriti'.

Walaupun Ismai Sabri berserta beberapa Ahli Parlimen UMNO yang dikata masih menyokong' Mahiaddin namun jumlah 31 orang Ahli Parlimen tidak memungkinkan Mahiaddin mempunyai majoriti lagi.

No comments:

Post a Comment