Sunday, 4 September 2022

THE PROMISED LAND : KELEMAHAH ZAHID DIJADIKAN SENJATA UNTUK MELEMAHKAN PARTI.

Bismillahhirrahmannirrahim.

Selepas Langkah Sheraton yang membolihkan Mahiaddin diangkat sebagai PM, yang pada ketika itu hanya mempunyai 6 Ahli Parlimen PPBM yang menyokong beliau tetapi selebihnya tetap mengikut Mahathir.

Kerana kelemahan Zahid Hamidi untuk berfikir dan berstrategi untuk mengembalikan UMNO kepersada kuasa, beliau sanggup melepaskan Ahli Parlimen UMNO untuk menyertai Kabinet Mahiaddin.

Bertolak dari situlah kesempatan untuk melemahkan UMNO mula berjalan.

Ada yang mengatakan pertukaran jawatan dan kejadian itu, semuanya adalah perancangan Mahathir, tetapi kalau dilihat secara teliti semua kejadian itu puncanya adalah diatas kelemahan President UMNO itu sendiri dalam berstrategi.

Akhirnya watak yang mengukuhkan kedudukan Zahid sebagai Presiden iaitu Najib Razak telah didapati bersalah dimahkamah atas kes yang 'diciptakan" keatasnya , olih musuh musuh UMNO" dan terpaksa beliau meringkuk selama 12 tahun di Penjara Kajang.

Walaupun Kerajaan yang ada sekarang diterajui olih Ismail Sabri dari UMNO, namun, dilihat keadilan untuk Najib dilihat  seolah olah telah dinafikan olih Hakim. 

Apa usaha Zahid Hamidi selaku President dalam menyelamatkan Najib dari  disumbat kepenjara?

Hahahah 🤣🤣🤣🤣

Walaupun Naib Presidentnya iaitu Ismail Sabri adalah Perdana Menteri dari UMNO, kenapa Zahid Hamidi tidak bisa melakukan sesuatu dalam menyelamatkan Najib?

Semua ini terjadi kerana kelemahan Zahid Hamidi yang dilihat tidak kompiten dalam menerajui atau memimpin pergerakan sebesar UMNO ini.

Diketika ini pengkhianatan dari kalangan pemimpin UMNO yang berjawatan didalam Kerajaan mahupun didalam GLC gagal ditangani dan semakin membarah.

Apa tindakan yang dapat diambil olih Zahid Hamidi ketika ini?

Satu persatu pemimpin UMNO dituduh diMahkamah kerana didakwa rasuah. Tetapi adakah musuh UMNO itu suci atau bebas dari rasuah?

Kebanyakkanya mereka semua adalah bekas pemimpin UMNO seperti Mahathir, Mahiaddin dan ramai lagi . Tetapi yang anehnya adakah mereka itu bebas rasuah? 

Disini dapat dilihat akan kelemahan Zahid Hamidi.  Kegagalan beliau untuk mengambil tindakan keatas Ahli Parlimen UMNO yang tidak mendukong "ketetapan' PAU serta beberapa lagi keputusan Majlis Tertinggi,maka bolih disimpulkan bahawa kewibawaan serta ketegasan Zahid Hamidi seolah olah seperti "Harimau tidak bergigi".

Rasa hormat terhadap jawatan Presiden UMNO yang disandang Zahid Hamidi juga telah mula terhakis.

Kehendak UMNO untuk "go solo" mula di pertikai olih Annuar Musa dan ketetapan' "go solo"ini adalah kehendak Akar umbi, apakah Zahid Hamidi berani "memengkis" Annuar Musa dan Kemnya?

Kelantangan suara suara Ahli Parlimen yang tidak sealiran dengan kemahuan Parti mahupun arahan Presiden mula bergema sana sini. Kehendak PAU dan UMNO mula diremehkan. 

Femomena ini menggambarkan bahawa tiada lagi "rasa hormat" atau 'akur" dengan mandat yang dipegang President.

Sekiranya Zahid Hamidi tidak bertindak tegas dengan mengambil tindakan memecat Ahli Parlimen ini ,dikhawatiri Ahli akar umbi akan hilang kepercayaan dan keyakinan terhadap beliau.

Kemarahan Akar umbi yang sekarang tengah membuak buak marah dan kecewa dengan Kluster Menteri yang dipimpin Ismail Sabri tetapi akhirnya kemarahan ini akan berpindah kebatang tubuh President pulak. Inilah.yang akan terjadi.

Kini ahli UMNO hanya menunggu saat dan waktu saja...gagal bertindak..tepuk dada tanya selera...waktu semakin singkat buat Zahid Hamidi.

Cahaya Al Majid.

No comments:

Post a Comment