Saturday, 8 October 2022

THE PROMISED LAND: KEPENTINGAN DIRI MEMBUTAKAN OTAK.

Bismillahhirrahmannirrahim.

Ramalan mengatakan bahawa pertengahan November akan bermulanya musim hujan dan kemungkinan besar akan berlaku nya banjir besar telah dijadikan alasan olih semua pihak dari Istana hingga ke Pusat Pentadbiran Kerajaan Putrajaya untuk tidak membuat Pilihanraya.

Dalam menghalalkan ramalan banjir besar yang bakal berlaku pada bulan yang diperkatakan ini, berbagai alasan telah diberi kononnya banjir kali ini adalah pada skala besar.

Hahahahah 🤣😂🤣🤣

Kerana ramalan "hujan dan banjir" , keatas perkara yang dikata pasti akan "bakal berlaku" ini telah dimomokkan keserata pelusuk negara agar persediaan untuk tidak melakukan PRU15 ,digembar gembur keserata pelusuk negeri.

Yang peliknya hanya pihak yang berkepentingan saja yang menguar uarkan agar PRU ini tidak dilakukan pada masa ini atau tahun ini. 

Kenapa takut sangat.. bukankah setiap akhir November dan December tu, sememangnya ada hujan dan sesekali banjir dibeberapa tempat. 

Dah berpuluh tahun kita melalui musim hujan dan banjir tu!!berkali.kali!!

Jadi Apakah ajendanya???.

Kini ramalan yang dibuat telah dijadikan pula sebagai kitab suci yang terpaksa diimani dan diikuti olih semua.

Tetapi!!! Berbeza jika  dibandingkan dengan dapatkan dari World Bank yang mengatakan bahawa Krisis Ekonomi Dunia akan berlaku pada tahun depan..selewat lewatnya June 2023..

Kenapa isu ini bukan keutamaan Istana mahupun Pusat Pentadbiran Kerajaan  Putrajaya, agar "gelombang" ini dijadikan isu utama berbanding Banjir?

Istana dan Pemimpin perlu ingat bahawa banjir hanya akan menjejaskan beberapa kelompok atau sektor rakyat saja. Tetapi Krisis Ekonomi yang akan berlaku seawal 2023 ini akan membaluti setiap jiwa rakyat dinegara kita terutama golongan menengah dan kebawah.

Bolih jaga ke kalau Ekonomi terjejas..kalau Kerajaan yang ada sekarang ini pun merupakan Kerajaan pimpinan minoriti tambah pula Menteri yang didalamnya pun ramai yang tidak berkualiti.

Heem....

Nampaknya.. perancangan 2024 -2025...semakin nyata..Agaknya inilah ketentuan Allah SWT bagi bumi Meem ...

Allahhuakbar.

Cahaya Al Majid.


No comments:

Post a Comment