Tuesday, 11 October 2022

THE PROMISED LAND: INSHALLAH PRU 15 CUACA BAIK.

Bismillahhirrahmannirrahim.

Alhamdullilah, Parlimen telah dibubarkan walaupun telah berbulan didesak olih pemimpin UMNO terhadap Ismail Sabri. 

Alhamdullilah, dalam keterdesakkan kluster Menteri dari PN terutama katak katak termasuk 2 orang senator yang dilantik dan yang telah kalah dalam PRU 14 dulu juga telah menumpang semangkok dalam mempertahankan supaya Parlimen tidak dibubarkan, tetapi, gerak Allah SWT tiada siapa yang tahu. 

Akhirnya kesemua 12 Geng PN ini telah menghantar sepucuk warkah tanda protest agar YDPA tanpa melalui Ismail Sabri iaitu PM yang diangkat mereka untuk tidak membubarkan Parlimen tetapi akhirnya "warkah" tersebut telah memakan diri.

Tindakan 12 orang Menteri Kabinet itu telah membelakangkan si Perdana Menteri dan sekaligus itu sebenarnya telah membuktikan bahawa Ismail Sabri telah hilang sokongan dari kelompok yang menyokong keberadaan beliau sebagai Perdana Menteri.

Itu lah hakikatnya nasib Perdana Menteri yang bernama Ismail Sabri yang jangka hayat jawatannya seperti yang telah saya katakan dahulu bahawa beliau adalah PM paling singkat dari kalangan semua PM dinegara ini dan alhamdullilah kebenaran itu dibenarkan olih Allah SWT semalam. 

Tidak terkejut dengan tindakan Mahathir hari ini.  Adakalanya dia kata dia tidak akan bertanding pada PRU 15 ini, tetapi sekali skala dia kata dia tidak mahu jadi PM lagi sebab dia selalu ungkapkan "dia tidak punyai masa lagi", asik meratip untuk dapat simpati dan perhatian rakyat. Itulah Mahathir.

Pemimpin lain belum pun memutuskan mempertahankan  Kerusi masing masing tetapi Mahathir awal awal lagi sudah menwar warkan bahawa dia akan bertanding dan mempertahankan Kerusi Parlimen Langkawi.

Hahahah 😂🤣😂. rasa rasanya sempat ke dia bertanding kali ni walaupun jarak.masa.hanya tak sampai sebulan?

Sama sama kita lihat...

Tak cukup menggudakan Pakatan Harapan melalui Bersatu dalam cubaan untuk membunuh UMNO dan BN,kini, gunakan Pejuang dalam menubuhkan GTA pulak, ajendanya tetap sama..iaitu mengalahkan UMNO ... maksudnya apa?. 

Pecahbelahkan undi Melayu, agar parti Melayu tidak bolih memerintah dan Melayu jadi lemah.. seperti apa yang berlaku selepas BN dan UMNO kalah.pada PRU 14 dulu... itulah matlamat Mahathir.

Mahathir telah diberikan kesempatan kali kedua olih rakyat untuk membetulkan apa yang salah mengikut fikiran dan pandangan beliau para PRU 14 tetapi kesempatan itu disia siakan olih Mahathir. Apa yang dilakukan beliau hanyalah merosakkan apa yang telah terbina selama ini.

Dalam era 22 bulan Mahathir memerintah berlebelkan Pakatan Harapan yang menggunakan logo PKR, satu Malaya dirosakkan..dari perlantikan Ketua Hakim Negara, Peguam Negara, Ketua SPRM dan KPN semuanya tidak ikut peraturan.

Cukup cukup lah,.. 

rakyat dah letih nak meratip..kesumbangan yang telah dilakukan Mahathir selama ni.. cukup lah..

Saya menjangkakan masanya sudah sampai untuk Mahathir diberhentikan buat selama lamanya..

Bumi Meem dah tak tertahan lagi..aku ucapkan selamat jalan..dan Selamat beristerihat.. buat diri yang dinamakan Mahathir.

Biar generasi baru UMNO pula mencorakkan warna warni dan Hala tuju bumi Meem.ini..

Cahaya Al Majid.






No comments:

Post a Comment