Bismillahhirrahmannirrahim.
Minggu ini, kebanyakkanya Parti Parti yang akan bertanding pada PRU 15 ini sudah mula menamakan.calon calon mereka.
GTA atau Pejuang. BN /UMNO , PAS dan Amanah atau PAN sedang berkira kira tentang calon yang mahu diturunkan begitu juga dengan blok Mahiaddin iaitu PN .
Seawalnya Mahathir sudahpun menghidu akan kekalahan gabungannya iaitu GTA.pada PRU 15 ini. Tanpa segan dan silu beliau sanggup menjilat ludahnya sendiri, dengan mempelawa Anwar Ibrahim dati PH dan Mahiaddin dari PN untuk bersama sama beliau dalam usaha untuk menumbangkan_"keramat UMNO"dengan alasan nak menyelamatkan negara.
Hahahah 🤣🤣🤣 Atok Atok..alasan dah tak ralaven.
Tak cukup dengan itu, Pakatan Harapan pung pang sana sini menjual janji..janji janji yang tidak pernah mahu dilunaskan apabila diberikuasa olih rakyat pada PRU 14.
Masih nak berjanji???
Bukan saja Anuar Ibrahim menjual janji malahan Rafizi Ramli pun jual minyak unta kepada rakyat..tak habis habis nak membodohkan rakyat!!! hanya Cina dan India yang anti UMNO dan Melayu saja yang termakan omongan kosong tu..tetapi ada jugak Melayu yang percaya walaupun kegagalan Pakatan Harapan 22.bulan terbukti benar..namun disebabkan dendam..kenyataan kebenaran pun sanggup ditolak juga..alasannya..semua salah Mahathir.
Hahahah 😂😅🤣.
Apa yang terjadi sekarang semua pakatan mahupun gabungan yang mahu menyekat kemaraan BN dan UMNO dalam menjuarai PRU 15 ini nampakknya.. usaha kearah itu tidak berhasil malahan pertelagahan sesama mereka yang berada didalam gagasan ataupun pakatan dilihat semakin "segar" berantakan.
Kalau sehari dua ini telah meletup beberapa kisah ketidakpuasan hati pemimpin yang tidak tercalon telah terhampar kisah menghangatkan. Bukan saja dipihak UMNO malahan parti lain juga melalui scenario yang sama jugak Dan ini menambah lagi drama dalam drama pada PRU 15 ini.
Kalau UMNO sudah membuat ketetapan'untuk menggantikan calon calon yang telah usang dan berkarat dengan muka baru yang fresh....teruskan.. inshaallah.. pengkhianatan mereka mereka ini tidak akan menjejaskan kemenangan yang bakal diraih nanti... inshallah..tetapkan pendirian.
Warna warni pertukaran kawasan atau Parlimen bagi sesetengah Ahli Parlimen sedang rancak diatur. Sicalon amat konfiden untuk memenangi kawasan baru yang ditandingi waima Anwar Ibrahim sendiri.
Inshallah, banyak nama besar dari Pakatan Harapan mahupun dari PN akan kecundang dalam percaturan menukar kawasan dan alhamdullilah..kelebihan berpihak kepada UMNO/BN..
Inshaallah, kali ini kerusi PH yang menggabungkan PKR, DAP dan Amanah hanya bakal dimenangi tidak lebih dari 35 Kerusi Parlimen di Semenanjung. Inshaallah kejayaan besar seperti PRU 14 tidak akan berulang lagi...
Satu perkara lagi, seperti yang dikata olih Raja Petra bahawa tiada satu parti yang akan memenangi majoriti dan mendakwa bahawa sebuah Kerajaan Uniti akan terbentuk selepas PRU 15, itu hanyalah "hayalan" Raja Petra dan berita dari intelligence yang dikata diterima itu sebenarnya datang dari Ejen Ali...watak katon dlm TV... hahahah 🤣🤣🤣
Inshaallah, seperti yang saya tuliskan sebelum ini bahawa zaman parti minoriti memegang.kuasa dan menentukan siapa PM semuanya telah berlalu dan tidak akan kembali lagi .fullstop.
Inshaallah, tanpa sokongan Parti dari Sarawak mahupun Sabah, inshaallah, BN dan UMNO bolih berdiri sendiri untuk membentuk Kerajaan selepas PRU ini.
Saksikan.kubur kubur Parti baru atau Nyamok baru bakal menerima jenazah selepas PRU 15.
Inshaallah....
Cahaya Al Majid.
No comments:
Post a Comment