Tuesday, 1 November 2022

THE PROMISED LAND: PN PENYELAMAT NEGARA? DAN BUKAN. PENGKHIANAT RAKYAT?

Bismillahhirrahmannirrahim.

Adakah Perikataan Nasional merupakan penyelamat negara atau sebenarnya merupakan pengkhianat rakyat?

Sebenarnya bila timbulnya Perikataan Nasional.ni? Adakah kelompok ini ditubuhkan semasa wujudnya Kerajaan Pakatan Harapan yang memerintah selama 22 bulan tu? 

Tak dengar sikit pun.. walaupun sebelum runtuhnya "mahligai DAP yang berimamkan Mahathir ' ketika itu? setahu rakyat yang wujud hanyalah Kerajaan Pakatan Harapan yang ketika memenangi PRU 14 tersebut dengan menggunakan logo PKR? 

Atau rakyat yang buta mata tak nampak logo apa yang digunapakai ketika mengundi PRU 14?

Setahu rakyat gerakan Sheraton dilakukan ketikamana DAP dan PKR asik bertubi tubi menekan Mahathir agar jawatan PM yang disandangnya diserahkan kepada Anwar Ibrahim seperti yang didakwa dan telah dijanjikan hanya selepas 2 tahun Mahathir menduduki Kerusi empuk PM tersebut.

Hanya melalui Langkah Sheraton,maka, yang diketahui rakyat, hanya beberapa orang Ahli Parlimen yang bernaung dibawah Pakatan Harapan telah meninggalkan Kem Pakatan Harapan lalu membentuk Pakatan yang terdiri dari Ahli Ahli Parlimen yang "lompat parti" lalu bergabung dengan Ahli Parlimen UMNO dan PAS dalam membentuk Kerajaan campuran. Dan ketika ini juga Perikatam Nasional pun belum ujud lagi.

Jadi bila pulak Kerajaan Perikatan Nasional ini dapat mandat terus  dari rakyat untuk mentadbir negara? Ada.ke???

Mahiaddin menjual airliur dengan mengatakan bahawa Kerajaan Perikatan Nasional adalah penyelamat negara.

Dia menyelamatkan dari apa? Satu negara Mahiaddin lock down negara ini, darurat diistiharkan dan Parlimen pun digantung.  Adakah itu menyelamat namanya?

Seluruh negata kucar kacir dibuatnya dengan arahan arahan yang tidak diendorse olih Parlimen.. diburukkan lagi dengan membelanjakan RM600.billion duit rakyat tanpa melalui Parlimen. Adakah perbelanjaan itu telah diaudit mahupun diluluskan Parlimen..

Ooh 😮😮😮 dengan alasan darurat maka perbelanjaan begitu besar tidak perlu mendapat kelulusan dari Parlimen?

Apa dan kemana duit sebanyak itu telah disalurkan?

Tetapi yang sohih...rakyat terkurung, perniagaan ditutup, peniaga kecil hilang pendapatan, kilang bukan essential terpaksa ditutup dan pergerakan rakyat dibataskan dengan alasan Covid 19.

Akibatnya.bila rakyat telah hilang punca pendapatan..maka..pengibaran bendera putih berkibaran disana sini.  Tidak cukup dengan itu, kes bunuh diri meningkat seperti gantung diri , terjun jambatan mahupun terjun bangunan sudah semakin ramai. 

Adakah itu tanda besar kekayaan Perikataan Nasional dalam mengurus dan mentadbir negara?apabila ramai rakyat hilang keyakinan? 

Semua.ini berlaku kerana Kerajaan yang berkuasa adalah sebuah Kerajaan Gagal. Kalau tidak gagal masakan Kerajaan Perikataan Nasional yang didakwa hebat' ini hanya bertahan 17 bulan saja manakala penggal PRU 14 masuh lagi berbaki 2 tahun. 

Adakah 17 bulan itu didabik dada dengan mengatakan bahawa itu merupakan tempoh kejayaan bagi Mahiaddin mahupun Perikatan Nasional.

Kalau 17 bulan itu adalah kejayaan Mahiaddin dan Perikataan Nasional, kenapa Mahiaddin terpaksa melepas jawatan? dan memohon nyawa untuk terus berkuasa dari Pakatan Harapan dengan seribu janji janji?

Sebenarnya tiada istilah "menyelamatkan negara" disini melainkan yang ada hanya 'balas dendam" untuk menyelamatkan diri.

Yang ada dan yang dapat dirasakan rakyat hanyalah PENGKHIANATAN dan.bukan penyelamatan.

Cahaya Al Majid.






No comments:

Post a Comment