Friday, 11 May 2012

ALLAH SWT GURU ANDA ATAU MANUSIA GURU ANDA

'sesungguhnya aku menyembah Mu Allah dan tidak mempersekutukan Kau dengan sesuatu didalam ibadah ku




Bismillah-hir-rahman-nir-rahim

Assalammualaikum

Rasa terpanggil diri yang kerdil ini untuk menuliskan serta memberi pandangan tentang satu topik yang aku terjumpa disalah satu blog yang mengutarakan tentang ' Hukum Menuntut Ilmu Tanpa Guru'. Di dalam text yang di tuliskan serta  dinyatakan pandangan seperti berikut :-

"Imam An-Nawawi menegaskan tentang keperluan seorang pelajar mencari guru yang warak dan bertaqwa dalam kitab Syarh Muhadhdhabnya. Imam Syafii pernah menegaskan sesiapa yang menuntut ilmu tidak melalui guru, maka ia akan banyak mensia-siakan hukum".

"Syeikh Najmuddin Al-Kurdi menjelaskan dalam bukunya Tanwir Al-Qulub menuntut ilmu tanpa guru bererti menuntut ilmu dengan syaitan"

Kedua-dua pandangan yang dinyatakan oleh para ilmuan diatas tidak dapat aku terima sepenuhnya. 
Allah  SWT telah menurunkan Al Quran untuk panduan kepada manusia terutama kepada mereka yang beriman dengan setiap Firman Allah yang terkandung didalamnya serta mengakui kerasulan Nabi Muhammad s.a.w sebagai Nabi dan Rasul yang terakhir serta kebenaran kisah Nabi dan Rasul sebelum ketibaan Baginda. Dan Al Quran adalah untuk mereka-meraka yang mengambil Allah SWT sebagai Tuhan dan Islam sebagai Agama yang ditentukan untuk ikutan seluruh umat manusia.

Al Quran diturunkan untuk dijadikan pegangan serta panduan bagi setiap individu atau manusia walaupun sesungguhnya mereka ini tidak yakin dan beriman denganNya. Itulah janji Allah SWT dan didalamnya terkandung kebesaran Nya.
Al Quran didatangkan dengan bahasa yang mudah dan terang yang boleh difahami oleh manusia. Memandangkan Nabi terakhir diturunkan kepada Bangsa Arab maka semestinyalah isi kandungan dan ayat-ayat suci dituliskan didalam bahasa yang dipertuturkan oleh Baginda Rasullulah.s.a.w.. Oleh itu sesiapa saja wajar dan wajib membacanya tanpa dipandu oleh sesiapapun. Firman Allah SWT yang terkandung didalam Al Quran merupakan kisah-kisah terdahulu yang disampaikan kepada Nabi Muhammad s.a.w untuk panduan Baginda didalam menyampaikan kata-kata Allah SWT kepada seluruh warga Arab yang sudi untuk beriman dengan Allah , Al Quran serta Rasul secara ikhlas tanpa paksaan.

Oleh itu untuk mengetahui kisah yang termaktub didalam Al Quran apa perlukah kita untuk mempunyai seorang Guru? Tidakkah Al Quran itu sendiri merupakan Guru yang Nyata dan tidak memesongkan dan sekiranya sebait ayat dibacakan nescaya ianya diberi ganjaran oleh Tuhan Yang Maha Esa.

Tetapi sekiranya kita ingin belajar mengenal huruf atau ayat untuk mengaji atau untuk melancarkan bacaan dan sebutan, sememangnya , sewajarnya kita harus mencari seorang Guru. Guru ini adalah untuk kita belajar membaca. Tetapi untuk mengetahui kisah sebenar atau Firman Allah yang tercatit didalamnya maka kita dikehendaki untuk membacanya serta  memahami erti perkataan. Dengan membaca pengertian ayat-ayat Al Quran , semestinyalah kita faham dan mengerti apa yang Allah SWT firmankan kepada manusia. 

Pada masa kini semuanya amat mudah, Ayat suci Al Quran telah diterjemahkan didalam berbagai-bagai bahasa dan dielek didunia, oleh itu untuk mengetahui rahsia dan Firman Allah SWT serta kisah terdahulu amat mudah. Segala suruhan dan perkara yang mungkar dicatitkan dengan terang dan nyata, oleh itu , untuk kita mengetahui isi sebenar dan ajaran yang terkandung didalam Al Quran amat mudah sekali. Cuma membezakan diantara pembacanya adalah tingkatan kefahaman yang ditentukan oleh  Allah SWT. Bagi setiap diri insan yang mengamalkan "isi Al Quran' semestinya 'pemahaman' mereka berbeza. Oleh itu berserah diri lah dan bermohonlah  kepada Allah SWT untuk ditambahkan ilmu apabila kita membaca Firman Nya.

"Aku berlindung dari syaitan yang direjam"
Kita sorot kembali dimasa yang lampau, disebabkan terlalu ramai 'cerdik  pandai' dan golongan  golongan yang mengaku rapat dengan Baginda Rasulullah maka terjadilah pertembungan  pendapat diantara mereka. Dengan pemikiran cerdik pandai ini maka berpecahlah golongan yang satu ini kepada beberapa pecahan. Mahazab Shafie, Mahazab Hambali, Mahazab Maliki, Mahazab Hanafi tidak terkecuali Wahabbi , ini adalah kelompok yang terbesar. Disebabkan terpecahnya kelompok besar ini maka kekuatan Umat Islam 'mengecut' . Disebabkan perbedaan fahaman maka puak-puak ini  hanya mengiktiraf kelompok mereka saja yang benar dan kelompok yang tidak sehaluan dengan pendirian mereka, maka ini menjadi seteru bagi mereka. Kenapa ini terjadi? Kerana fikiran dan otak mereka diatur  dan dipahatkan untuk menerima pemahaman Guru-guru ini. Disebabkan pertembungan 'pemahaman' Guru yang berlainan pendapat maka berpecahlah Islam sehingga hari ini.Kelompok fahaman Syiah dan Sunnah selalu bertelagah sehinggakan sesama mereka berbunuhan, kenapa ?, siapa yang membenarkan darah mereka yang seagama , bentuk sembahyanag yang sama, sujud yang sama , Kiblat yang sama, menyembah Tuhan yang sama iaitu Allah SWT dan Kitab yang sama , ditumpahkan darah mereka kebumi,  semata-mata kerana berlainan fahaman ,siapa yang menghalalkanya?Adakah Islam yang dibawa oleh Rasullulah s.a.w membenarkan kita melakukan yang demikian?


Kita harus mengambil perhatian, sesungguhnya "syaitan dan iblis' berjanji setia dengan Tuhan yang menjadikan golongan mereka dan manusia, bahawa, golongan mereka akan menyesatkan manusia dari mencari kebenaran yang hakiki.Itulah janji setia mereka kepada Allah SWT.


Disebabkan pengalaman dahulu telah mengajar kita erti kesesatan yang dibawakan oleh nenek moyang kita yang kita sendiri tidak pasti adakah mereka ini benar-benar mengikut Al Quran serta Sunnah Rasul maka diperjalanan yang kita lalui ini, kembalilah kepada Al Quran dan Sunnah, berguru, lah dengan Nya.,lapangkan hati, bersihkan jiwa, talkinkan kejahatan syak wasangka, bermunajat disepertiga malam, rendahkan sayap apabila menghadap Nya, bersujudlah dengan hati dengan perasaan merendah diri. Inshaallah, Cahaya Allah akan turun dihati dengan Nur yang memancar, yang akan menunjukkan kita jalan kebenaran dan memudahkan dilaluan' siratulmustakim' menuju Al Waheed Tuhan Yang Maha Esa.
Berjuanglah sebenar benar berjuang mengikut Al Quran dan Sunah Rasul, ikutlah apa yang diamanahkan oleh Rasulullah s.a.w  junjungan yang kita kasihi dan sayangi sehingga keakhir nyawa , yang diturunkan kepada Baginda secara Ayat demi Ayat, itulah  Al Qura.n dan terjemahkan perilaku baginda kepada diri kita serta keluarga, Inshaallah, kita akan dirahmati Allah SWT
Al Quran adalah Cahaya Allah SWT
Punca segala perbalahan, persengketaan, perselisihan pandangan serta mengagungkan kefahaman yang bertentangan dengan fitrah Al Quran serta pesanan Rasullulah adalah dari Guru-guru atau pun Murshid.  Kenapa?
Oleh itu saya menyeru, sebaiknya ikutlah  yang terbaik dari yang baik. Sesungguhnya kita tidak akan tersesat jalan menuju Allah SWT sekiranya kita mengikut Al Quran serta Sunnah Rasul. Perbanyakan memohon dari Yang Maha Esa agar kita diberi petunjuk , dan sebaik-baik guru adalah Al Quran dan Sunnah.


Oleh itu ketepikan perbezaan, kembalilah kepada ajaran yang dibawa oleh Rasullulah s.a.w . Penghulu kepada sekalian Nabi dan Rasul dan juga manusia.


Amin.




3 comments:

  1. Bro...

    Sebelum ni hang kata hang beriman dengan al-Quran...

    Hang tak beriman dengan al-Hadith...

    Kat ataih nu hang tulis pulak ikut sunnah...

    Se tau aku yang tak mengaji tinggi ni...

    Hang tau sunnah sebab ada al-Hadith yang bagi tau ini yang nabi kata, ini yang nabi buat, ini yang nabi tak kata apa-apa, ini yang nabi tegah dan sebagainya...

    Dan al-Hadith ni pula diturunkan dari sahabat-sahabat Nabi s.a.w yang meriwayat kepada para pengikut masing-masing secara berguru, yang kemudiannya menurunkan kepada para pengikut masing-masing juga juga secara berguru hinggalah sampai ke zaman kita ini masih lagi proses berguru ini diulangi...

    Buleh hang cuba jelaskan kekeliruan ini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hang 'jammed' tang bahasa, hadis dengan sunnah tak sama tapi berkait

      Delete
  2. Salam Bro. Allah berfirman, ikutlah Al Quran dan Sunnah. Sunnah yang difirmnkan Allah adalah perbuatan yang diiktiraf olih Allah SWT seperti yang kita lakukan seperti menunaikan Haji. Sunnah itu dilakukan olih Nabi Nabi sebelum Rasullulah yang difirmankan Allah yang terdapat didalam Al Quran. Al Hadith adalah kata-kata Nabi Muhammad s.a.w yang dikatakan dipetik olih para-para sahabat baginda. Berapa ramaikah sahabat baginda??Hadith itu disampaikan dari mulut ke mulut melalui perawi yang kita sendiri tidak tahu 'ajenda'nya. Olih itu saya hanya mengikut Al Quran serta Sunnah.Maaf Sunnah Nabi Muhammad yang saya ikut hanyalah 'cara' Solat'nya. Solat yang dibawanya tidak berubah bentuk dari dahulu kini kini.Perlu diingat contoh perbuatan tidak akan berubah tetapi kata-kata 'tidak' dijamin kebenartanya kecuali Al Quran.

    ReplyDelete