PERISTIWA
"ALANGHKAH INDAHNYA SEKIRANYA INI TERJADI"
Najib bermohon semoga Allah menyatukan Melayu |
Semoga Allah memberi petunjuk kepada Najib |
Alhamdullilah, sekembalinya Najib dari Mekah, Najib mengumumkan jemputatn untuk orang Melayu bergabung dibawah satu Panji Panji Hitam iatu Penyatuan Bangsa Melayu. Alhamdullilah jemputan itu diterima oleh Hj Hadi serta seluruh pengikut mahu pun penyokong kedua-dua kumpulan politik Melayu ini, tidak ketinggalan juga bagi Melayu yang menyokong Keadilan.
' |
Dengan berita ini, Mantan Perdana Menbteri Tun Dr Mahathir serta Mursidul Am Pas Nik Aziz, teresak-esak menangis kegembiraan mendendar perubahan ini. Sahut Dr Mahathir' Ya Allah, telah kau sempurnakan Doa hambamu yang hina ini, aku bersyukur kehadrat Mu". Mendengarkan kata-kata Dr Mahathir itu, lalu Mursidul Am Pas Nik Aziz, meng'amin'kan doa yang dilafas serta disambung kata-kata Mahathir dengan berkata, " Sesunggunnya Ya Allah, kau selamatlah seluruh Umat Melayu beragama Islam serta kau ampunkan dosa-dosa kami '
'Dengan berita tergempar itu, maka seluruh rakyat di negara mengadakan solat 'kesyukuran' diseluruh Negeri di Semenanjung serta Sabah dan Serawak sambil berdoa :-
"Ya Allah, dengan linangan air mata kami memanjatkan kesyukuran kehadrat Mu Ya Allah kerana Kau telah menyatukan hati-hati kami yang terpecah dahulu dan kami bermohon keampunan diatas perbuatan kami dan Kau kekalkanlah kesejahteraan ketas Agama kami serta Bangsa Kami". Amin.
Bismillah-hir-rahman-nir-rahim.
Tuan-tuan dan puan-puan marilah kita sama-sama meningalkan perbedaan diantara kita, tak kiralah tuan-tuan dan puan-puan dari fahaman politik mana sekali pun, marilah kita bersatu, membentuk Ummah yang kuat di negara kita. Marilah kita bersatu-padu didalam perjuangan memertabatkan Islam yang akhir-akhir ini diganggu gugat oleh musuh Islam. Bersatulah kita didalam kalimah sahadah ' La -ila-haa-ain-allah",kita bersujud menyembah tuhan yang satu, Allah,kita menjunjung kitab yang sama, Al Quran,kita bersalawat ke atas junjungan rasululullah Nabi Muhammad s.a.w yang satu dan kita berkiblatkan di arah yang sama ,Ka'abah .Mengapa harus kita rosak hati dengan berpecah-pecah, jangan dibiarkan 'syaitan' membisikkan kejahatan dihati kita, jangan biarkan 'dajjal' memfitnah kita. Bersatulah demi agama , bangsa dan negara yang kita cintai.
No comments:
Post a Comment