Sunday 20 May 2012

ISA PUTRA MARIAM ATAU AL MAHDI -RAJA SEGALA RAJA -KEBANGKITAN YANG DITUNGGU

MESJIDILAQSA


Bismillah-hir-rahman-nir-rahim
Assalammualaikum
Merungkaikan yang tersimpul,melepaskan yang terbelit,mencernakan minda yang bercelaru serta menimbulkan apa yang terendam didasar hati . Begitulah ungkapan yang dapat saya ungkapkan disini. Kini sudah menghampiri ke tahun 1500 hijrah . Namun yang ditunggu masih lagi 'dikatakan' masih lagi diawangan, umpama impian tak menjadi kenyataan. Disebabkan Raja segala Raja yang dinanti bukanlah datang sebagai 'khalifah' atau 'murshid' tetapi kedatangan yang kedua kalinya hanya untuk satu tujuan 'iaitu' memperbetulkan 'ajaran' yang terpesong yang telah dilakukuan oleh 'para-para' ilmuan selepas kewafatan junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. Misi yang harus dilakukan amatlah 'sukar' sekiranya  kita melihat  dari pandangan mata kasar 'orang awam'. Tetapi semua itu tidak mustahil dengan 'Rahmat" Allah SWT.
Perpecahan didalam pemahaman  berhubung pengertian yang sebenar yang  dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w  tentang Islam sudah dipesongkan  dan bencana ini  dapat dilihat  kesannya diseluruh dunia Islam.Diantara kesan besar yang dapat kita lihat  adalah perpecahan, bermulanya dengan satu kumpulan tetapi kini sudah terpecah kepada  beberapa bahagian. Seperti yang saya tuliskan sebelum ini. Dengan perpecahan itu maka tiap-tiap golongan mempunyai tata cara dan fahaman sendiri berhubung Islam sebenar.Perasaan taksub dengan ajaran dari bawaan kumpulan seperti Hambali, Maliki,Hanafi dan Shafei telah  memburukkan lagi perpecahan ditambah pula dengan kepercayaan ketaksuban pihak Syiah serta Sunnah, maka pertembungan percanggahan pendapat berlarutan dari zaman ke zaman yang seakan akan tiada noktah. 
DIBAWAH POHON KURMA MARIAM MELAHIRKAN ISA A.S.
Kenapa perpecahan, percanggahan pendapat serta pandangan berlawanan terjadi? Tidakkah kita, Umat Islam merujuk kepada kitab yang satu, Al Quran? Kenapa harus ada perbezaan? Siapa yang memulakan? Sekiranya dikaji dari hujung hingga kepangkal, sudah semestinya ketua kelompok ini yang memulakan.Kita lihat saja disekeliling kita, siapa yang membelahkan , tidakkah 'ketua-ketua' yang berkepentingan?
Oleh itu kedatangan yang 'dinanti' amat ditunggu-tunggu.Tetapi tahukah kita ciri-ciri 'manusia' yang ditunggu-tunggu ini. Dua kumpulan terbesar yang terpisah ini menunggu 'kedatangannya'. Kristian dengan Jesus Christ dan Islam dengan Isa Putera Maryam. Tetapi kaum Yahudi juga menunggu orang yang sama. Dari kelompok mana sebenarnya Isa atau Jesus akan dilahirkan atau pun diturunkan. Didalam kelompok Islam juga ada yang meragui 'kepulangan atau kelahiran' semula 'manusia' ini, begitu juga dengan Kristian, ada juga yang meragui kepulangan 'raja segala raja' ini. Tetapi hakikatnya , Raja segala Raja ini akan kembali untuk kedua kalinya. Janji Allah adalah benar. 'setiap manusia akan merasai kematian'. Disebabkan yang ditunggu masih lagi belum merasai 'nikmat' Allah iaitu kematian maka beliau wajib untuk melalui prasa ini. Mengikut Firman Allah didalam Al Quran ' Isa a.s Putera Mariam ditukarkan dengan seseorang yang menyerupainya oleh Allah SWT lalu beliau diangkat kelangit" itu Firman Allah .Disebabkan kisah atau jalan hidup Isa Putera Mariam atau Jesus masih lagi belum di'matikan' maka kepulangan atau kelahiranya adalah pasti.
BATU TEMPAT RASULULLAH MIKRAJ
Adakah beliau akan dipulangkan semula kepada  bangsa Yahudi ataupun Bangsa Nasrani mahupun   Bangsa Arab? Firman Allah,' telah aku turunkan nabi-nabi dan rasul-rasul dari bangsa kamu,tetapi kamu  tidak mempercayainya dan kamu bunuh mereka.'Bangsa apakah yang telah diturunkan para nabi dan rasul ini?
Bangsa Yahudi sudah pun duturunkan nabi serta rasul. Bangsa Arab sudah pun diperturunkan Rasul. India dan China juga telah diperturunkan nabi diantara bangsa mereka. Yang masih lagi tinggal satu-satunya bangsa didunia yang belum lagi diperturunkan adalah 'Melayu'. Bukan saya bercakap atas dasar saya Melayu tetapi inilah hakikat. Kenapa banyak 'hadith-hadith' serta 'tek-tek' kajian bangsa lain kebanyakanya menjurus kepada 'bangsa Timur'. (Ini akan saya ulas diwaktu yang sesuai).
Dari keturunan apa 'Raja segala Raja" ini diperturunkan atau dilahirkan? Susur galur ibunya dari keluarga Imran.                                          


                                                   


Memandangkan beliau adalah dari keturunan Nabi Ishak dan Nabi Yaakub, sudah semestinya kelahiran atau kepulangan kali ini disambung kembali  untuk acara penamatnya.
Bagaimana kita mengenalinya? Semestinya beliau akan dikelilingi oleh sahabat-sahabat yang  bersamanya.Siapa mereka? Hanya Isa a.s. Putera Mariam @ Jesus yang mengenalinya.
Adakah beliau akan turun sebagai ketua atau khalifah? Disebabkan pada kehadiran beliau dibumi sebelum ini Allah SWT telah memperlengkapkan segala-galanya maka kali ini perjalanan beliau amat berlainan sekali seperti yang saya ulas diawal tadi. Semestinya yang menjadi Khalifah terahkir adalah Al Mahdi yang menjadi Imam. Siapa Al Mahdi? Adakah ini satu gelaran atau sebutan yang diberi selaku 'Khalifah" terakhir? Atau adakah Isa a.s. putera Mariam ini Al Mahdi yang diberi gelaran Al Mahdi? Atau adakah  dua manusia ini berbeza?Kalau diikutkan kajian dari tek-tek dari Kitab selain Al Quran tiada dinyatakan berhubung nas ini. Tetapi di dalam Al Quran..hanya disebut kisah Isa Al Masih putera Mariam dan bukan Al Mahdi ataupun Imam Mahdi. Hanya melalui Hadith Nabi Muhammad s.a.w saja yang menyebut kedatangan Al Mahdi yang serupa dengan  nama Baginda .
"Sekiranya dunia hanya tinggal sehari sahaja (sebelum qiamat) nescaya Allah memanjangkan hari itu sehingga bangkit padanya seorang lelaki dari keturunanku atau dari kaum keluargaku, yang namanya spt namaku, nama bapanya spt nama bapaku, ia akan memenuhi bumi dengan keadilan dan saksama sebagaimana bumi dipenuhi kezaliman dan kekejaman. Hadith riwayat Abu Daud dan Turmizi.

"Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda ; "Akan lahir dari umatku seorang lelaki yang menyeru dengan sunahku, Allah menurunkan hujan dari langit untuknya, bumi mengeluarkan kasil dan darinya buni dipenuhi dengan kedurjaan dan kekejaman. Ia memerintah umat ini selama tujuh tahun dan akan berada di baitul Maqdis. Hadith riwayat At-Tabarani.  
Di antara tanda-tanda besar Qiamat ialah munculnya Imam Mahdi yang akan memerintah dunia ini dengan keadilan ketika dunia dicengkam oleh kejahatan kerana turunnya Dajjal. Walau bagaimanapun terdapat setengah-tengah pihak yang mempertikaikan kemunculan Imam Mahdi. Mereka berpendapat ia adalah perkara dongeng yang sengaja dicipta oleh orang-orang Yahudi dan Syiah.
Memandangkan terdapat berbagai-bagai perselisihan pendapat dari Imam-imam ini berhubung dengan permasaalahan Al Mahdi..maka kita juruskan hati dan fikiran kepada  apa yang Allah SWT firmankan berhubung Isa Al masih Putera Maryam didalam Al Quran.
Hanya berpandukan Al Quran saja , persoalan ini dapat dijawap, Bagi sesiapa yang melihat perjalanan ayat-ayat Al Quran inshaallah, golongan ini akan dapat melihat tetapi sekiranya kita hanya membaca , inshaallah kita akan menemui cerita. Terpulanglah mana satu yang anda ingin lakukan. Inshaallah kecelaruan  hati dan fikiran umat terakhir ini akan kita rungkaikan lagi dipost yang akan datang.
Inshaallah.


Nota : Ayat Al Quran harus dilihat dengan mata hati dan jangan 'dilagukan' mengikut hati.
Bagi mereka yang mengikut post terdahulu, inshaallah, kesamaran sudah nampak bayangan.

4 comments:

  1. Nabi Musa AS pernah bernikah beristeri tetapi beliau tiada tinggalkan zuriat.
    Nabi Isa AS tidak pernah bernikah tidak beristeri masakan beliau ada zuriat?
    Hanya Nabi Muhammad SAW bernikah beristeri ada anak penyambung zuriat...

    Nabi Musa AS dan Nabi Isa AS tiada penyambung warisan terajui Akhir Zaman.
    Bertambah lagi mereka telah wafat maka tamat sudah Misi Kenabian Kerasulan.
    Dari Sulbi Rasulullah SAW dari salur galur Ahlulbait ALMAHDI telah dizahirkan...

    Dalil AlMahdi ada dlm AlQuran dlm satu Surah tersembunyi paling ajaib sekali.
    Begitu juga mukjizat dan perjuangan AlMahdi tersirat diSurah laen mahu dirujuki.
    Selamat mencari mengimani - hanya Allah Khaliqqul Alim jua Maha Membimbingi...

    ReplyDelete
  2. Zaman Kerasolan Kenabian telah tamat berakhir usahlah mengigau lagi.
    Doktrin Hakeqat Muhammad mula dari Adam hingga Muhammad penutup Nabi.
    Semua 25 Rasol dan Nabi setelah tamat tugas dan misi diwafatkan mati.
    Termasuk Jesus telah mati disangka2 turun dari langit bertugas lagi.
    Itu Hadis Nasraniliat utk pesongkan Dunia Islam dari pimpinan AlMahdi...

    Muhammad Nabi terunggul sekali pun sampei ajalnya dia berpulang pergi.
    Sepeninggalan Nabi Dunia Sejagat porak peranda paling kritikal sekali.
    Doktrin Hakeqat Muhammad bangkit semula dlm wajah ke2 itulah Alam Wali.
    Kononnya akan lahir Penyelamat dari Moses dan Jesus itu omongan mimpi.
    Cari tunggukan kebangkitan Imam Mahdi AS dibimbing oleh Sang Raja Wali...

    .... Sang Penjaga Air Membimbingi / Ratu Adil Sejati Sentiasa Perhati /
    Tok Zulqarnaen Sang Penguasa Timur dan Barat Sangat Keras Menghukumi ....






    ReplyDelete
  3. @ Hanya melalui Hadith Nabi Muhammad s.a.w saja yang menyebut
    kedatangan Al Mahdi yang serupa dengan nama Baginda .

    "Sekiranya dunia hanya tinggal sehari sahaja (sebelum qiamat) nescaya
    Allah memanjangkan hari itu sehingga bangkit padanya seorang lelaki
    dari keturunanku atau dari kaum keluargaku, yang namanya spt namaku,
    nama bapanya spt nama bapaku, ia akan memenuhi bumi dengan keadilan
    dan saksama sebagaimana bumi dipenuhi kezaliman dan kekejaman.

    Hadith riwayat Abu Daud dan Turmizi.

    ReplyDelete
  4. DALIL2 ALMAHDI DLM ALQURAN DAN HADIS2 NABI.. BEGITULAH FATHONAH BIJAKSANANYA RASULULLAH SAW UTK MEMELIHARA NASABNYA DARI DIBUNUH.. SELAEN BEBERAPA HADIS2 NABI SAW BERSABDA TENTANG KEDATANGAN
    ALMAHDI DLM ALQURAN JUGA ADA TERSIRAT PADA BEBERAPA SURAH LAGI TERSEMBUNYI MENGENAI KEBERADAAN & PERJUANGAN ALMAHDI..

    (1) KEWUJUDAN KEBERADAAN ALMAHDI TERSEMBUNYI DLM SURAH ALKAHFI.

    ITU YG SELALU KAETKAN ALMAHDI DGN SANG PENJAGA AIR & ZULQARNAEN.
    ALMAHDI DIBIMBINGI NABI KHIDIR AS & ALL THE SUPREME LIGHT ANGELS ETC.
    KEKUATAN ALMAHDI DIKUASAI PENGUASA TIMUR & BARAT TOK ZULQARNAEN.

    (2) PERJUANGAN PERGERAKAN ALMAHDI TERSURAT TERSIRAT DLM SURAH TAHA.

    DLM SURAH TAHA ADA 2 AYAT MENCERITAKAN TENTANG KEDATANGAN MAHDI DIMEKAH SEBANYAK 2 KALI.. PERTAMA DISATU KERJA UMRAH BERSAMA SEDIKIT PAMUDA BANI TAMIM. KEDUA DISATU MUSIM HAJI DGN ISTERINYA.. "APAKAH
    SUDAH SAMPEI BERITA KEPADA KALIAN TENTANG KEDATANGAN IMAM MAHDI?" KEDATANGAN ALMAHDI PADA KALI KE3 ITU NANTI PALING MENGONCANGKAN
    SEMESTA ALAM...

    IMAM MAHDI MANA SATUKAH YG KALIAN MAHU IMANI YG KALIAN NANTI..??
    TANAH MINANG BUMI REMBAU BAKAL MENCATITKAN SEJARAH SEKALI LAGI..

    ReplyDelete