Wednesday 2 May 2012

KEBESARAN AYAT 20 SURAH AL JINN DAN AL FATIHAH



Bismillah-hir-rahman-nir-rahim


Hari ini aku ingin membicarakan perihal penyakit yang amat kritikal iaitu ' ketumbuhan otak' atau 'brain tumur'. Bagi setiap manusia yang menghidapi 'anugerah' ini semestinya akan melalui berbagai-bagai komplikasi terutama apabila mereka diberikan preskripsi oleh hospital. Apabila 'ketumbuhan' ini dapat dikesan  maka perjalanan seseorang itu akan 'terencat' terutama disegi emosi , perasaan dan tingkahlaku. Didalam perjalanan aku menuju kegarisan penamat  penghidupan yang aku tidak tahu bila penghujungnya, aku 'disinggahi' oleh dua orang manusia yang 'dianugerahi' dengan 'bebanan' ini.
DON FRAZIER @ YAACOB


 Don Frazier @ Yaacob bin Abdullah, lelaki Inggeris berasal dari New Zealand yang pada ketika itu berumur 58 tahun. Beliau adalah seorang jutawan yang mengusahakan ladang buah Kiwi dinegaranya. Sewaktu aku mengenali beliau yang telah aku ceritakan dipost yang lalu, pada ketika itu beliau telah diberitahu oleh Doktor Pakar yang merawat beliau yang, mengatakan bahawa beliau hanya mempunyai tempoh selama 6 bulan saja untuk hidup. Mendengarkan kata-kata itu beliau hanya menyerahkan saja nasibnya kepada Tuhan yang beliau percaya. Berbagai-bagai ikhtiar beliau lakukan seperti juga dinegara kita, pergi berjumpa 'healer' dan juga guru agamanya untuk membantu memohon kepada Tuhan untuk dipermudahkan atau memohon untuk disembuhkan. 


Allah SWT Maha Kaya, Tuhan telah melorongkan 'perjalanan aku' melalui Simon atau Noah untuk bertemu dengan beliau. Melalui 'kabar ghaib' ini aku sampaikan kepada Simon dan alhamdullilah, semuanya diatur oleh Allah SWT untuk aku berjumpa dengan beliau. Dengan kehendak Allah SWT setelah beliau 'berhijrah' dan mengambil Allah SWT sebagai Tuhan maka dengan penghijrahan itu beliau telah diganjarkan dengan anugerah yang tidak tercapai oleh fikiran manusia. 'Tumur' yang hidup segar dan membesar yang terpahat dilingkaran otak beliau dengan kuasa Allah SWT telah 'diangkat' atau 'tiada lagi' ditempatnya. Pakar otak yang merawatnya kehairanan dengan keajaipan ini.





Sebagai tanda kesyukuran kehadrat Allah SWT beliau telah melakukan satu perjalanan ke Ka'abah untuk mengenali kehebatan Allah SWT. Kesyukuran dipanjang kepada TuhanYang Maha Esa dan sekembalinya beliau ke Langkawi selepas melakukan umrah dan ziarah ke bumi yang menyaksikan kelahiran Junjungan kita  Nabi Muhammad s.a.w. Tanpa perasaan ragu dan was-was beliau mengEsakan Tuhan dengan lafas ' Sesungguhnya aku menyembah Mu Ya Allah dan tidak mempersekutukan Kau dengan sesuatupun didalam ibadah ku terhadap Mu'.Inilah ungkapan yang dibacanya setiap hari dan memandangkan lebih 58 tahun melalui kehidupan tanpa mengenali Tuhan sebenar kini beliau mempraktikkan 'solat' dengan hanya membaca surah 'Al-Fatihah" saja . Alhamdullilah, dengan bacaan yang semudah ini beliau sudah boleh mendirikan solat. Sehingga kini beliau masih lagi sihat walaupun umur sudah melangkaui 65 tahun. Semoga Allah SWT memberkati kamu Don Frazier @ Yaacob bin Abdullah.



Begitu juga dengan pemuda yang aku kenali di Langkawi, beliau merupakan  anak kepada jiran
aku, yang pada ketika itu masih lagi diawal 25 .Nama beliau Hafiz,  nasib beliau juga serupa dengan Yaacob bin Abdullah.  Dianugerah  dengan 'bebanan' dari Yang Maha Esa'. Yang membezakan mereka adalah Hafiz terpaksa melalui pembedahan tetapi tidak kepada Yaacob. Mungkin faktor umur membuatkan Yaacob tidak melalui sesi pembedahaan itu. 


Frasa Hafiz menerima 'keajaipan' Allah berbeza dengan Yaacob. Hafiz terpaksa memohon keampunan dari kedua-dua ibubapa beliau terlebih dahulu untuk melangkah ke tahap kedua perjalanan hidupnya. Setelah perkara pertama beliau tempuhi dengan linangan airmata memohon keampunan dari ibubapa yang melahirkan beliau kedunia ini maka perjalanan seterusnya adalah sama seperti Don atau Yaacob. Lafaz  dan bacaan yang sama dipraktikan oleh kedua-dua insan ini telah  memberi ganjaran yang besar didalam  perjalanan kehidupan mereka. Jikalau sebelum ini beliau akan 'pass out'  atau pengsan tidak mengikut waktu tetapi  kini semua itu telah diangkat oleh Allah SWT.





Pesanan aku kepada semua, sekiranya kita inginkan rahmat Allah, banyak-banyak lah mengungkap kalimah  ini, " Sesunggunnya aku menyembah Mu Ya Allah dan tidak mempersekutukan Kau dengan sesuatupun didalam ibadahku terhadap Mu'. Lafaz lah setiap kali apabila kita ingin mendirikan solat dan juga ibadah yang lain. Perbanyakkan lah membaca surah Al Fatihah.


Janji Allah SWT adalah benar :- Ikutlah Al Quran dan Rasul

No comments:

Post a Comment