Tuesday, 1 May 2012

PERKARA ASAS MEMBINA INSAN BERHATI MULIA


Assalammualikum

Segala pujian untuk Yang Maha Esa serta selawat dan salam keatas Junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w dan saya mendoakan kesejahteraan dan kebaikan kepada semua pembaca yang sudi melawati blog ini, semoga anda serta keluarga anda semua dilindungi ALLAH SWT selalu.

Pelajaran pertama :-

Pegangan I
Lafaz atau akad.
 " Sesungguhnya aku menyembah Tuhanku ( Allah) dan tidak mempersekutukan  sesuatupun dengan Nya (Allah). (Surah Al Jinn ayat 20.) Ini merupakan lafas untuk santapan roh dan jasad  setiap kali ingin mendirikan solat begitu juga dengan ibadah yang lain. Inilah lafas janji  terhadap Tuhan . Memandangkan apa yang  diungkap dan dilafas akan menjadi 'perhitungan' Allah SWT, maka lidah dan hati akan menjadi saksi. Hendaklah  kita melafaskannya dengan keiklasan yang datang dari hati. Inshaallah, kita akan mendapat keberkatan Allah SWT didunia dan di akhirat. 

Pegangan 2 :-
Ibubapa

"Lesen" terbesar yang dimiliki oleh manusia untuk mendapat keredaan Allah SWT Tuhan Yang Maha Agung adalah menghormati, mengasihi, dan menyayangi kedua-dua ibubapa serta mendoakan kesejanteraanya .Sekiranya ini dapat dipraktikan didalam kehidupan , inshaallah, hidup kita akan mendapat keberkatan serta keampunan Allah.SWT.

Pegangan 3 :-

Berbaik-baik sesama saudara sendiri , sahabat handai, jiran serta orang disekeliling kita.

Mengeratkan silatulrahim serta kasih sayang sesama adik-beradik, berbuat baik terhadap sahabat-sahabat dan menghormati jiran tertangga 

Pegangan 4 :-
Amalan
Beramal dengan ilmu :-
untuk kebaikan diri dan untuk kebaikan manusia 

Pegangan 5 :-
Berprasanga baik,  melafaskan perkataan yang baik serta sifat merendah diri.

Nota :-
Inshaallah sekiranya 5 perkara  asas ini dapat kita praktik pada diri kita seharian, inshaallah kita akan lihat perubahan disekeliling kita. Bermulalah dengan diri sendiri disitulah  kunci segala kunci.














No comments:

Post a Comment