AL QURAN ADALAH PANDUAN KU, SUNNAH ADALAH IKUTAN KU. ALLAH SWT ADALAH TUHAN KU
Saturday, 16 June 2012
KALAU INGINKAN PERTOLONGAN ALLAH !! ISLAM PERLU BERUBAH. IKUTLAH AL QURAN DAN TINGGALKAN IKUT-IKUTAN
Bismillah-hir-rahman-nir-rahim.
Assalammualaikum.
Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menyambut ulang tahun ISRA MIKRAJ kepada semua sahabat-sahabat blog ini. Seperti yang saya nyatakan kepada sahabat semua bahawa Isra Mikraj kali ini berlainan dengan Isra Mikraj yang pernah anda lalui dahulu. Berpuluh tahun atau mungkin beratus tahun kita telah melakukan kesilapan tanpa kita sedari kerana kita hanya mengikut apa yang diajarkan orang terdahulu tanpa memeriksa dan merujuk kepada pengertian sebenar isi Al Quran dan suruhanya atau meniliti sesuatu kejadian ataupun suruhan itu samaada ianya benar atau pun bida'ah.
Perkara yang ingin saya utarakan disini adalah perkara asas yang kita lakukan setiap hari iaitu 'sembahyang atau 'solat'.. Sempena Isra Mikraj , dimana nabi kita Muhammad s.a.w telah diperjalankan disatu malam dari Mekah ke Baitul Mukaddis yang dipanggil 'isra' sementara perjalanan Rasullulah s.a.w ke langit menemui Allah SWT dipanggil 'Mikraj'.Perjalanan istemewa dan peristiwa besar ini adalah untuk 'pembentukan solat' yang membezakan 'sembahyang' kaum sebelum Muhammad dan 'solat" untuk Umat Muhammad. Pada ketika inilah 'solat' yang kita lakukan setiap hari telah dibentuk caranya di 'sidratulmuntaha'. Lalu bentuk dan cara itu dibawa kebumi olih Rasullulah s.a.w . Baginda mengajarkan umatnya bagaimana bentuk dan cara untuk ' menyembah dan mengesakan' Allah SWT, serta suruhan mendirikan solat dan bilakah waktu diwajibkan untuk Umat Muhammad bersolat dan apakah lafas niat mendirikan solat sepertimana yang diFirmankan Allah SWT.
Tetapi adakah niat serta lafas niat kita itu benar-benar mengikut seperti apa yang Allah firmankan kepada nabi Muhammad???
Ayat 19 : Dan bahawasanya tatkala hamba Allah (Muhammad) berdiri menyembah Nya (menyembah Nya -solat), hampir saja jin-jin itu mendesak desak mengerumuninya (Muhammad)
Ayat 20 : Katakan " Sesungguhnya aku hanya menyembah Tuhanku dan aku tidak mempersekutukan sesuatupun dengan Nya (Allah)
Pengertian
Diayat 19 Allah SWT mengambarkan kepada kita ketika hamba allah ( Muhammad) berdiri untuk menunaikan ibadah (solat) dan dikerumini olih jin-jin dan mendengar apa yang Rasullulah lafaskan sewaktu mendirikan solat. Ayat dibawah ini difirmankan Allah kepada Muhammad s.a.w.
Surah al Jinn Ayat 20 :-
" Sesungguhnya aku hanya menyembah Tuhanku dan aku tidak mempersekutukan sesuatupun dengan Nya (Allah).
Tetapi kenapa kita Umat Muhammad melafaskan niat sembahyamg seperti ini :-
Sesungguhnya aku mendirikan solat (Maghrib/Isyak/Subuh/Dzuhur atau Asar) kerana Allah Taala.
Kenapa kita melafaskan niat solat( kerana waktu) kerana Allah Taala? Tidakkah Allah telah menentukan waktu untuk kita bersolat? Apa tujuan 'solat' kita?
Tidakkah kita disuruh bersolat dan tidak menyekutukan Allah SWT dengan sesuatu dengannya?
Dimana kebenaran lafasniat untuk 'waktu' ini?
Disebabkan terpesongnya niat kita SEWAKTU mendirikan 'solat' maka sehingga kini selepas era Rasullulah, umat Islam dihina dan dimaki oleh orang bukan Islam kerana apa? Kerana Tuhan tidak membantu kita kerana Umat Muhammad tidak mengesakan Nya seperti yang diajarkan didalam Al Quran.
Selagi Umat Islam tidak dapat memperbetulkan lafas niat untuk bersolat atau bersujud atau merendahkan sayap dihadapan Allah SWT iaitu 'sembahyang' mengikut apa yang dilafaskan oleh Baginda Rasulullah s.a.w seperti yang difirmankan oleh Allah SWT , selama itulah Islam akan dihina, dikeji, dicaci dan dimalukan dan selama itu jugalah Allah SWT akan menutup pintu hati kita. Renungkanlah....
Sekiranya perkara pokok ini tidak diubah..sampai bilapun kita tidak akan berubah nasib..Jangan salahkan Allah SWT apabila Tuhan tidak membantu kita atau melindungi kita, ini adalah kerana sifat sombong, takbur dan riak manusia yang mengaku diri sebagai ' umat Muhammad' tetapi tidak mengikut apa yang Muhammad s.a.w lafaskan dan sunnahkan kepada umatnya maka tiadalah pelindung dan penolong bagi mereka.
Tidakah peristiwa Simon, John, Andrew James, Peter dan Famil, Lili (Maryam) Don Frazier (Yaakob), Ronnie, Joshua , Hj Kamaruddin, Hafiz, Nini, Allahyarham Pak Hamid dan lain-lain sedikitpun tidak meninggalkan ' keinginan' untuk mencari kebenaran? Semua kisah dan perjalanan mereka telah dipaparkan didalam blog ini. Tidakkah anda ingin mendapat petunjuk??
Tidakkah anda ingin melihat ISLAM itu hebat, gagah, perkasa disulam dengan kasih dan sayang?
Sempena bulan Rajab dan kedatangan ISRA MIKRAJ yang mulia ini marilah kita ramai-ramai bersatu hati melasafkan yang satu serta tidak menyekutukan Allah SWT dengan sesuatu jua didalam solat dan ibadah kita.
..... AMIN.......
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment