Sunday 23 September 2012

PERLUKAH BERTARIKAT : MANUSIA TERIKUT-IKUT :

"Dan jika engkau menurut kebanyakan orang yang ada di muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah; tiadalah yang mereka turut melainkan sangkaan semata-mata, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta". (Surah al-An'aam: 116). 
Suntingan ini dibuat untuk kermudahan kefahaman sahabat-sahabat . Sumber  dipetik dari sahabat blogger dan  terima kasih diucapkan kepada penulis yang berkesadaran untuk dikongsi bersama.
Allhamdullilah.

 PERSOALAN AMALAN TAREKAT TASAWUF*

Oleh:Profesor Zakaria Stapa

"Ketahuilah saudara-saudaraku .......bahawa ilmu tasawuf itu merupakan suatu penjelasan mengenai ilmu yang terhasil atau muncul di hati para awliya' ketika mana hati tersebut digilap dengan amalan yang terkandung dalam al-Kitab dan al-Sunnah. Maka setiap orang yang mengerjakan amalan [suruhan] al-Kitab dan al-Sunnah, terhasillah baginya berdasarkan amalan tersebut pelbagai ilmu, adab, rahsia dan hakikat yang lidah lemah dan kurang upaya untuk menjelaskannya".

rumusan mengenai tabii ilmu tasawuf, iaitu:
(a) ia merupakan jenis ilmu yang berpusat di hati seseorang manusia;
(b) ia terhasil berdasarkan perbuatan atau amalan;
 (c) perbuatan atau amalan itu dilakukan untuk mengilap bagi membersihkan hati supaya ia layak menjadi tempat berlsemayamnya ilmu;
(d)  amalan yang dilakukan  ialah  suruhan yang terkandung dalam al-Qur'an dan al-Sunnah;
(e) isi kandungan ilmu tasawuf tersebut berupa pelbagai adab, pelbagai rahsia dan pelbagai hakikat dan
(f) ia merupakan sejenis ilmu yang bersifat" rasa" an atau kecapan rohani (dhawq)

,Ilmu tasawuf merupakan  ilmu yang turun ke dalam hati yang  disediakan dengan cara ibersih dan digilap dengan pelbagai amalan yang diwajib mengikut  al-Qur'an dan al-Sunnah
 Penghasilan ilmu tasawuf tertumpu kepada key word "amalan", bukannya pembelajaran seperti yang biasa terjadi kepada ilmu-ilmu lain.
 Ilmu tasawuf tidak mungkin terhasil dari kegiatan-kegiatan keilmuan biasa seumpama pembacaan, kehadiran ke kelas-kelas tertentu,
Ilmu tasawuf sudah terbentuk dan menjadi satu disiplin dalam ilmu Islam yang khusus yang  mencapai tahap kematangannya pada kurun ketiga Hijrah
Di sinilah munculnya apa yang diistilahkan sebagai  "tarekat".
Perkataan "tarekat" bererti  "jalan".  Hal  yang dimaksudkan ialah "jalan menuju kepada Allah dengan  cara mentaati segala ajaran-Nya"

 ##Dari aspek teknikal, istilah tarekat itu, pada asasnya, merujuk kepada sirah atau jalan kerohanian khusus yang dilalui oleh orang-orang yang berjalan (al-salikun) menuju kepada Allah, di mana dalam perjalanan tersebut mereka perlu merentasi pelbagai rintangan dan mengalami pelbagai peningkatan kerohanian dalam pelbagai maqam##
"Amalan" yang perlu dilaksanakan bagi beroleh kejayaan dalam mencapai ilmu tasawuf itu diolah dan diusahakan dengan penuh kesungguhan dalam lingkungan tarekat. Jadi, tarekat, dalam hubungan ini, merupakan wasilah yang disediakan bagi mencapai matlamat yang terkandung dalam ilmu tasawuf. Maka itu, di sinilah terjalinnya hubungan di antara tasawuf dan tarekat;

Istilah tarekat itu boleh dirujukkan kepada cara, kaedah atau peraturan-peraturan khusus yang perlu diikuti dan dihayati kehendak-kehendaknya oleh seseorang murid di bawah naungan satu kumpulan kesufian yang mengikuti panduan daripada seseorang "syeikh"  terkemuka.

Kehidupan bertasawuf dalam Islam telah bermula dalam bentuk perseorangan, di mana setiap orang dari kalangan yang terlibat dalam kehidupan tersebut menggunakan cara-cara atau jalan-jalan tersendiri dalam melaksanakan pelbagai amalan ibadah dan mujahadah masing-masing.
Mulai pertengahan kedua kurun ketiga Hijrah barulah golongan sufi mula membentuk dan menyusun kumpulan-kumpulan atau tarekat-tarekat tertentu, di mana setiap kumpulan mula tunduk dan patuh kepada peraturan-peraturan tertentu.

Bolehlah dijelaskan bahawa pada asasnya tarekat itu merupakan lorong atau "jalan kecil" yang dilalui oleh golongan  yang terlibat dalam dunia kesufian. "Jalan kecil" tersebut merupakan satu lorong yang tercabang daripada "jalan besar" atau "lebuh raya" Syariat
Tarekat itu merupakan cabangan daripada keseluruhan Syariat Islam; yang juga memaknakan bahawa ia adalah lebih sempit dan lebih sukar untuk dilalui berbanding dengan "jalan besar" atau "lebuh raya" Syariat yang biasa dilalui oleh kalangan umat Islam.
Dalam sesebuah tarekat, syeikh sesungguhnya merupakan" focal point"  bagi segala kegiatan organisasi berkenaan tertakluk dan berpusat secara mutlak kepada kehadirannya.
Dalam kelompok golongan sufi istilah syeikh dirujukkan kepada seorang penunjuk jalan atau pembimbing kerohanian yang menjalani jalan kebenaran dan mengenali secara tepat batas-batas serta perkara-perkara bahaya dan perlu ditakuti .Lalu berasaskan ketepatan pengenalan tersebut dia memandu dan menunjukkan kepada murid perkara-perkara yang boleh memberi manfaat serta mengelak daripada perkara-perkara yang boleh mendatangkan kemudaratan , sehingga dengan petunjuk tersebut kalangan murid boleh mencapai atau sampai (melalui "rasa" an ) dan menjadi hampir dengan Allah.
Syeikh merupakan satu ciri yang terpenting dalam tarekat, bahkan kelahiran tarekat itu sendiri, dalam pengertiannya yang khusus, adalah disebabkan oleh wujudnya syeikh . Kerana itu kita dapati setiap tarekat yang muncul dalam sejarah tamadun umat Islam akan diberi nama berasaskan nama syeikh asal yang mengasaskan sesebuah tarekat berkenaan.

#Sandaran teori kepada konsep syeikh dalam tarekat ini, khususnya dalam konteks hubungan syeikh dengan para murid, adalah mengambil teladan daripada hubungan di antara Nabi SAW dengan para sahabat Baginda . Dalam kata lain, seolah-olah  kedudukan syeikh itu dalam hubungan dengan para murid adalah bagaikan kedudukan Rasulullah SAW dalam hubungan dengan para Sahabat. Isyarat perbandingan hubungan syeikh-murid adalah bagaikan hubungan Rasulullah-sahabat

##Hal yang lebih kurang sama dengan ungkapan al-Ghazali di atas dicatatkan juga oleh Syeikh ‘Abd al-Qadir al-Jilani dalam tulisan beliau al-Fath al-Rabbani:

Maka seseorang murid itu apabila kemahuannya [kemahuan untuk mejalani hidup secara bertasawuf] telah tiba dan fikirannya telah putus [untuk memulakan perjalan secara tasawuf], tetapi dia tidak mengikuti seseorang syeikh, maka dia akan sesat dan syaitan akan menjadi pemandu dan menjadi syeikh kepadanya .
Institusi ini memberikan kedudukan dan taraf yang begitu penting kepada golongan syeikh, sehingga mereka sewajibnya diikuti oleh kalangan ummah yang mahukan kejayaan dalam kehidupan kerohanian

##
al-Syeikh Abu al-Hasan al-Shadhili berpesan: “Apabila kashf engkau [yang engkau perolehi] bertentangan dengan al-Qur`an dan al-Sunnah, maka hendaklah engkau berpegang kepada al-Qur`an dan al-Sunnah dan tinggalkan kashf tersebut. Dan katakan kepada diri engkau: Sesungguhnya Allah telah menjamin kepadaku kemaksuman kandungan al-Qur`an dan al-Sunnah, tetapi tidak begitu halnya dengan kandungan al-kashf, al-ilham dan al-mushahadah, melainkan setelah [semua itu] dipadankan dengan [semanagat kandungan] al-Qur`an dan al-Sunnah [lalu didapati tidak bertentangan dengan semangat isi kandungan kedua-dua sumber berautoriti tersebut]” (‘Abd al-Halim Mahmud 1972, 247).

## Sahl b. ‘Abd Allah al-Tustari menjelaskan: “Setiap pengalaman wajd yang tidak dipersaksikan [kebenarannya] oleh al-Qur`an dan al-Sunnah adalah terbatal” (Badawi 1978, 57).

## Al-kashf, al-ilham, al-wajd dan al-mushahadah merupakan di antara perkara yang kerap mendatangi diri kalangan orang yang terlibat dalam kehidupan bertasawuf.

Persoalannya ???

Bagaimanakah seseorang syeikh jika  tidak  mengalami secara peribadi pengalaman-pengalaman seumpama di atas? . Maka syeikh dan para muridnya akan terdedah luas untuk terjerumus ke lembah penyelewengan.

"... tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendakiNya, dan Dia lebih mengetahui orang-orang yang mau menerima petunjuk." (Al Qashash : 56)

 Isu yang berkaitan langsung dengan taksub kepada guru ialah adanya rabitah iaitu mund menambatkan hatinya dengan syeikh yang Kamil (sempurna). Syeikh yang roh dan hatinya mencapai maqam musyahadah dan tahqiq dalam hatinya, berbagai sifat zat yang dinisbahkan kepada zat Allah tanpa kaif dan tanpa kaifiat. Abdul Ghani al-Nabulsi berkata rabitah ialah rasa kasih sayang yang amat mendalam dari murid kepada syeikhnya sehingga hatinya sentiasa berhubungan dengan syeikhnya dalam apa juga keadaannya.

    Kesimpulan dari konsep rabitah ini dapat dirumuskan empat perkara:

   i.   Kasih sayang murid amat mendalam terhadap syeikh

 ii.    Ikatan ini menjadikan murid sentiasa ingatkan syeikhnya

iii.    Kasih sayang dan ingatan menghasilkan bayangan syeikh dalam khayalannya

iv.    Seorang syeikh sudah sampai maqam musyahadah dan bersifat karamah.

Tasauf menurut perspektif Islam adalah satu kaedah tertentu untuk mendekatkan diri kepada Allah. Al-Sya'rani mendefinisikan tasauf sebagai ilmu yang terhasil di dalam hati wali apabila mereka mempraktikkan al-Quran dan sunnah.


Ilmu yang terhasil daripada ulama fekah, setiap amalan yang dilakukan dengan panduan kedua-duanya akan menghasilkan pelbagai ilmu, adab, rahsia dan hakikat yang tidak dapat diungkapkan secara lisan dengan syarat amalan itu bebas daripada kecacatan dan kehendak hawa nafsu.Tarekat pula menurut huraian ulama tasauf mempunyai beberapa pengertian iaitu umum, khusus dan lebih khusus.

 Asal ilmu tasauf itu ialah tarekat kaum sufi  yang didakwa datangnya dari  sisi golongan terdahulu daripada umat ini dan pemimpinnya daripada kalangan sahabat, tabi'in dan golongan selepas mereka. didakwa  adalah tarekat kebenaran dari  hidayah.  Tarekat terjurus kepada ke tekunan beribadah, menumpukan sepenuh perhatian kepada Allah, berpaling daripada perhiasan duniawi, bersifat zuhud terhadap apa yang dicari  yang berupa kelazatan, harta dan pangkat serta menyendiri daripada makhluk dalam bersendirian untuk beribadat.

Pengertian  bagi tarekat pula ialah tata cara yang khusus atau himpunan adab dan ajaran yang kumpulan ahli tasauf. Tarekat dengan pengertian yang lebih khusus pula ialah perjalanan dan peningkatan tahap kejernihan rohani manusia .
Di antara  ajaran tarekat yang menyeleweng adalah pegangan terhadap istilah tasauf yang  bercanggah dengan syarak di samping istilah falsafah, kebatinan dan takwil tasauf yang menyimpang jauh daripada  persoalan akidah dan ibadah.
 Ajaran tarekat  menganjurkan pengikutnya agar meringankan atau tidak melaksanakan amalan ibadat dan kewajipan syarak. Ajaran tarekat yang sesat tidak segan silu melakukan maksiat.  Tarekat yang sesat juga membentuk gerakan politik bawah tanah yang boleh mengganggu gugat keharmonian dan kesejahteraan umat Islam.
Pengamal tasauf haruslah orang yang bersih hatinya, suci perbuatan dan tingkah lakunya daripada hal yang subahat apatah lagi perkara haram,  tidak terpesona dengan segala urusan dunia., dunia hanyalah jambatan menuju Allah.

Taksub dan fanatik adalah sikap menutup pintu bagi pandangan lain yang berbeza dan berusaha untuk menidakkannya. Sikap ini adalah pembawaan yang memandang bahawa hanya diri sendiri atau kumpulannya sahaja yang betul. Malah secara berani menuduh orang yang berlainan pendapat darinya sebagai jahil, bodoh, fasiq dan derhaka. Sikap taksub dan fanatik ini dikutuk kerana ia mengikat pandangan orang lain Keadaan akan menjadi lebih gawat, apabila ia mahu mewajibkan pandangannya ke atas orang lain dengan kekerasan seperti mengutuk dan menuduh orang lain melakukan bid'ah, kufur dan keluar dari agama. Kekerasan, fanatik dan taksub ini menjadi lebih bahaya, seperti mewajibkan sesuatu yang tidak diwajibkan oleh Allah S.W.T.
Sikap fanatik dan taksub adalah dilarang oleh Allah S.W.T. terhadap umat yang dahulu khasnya Ahli Kitab. Firman Allah:
Maksud: "Katakanlah, "Wahai Ahli Kitab! janganlah kamu melampau-lampau dalam agama kamu secara yang tidak benar, dan janganlah kamu menurut hawa nafsu suatu kaum telah sesat sebelum ini dan telah menyesatkan banyak manusia dan juga (sekarang) mereka telah tersesat (jauh) dari jalan yang betul".
(Surah al-Ma'idah:77 )
Allah memerintahkan hambaNya berdakwah secara bijaksana dan pengajaran yang baik seperti maksud Firman Allah S.W.T.:
"Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik, sesungguhnya Tuhanmu dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalannya, dan dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat petunjuk".
(Surah an-Nahl 125)
Tasawwuf (sufi) adalah daripada perkataan Greek, iaitu 'sofea' bermaksud hikmah atau bijaksana.
Ahli sejarah yang membuktikan asal usul kemasukan ideologi tarekat sufi ini ke dalam pemikiran Islam.  Sufi bukanlah dari syariat Islam, tetapi diresapkan ke dalam ajaran Islam oleh musuh-musuh Islam terutama di dalam bab akidahnya pada zaman di mana orang Islam telah berjaya menawan Rom dan Parsi. Banyak persamaan dikebanyakan doktrin dalam ideologi tarekat sufi dengan doktrin kepercayaan agama Hindu dan Buddha.
Sufi tumbuh dari kesan pemikiran falsafah, dengan adanya persamaan teori falsafah tarekat ini dengan teori falsafah dari Barat. 
Sufi diambil dari ajaran Masihi, Yahudi dan pendita-pendita dari kedua agama tersebut yang membawa masuk seterusnya menghidupkan ideologi tersebut di dalam ajaran Islam setelah mereka memeluk Islam.
Sufi pada kenyataannya diambil dari teori falsafah orang-orang kafir, terutamanya dari agama Hindu dan Buddha.
Tarekat sufi dan segala tarekat kebatinan yang terdapat dalam kepercayaan masyarakat Islam , pada asalnya adalah ciptaan yang dipelopori oleh Yahudi dan diresapkan ke dalam aqidah Islam. (Rujuk: Tarikh al-Tasawwuf fi al-Islam, Dr. Qassim Ganny)
Contoh :
Tokoh Sufi Ibn 'Arabi : Antara fahaman beliau adalah "Wahdatul Wujud".
العبد رب والرب عبد،

يا ليت شعري من المكلف،

إن قلت عبد فذاك حق،

أو قلت رب أني يكلف


"Hamba ialah Tuhan dan Tuhan ialah Hamba. Aku berharap agar aku mengetahui yang mana satukah perlu aku jalankan tanggungjawabku. Jika aku katakan hamba itu hamba atau jika aku katakan hamba itu adalah Tuhan, jadi bagaimanakah bentuk tugasan yang perlu aku jalankan bagi-Nya." (Rujuk: al-Futuhat al-Makiyyah, Ibn 'Arabi, ms. 43) 
Pasti ada yang tidak puas hati dengan  ini dan  ada yang berkata " begitu ramai ulama hari ini mengikuti aliran sufi ini, kenapa kita mesti menolaknya?" Jawapan yang tepat adalah firman Allah:


وَإِنْ تُطِعْ أَكْثَرَ مَنْ فِي الأَرْضِ يُضِلُّوكَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ إِنْ يَتَّبِعُونَ إِلاَّ الظَّنَّ وَإِنْ هُمْ إِلاَّ يَخْرُصونَ


Dan jika engkau menurut kebanyakan orang yang ada di muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah; tiadalah yang mereka turut melainkan sangkaan semata-mata, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta. (Surah al-An'aam: 116)

وَمَا يَتَّبِعُ أَكْثَرُهُمْ إِلاَّ ظَنًّا إِنَّ الظَّنَّ لاَ يُغْنِي مِنَ الْحَقِّ شَيْئًا إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ بِمَا يَفْعَلونَ
Dan kebanyakan mereka, tidak menurut melainkan sesuatu sangkaan sahaja, (padahal) sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran (iktiqad). Sesungguhnya Allah Maha mengetahui akan apa yang mereka lakukan. (Surah Yunus: 36)

 Pengukur kebenaran bukanlah disebabkan ramainya pengikutnya, tetapi ukuran yang dinilai adalah sejauh mana mereka menepati al-Quran dan al-Sunnah dalam amalan dan iktiqad.
 Firman Allah:

فَإِنْ تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآَخِرِ ذَلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلاً

Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) Dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya. (Surah al-Nisaa': 59)

Sebagai kesimpulan dari apa yang dipaparkan diatas terdapat berbagai bagai kekeliruan dan pendapat berhubung dengan 'tarekat'. Ada setengah golongan mengatakan  ianya adalah benar dan setengahnya pula masih ragu-ragu dan diantaranya menolak mentah-mentah aliran ini. Sebenarnya kita sebagai manusia tidak sepatut  taksub atau fanatik dengan ajaran-ajaran ataupun apa-apa kefahaman selain dari apa yang kita pelajari dari Al Quran dan Sunnah. Untuk mengagungkan individu-individu selain dari para Nabi dan Rasul serta Rasullulah kita adalah kertelaluan. Dari apa yang telah kita lihat,  bertahun  ini berbagai-bagai 'terekat' tumbuh dan bermacam-macam amalan yang tidak terjangka olih fikiran kita, kini  mula menular dan menerebosi dinding kepercayaan  dan keimanan manusia .Kenapa ilmu Allah SWT yang telah dijanjikan 'terkunci" dari kepengetahuan manusia perlu digodak dan digodam. Semestinya tidak akan berjaya, itu janji Allah SWT. Sedangkan banyak rahsia Allah SWT yang tersembunyi  masih lagi diselindungkan dari "pengetahuan" Rasul dan Nabi , ini kan pula "syeikh-syeikh" atau pun" pendita". Olih itu janganlah kita cuba mendahului keistemewaan para-para Nabi dan Rasul yang telah dijanjikan kemuliaan olih Allah SWT di sisiNya.
Anggaplah apa yang kita ketahui secara" tersembunyi"  itu merupakan rahasia antara kita dengan Allah SWT.
Olih itu beramallah mengikut apa yang di Firmankan Allah SWT  yang tersedia didalam Al Quran. Inshaallah, dengan keikhlasan hati dan diri serta bersifat rendah diri dihadapan Allah SWT segala kemusykilan akan terjawap. 
Sabar didalam setiap perlakuan.

"... tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendakiNya, dan Dia lebih mengetahui orang-orang yang mau menerima petunjuk." (Al Qashash : 56)

Surah Al Jathiyah

45-18:  Kemudian Kami (Allah) jadikan engkau di atas suatu syariat (peraturan) tentang urusan itu. Maka ikutilah ia dan janganlah engkau ikuti hawa nafsu orang yang tidak mengetahui.  
45-19:  Sesungguhnya mereka tidak dapat melepaskan engkau daripada Allah sedikit pun. Dan sesungguhnya orang yang zalim itu, sebahagian mereka menjadi penolong bagi sebahagian yang lain, dan Allah adalah al-Waliyy (Pelindung) orang yang bertakwa. 

45-20:  Ini adalah pedoman bagi manusia, dan petunjuk dan rahmat bagi kaum yang meyakini.  
                                     Apa yang aku tuliskan ini adalah kisah benar dan hanya Allah SWT                     sebagai saksi
Aku mengenali Hafiz ketika di Langkawi. Waktu itu beliau berusia 20an dan masih bujang dan tinggal bersama keluarga. Mengikut cerita Hafiz beliau mengalami 'ketumbuhan atau 'tumur" di otak. Keadaan beliau amat kritikal dan telah menjalani pembedahan. Selepas pembedahan tersebut keadaan beliau sebagai manusia tidaklah normal kerana hampir setiap 2 jam beliau akan pengsan akibat dari ketumbuhan itu walaupun setelah dibedah. Memandangkan keadaan beliau begitu maka pergerakan beliau amat terbatas sekali.  Amat kecewa dengan keadaan yang terpaksa berkurung maka perasaan putus asa berlingkar dibenak fikiran namun kehidupan perlu diteruskan juga. Aku berkesempatan bertemu denganya yang s diatur olih kedua-dua anak perempuan aku. Alhamdullilah didalam pertemuan itu beliau menjelaskan segala-galanya kepada aku tanpa berselindung. Memahami keterujaan remaja yang sedang meningkat dewasa maka berbagai kesalahan telah dilakukan olihnya. Didalam perjumpaan itu aku menasihatkan beliau agar sujud dan memohon keampunan daripada kedua ibubapa dan bertaubat kehadrat Illahi keatas kelerlanjuran perbuatan. Didalam perjumpaan yang singkat itu ,tidak sampai sepertiga malam, aku berkesempatan untuk memberitahu beliau agar memulakan solat. Aku mengkehendaki beliau agar beliau mendirikan solat dengan bacaan Al fatihah saja memandangkan keupayaan beliau sudah terbatas. Alhamdullilah selepas beberapa bulan melakukan apa yang disuruh keadaan beliau bertambah baik dan bertambah ceria. Beliau tidak lagi pengsan pada setiap 2 jam. Alhamdullilah, dipanjatkan doa kesyukuran kehadrat Illahi yang memberikan kerahmatan kepada Hafiz.Pada tahun berikutnya Hafiz dikehendaki melakukan 'scan' untuk mengetahui tumbesaran tumur yang telah dibedah. Para Doktor berpendapat agar beliau menjalani satu lagi sesi pembedahan . Kata para Doktor, risiko untuk Hafiz buta selepas pembedahan adalah tinggi dan tiada jamiman beliau akan pulih seperti sediakala dan sekiranya tidak dibedah nyawa beliau jadi taruhan.. Bersandarkan kepada keyakinan dan pengalaman terhadap cara bacaan  solat yang diajarkan beliau memohon petunjuk dari Allah SWT, samaada untuk meneruskan pembedahan atau sebaliknya. Alhamdullilah, dengan petunjuk Allah beliau  tidak meneruskan pembedehan itu. Alhamdullilah sehingga kini kegusaran beliau terhadap tumbesaran tumor tidak lagi menganggunya walaupun tunor tersebut masih disitu. Yang ajaipnya  scan yang terbaru selepas beberapa tahun Doktor mendapati tumur tersebut terbantut pembesaranya. Inilah yang dikatakan 'kerahmatan" Allah terhadap hambanya yang ikhlas dan bertaubat keatas setiap kesalahan. Alhamdullilah , aku mendaakan yang terbaik buat Hafiz dan keluarganya dan kini Hafis sudah berumahtangga dan mempunyai seorang anak lelaki bernama "Iman". Alhamdullilah. Allah merahmati kamu.

Ikhlas dari : Cahaya Al Majid 
.    
Bertarekatlah dengan  suruhan Al Quran dan bukan dengan manusia                                        selepas Baginda Rasullulah.Yakinlah dengan suruhaNya.  Kerahmatan kepada kamu yang mengerjakanya.

3 comments:

  1. TAREKAT ERTINYA JALAN... Jalan menyampaikan menuju kesatu2 destinasi tujuan. Seperti jalannya Nafas, taraqqi tanazzul turun naik keluar masuk menghidupkan mematikan. Maka tidak sempurna sesuatu Tarekat itu selagi tidak didahului dgn Ilmu Tasauf iaitu bab pekerjaan hati yg wajib dibersihkan. Soalnya apakah Baginda Nabi SAW pernah bertarekat seperti apa yg banyak orang amalkan..?? Ada dibilang Nabi SAW hanya pernah menjalani pertapaan selama 44 hari diGua Hiraq Jabal Nur. Dari sinilah Nabi SAW menerima Wahyu Pertama. Maka dari pertapaan Nabi SAW itu, ada sesetengah Tarekat Bernama mengambil cara Nabi itu sebagei silibus iaitu amalan bersuluk selama 44 hari...

    DOKTRIN HAKEKAT MUHAMMAD... Hadis Qudsi ada menyebut : "Barang siapa kenal akan dirinya maka sesungguhnya mengenal ia akan Tuhannya." Apakah maksodnya? Ngak ketahuan... Maka dari sinilah dasar orang Tarekat mahu mengenal akan ertinya "DIRI" itu, hingga koq bisa memahami siapakah itu Tuhan. Maka timbullah puluhan aliran Tarekat2 Bernama, seperti Nasyabandiah, Satariah, Samaniah dsbnya lagi. Ada juga mereka bertarekat berhakekat tanpa memasuki sebarang Tarekat Bernama. Masing2 dgn jalannya mereka sendiri2. Namun panduan mereka tetap satu, itulah Nur Muhammad SAW.... Perjalanan Para Sufi Agung pula percaya pada satu doktrin dinamakannya ia DOKTRIN HAKEKAT MUHAMMAD. Mereka percaya satu Hadis berbunyi : "Aku adalah Nabi tatakala Adam maseh lagi diantara Air dgn Tanah"... Apakah maksod hakekatnya..?? Allahualemmmm....

    ReplyDelete
  2. SEDIKIT KESAH PERGURUAN NABI MUSA AS DGN NABI KHIDIR AS....

    Tareqat ertinya jalan, maka SiSalik itu orang yg berjalan mencari Hakeqat Kebenaran. Bukan seperti kebanyakan orang jalan2nya tidak laen kerjaannya hari2an jalan2nya semata2 mencari makan... Selaen kesah pertapaan Paduka Nabi Muhammad SAW diGua Hiraq, salah satu dalil laen dlm AlQuran seperti perjalanan pengembaraan Nabi Musa AS mencari Nabi Khidir AS, diperbatasan2 bagi mendalami Bab Iman. Bermula kesahnya Nabi Musa AS terasa dirinyalah orang yg beriman dizamannya. Lantas Allah Rabbul Izzati perintahkan beliau, kalo mahu mendalami Bab Iman, carilah diantara Hamba2-Nya (Nabi Khidir AS), Hamba-Nya Yg Beriman yg telah dikurniakan Rahmat-Nya, dan telah diajarkan Ilmu Dari Sisi-Nya (Ilmu Laduni). Kalo mahu mencarinya carilah dia Yg Hadir diPertemuan 2 Lautan..

    Nabi Musa AS berdarjat Kalamullah, lagi Nabi, lagi Rasul, lagi punya Kitab Taurat, lagi miliki Mukjizat Tongkat Sakti, mengapa beliau maseh diperintahkan mengaji lagi dlm Bab Iman? Apakah kelebehannya itu Iman? Namun yg sering diserukan dlm AlQuran adalah : "Wahai orang2 yg beriman...." Mampukah Nabi Musa AS menjejaki keberadaannya yg dicari? Setelah ketemuan diperbatasan, mampukah Nabi Musa AS menuruti mematuhi syarat2 perguruan sepanjang perjalanan hingga keperbatasan2 seterusnya..?? Kesahnya tersurat tetapi amat tersirat dlm Surah AlKahfi (Surah Gua) - Ayat 60-82. Begitulah satu contoh kesah perjalanan pengembaraan perguruan yg penuh Hikmah yg dipenuhi dgn lambang2 yg tersirat. Apakah maksodnya tidak bisa ditafsirkan secara nalar akal. Melaenkan bisa diceritakan secara kiasan oleh mereka itu yg telah lama berjalan jauh berjalan hingga sudah mengenali apa ertinya itu Ke"Hidup"an....

    Wallahu'alam.....

    ReplyDelete
  3. PERLUKAH BERTAREKAT..??

    Tarekat ertinya jalan, sentiasa berjalan dijalan loros. Itulah yg selalu kita ucapkan setidak2nya 17 kali sehari semalam, kita pohonkan tatakala mendirikan solat : "EHDINASSIROTALMUSTAQIM" - "Tunjukilah akan daku jalan nan loros"... Sudahkan ditemui itu jalan loros..?? Apakah yg kita lalui sekarang ini bener2 berada dijalan nan loros..?? Maka jalan nan loros itu ada dimana2, ada pada jalan Orang2 Syariat, ada dijalan Orang2 Hakekat.. Kalo mahu juga masuk bertarekat dijalan Tarekat Bernama bisa dicoba, tetapi jangan sampei diikat hingga bertahun2 terpenjara terikat. Kalo mahu masuk tarekat Yg Tidak bernama juga bisa dicoba. Karena jalannya tidak mengikat tidak terikat. Jalannya mencari kebebasan namun tidak lepas...

    Telah berkata seorang Sang Pengembara yg telah lama berjalan jauh berjalan, fasal pada menyatakan apa itu Tarekat Berjalan : Aduhai kesian aku melehat anak2-ku, orang bertarekat anak2-ku turut terikut2 bertarekat. Sudah lama mereka bertarekat, sudah lama mereka berjalan tetapi tidak tahu dijalan, hingga tersesat dijalan. Apa sebabnya, koq mungkin Pak Gurunya pun sama maseh ngak tahu dijalan, berputer2 tersesat dijalan karena ngak ada petunjuk jalan. Kalo Pak Gurunya maseh buta maseh teraba2 mahu membimbing SiMurid yg sama2 buta, pasti Pak Gurunya meraba2 dlm gelap gelita hingga teraba lobang buta. Pak Guru dgn SiMurid pasti takojud, hingga terjatuh sama2 kedalam telaga buta...

    Jalan manakah yg mahu diikut diturut..?? Sudah puas anak2-ku ikutkan turutkan, berjalan2 menjalani penghidupan dlm urusan harian, jalan2nya tidak laen cari makan. Sudah serba ada sudah serba cukup tetapi maseh tidak pernah rasa puas cukup2, malahan mahu lagi tambah lagi. Hinggakan jalan Hidup yg mengHidupkan terpenjara tidak dipedulikan. Dimanakah letaknya itu jalan Hidup..?? Bermula tatakala anak2-ku berada didalam Rohim Bonda-mu. Setelah anak2-ku dilahirkan membesar dewasa, lantas segalanya telah dilupakan. Dikala itu tatakala Firman Allah : " Aku Tiupkan Ruh-Ku"... Dan lagi : "Ya Muhammad jika dikau ditanya orang apa itu Ruh? Maka jawab oleh-mu : Ada pun Ruh itu Amar Rabbi (Urusan Tuhan-ku). Pada-ku tidak dikhabarkan, melaenkan comaan hanya sedikit"....

    ( Rujukan : Doktrin SiSepuluh & Kitab Mengenal Ruh.. )

    ..... Wallahu'alem .....

    ReplyDelete