Wednesday 26 September 2012

SAHADAH ATAU AKU JANJI :-" BOND" JAMINAN SEBAGAI UMAT RASULULLAH

KALIMAH  AGUNG BAGI SETIAP ,MANUSIA YANG  DIPINJAMKAN ROH  KEPADA SETIAP MANUSIA SAMA ADA YANG MENGENAL  ATAU PUN TIDAK AKAN TUHANYA  MAHU PUN YANG DISESATKAN ATAU PUN  YANG  TERSESAT.

BISMILLAH-HIR-RAHMAN-NIR-RAHIM.

Banyak perbalahan  atau berlawanan pendapat yang  diperdebatkan berhubung 'sahadah' atau 'perjanjian' atau ' aku janji'  . Aku janji atau sahadah diibaratkan seperti :- 'ikatan perjanjian diantara  kita dengan institusi pemberi pinjam', sekiranya kita gagal melunaskan pinjaman serta mengingkari terma syarat-syarat , maka pemberi pinjam bolih mengenakan tindakan undang-undang terhadap peminjam tanpa perlu merujuk kepada peminjam dan tanpa sebarang notis " begitulah juga perumpamaan  diantara kita manusia dengan Tuhan . Dengan ikatan itu terjalinlah tali pengikat diantara kita dengan Allah SWT.  Kalimah tersebut dinyatakan dibawah  :-

1.   LA ILA HA ILLALLAH
  Tiada Tuhan Melainkan Allah; .

Begitu juga dengan ikatan atau aku janji kita terhadap Baginda Rasullulah s.a.w, sekiranya kita menolak atau tidak menerima  peranan  Baginda sebagai Pesuuruh Allah seperti yang termaktub didalam firmanNya  maka dengan sendirinya ikatan  dengan Kitab Al Quran  tertolak . Firman Allah tidak akan tertulis dengan sendiri sama ada diatas kertas atau pun dilangit melainkan diturunkan dengan perantaraan iaitu malaikat  Jibrail a.s.dan pesuruhNya.  Sesungguhnya Al Quran itu berupa peringatan kepada hambanya termasuk Baginda Rasullulah s.a.w sendiri.

2.   MUHAMMADUR RASULULLAH.
  Muhammad Pesuruh Allah

Surah Al Imran
3-2: Allah, tiada Ilah (Tuhan) selain Dia (Allah), al-Hayyu (Yang Hidup), al-Qayyum (Yang Berdiri Dengan Sendiri).

Ungkapan pertama  merupakan satu satu ikatan atau akujanji yang dilakukan olih setiap manusia yang mengambil Allah SWT sebagai tuhan.
Ungkapan kedua adalah untuk umat Muhammad yang beriman dengan Al Quran serta mengaku janji menerima bahawa Muhammad adalah Pesuruh Allah.
Apabila kedua ungkapan ini temetri bererti seseorang itu telah Islam (agama yang dipilih namanya olih Allah SWT)  terikat dengan peraturan yang terkandung seperti  yang terdapat didalam Al Quran.

Banyak manusia mempertikaikan akan kebenaran akan lafas sahadah yang kedua kerana banyak beranggapan bahawa ungkapan itu tidak terdapat didalam Al Quran seperti yang didakwa. Permasaalah ini sebenarnya amat mudah difahami tetapi bagi mereka-mereka yang tertutup minda dan hati saja yang akan menolak 'kebenaran' ini.
Surah Al Imran

3-20: Jika mereka membantah engkau (Muhammad saw), maka katakanlah: “Aku ‘aslim’ (menyerahkan diriku) kepada Allah, demikian juga orang yang mengikut daku.” Dan tanyakan kepada orang yang diberi kitab itu (Yahudi dan Nasrani) dan kepada orang yang ummi (orang yang buta huruf, iaitu orang Arab kampung): “Sudahkah kamu Islam (menyerah diri?)” Jika mereka sudah Islam (menyerah diri) sesungguhnya mereka sudah mendapat petunjuk, tetapi jika mereka berpaling maka kewajipan engkau (Muhammad saw) hanyalah menyampaikan, dan Allah terhadap perihal hamba-hamba-Nya (hamba-hamba Allah) adalah al-Basir (Maha Melihat).

Dirangkap berwarna merah Allah SWT menegaskan bahawa suruhan atau  kewajipan  kepada baginda Rasullulah  hanyalah menyampaikan kepada hamba-hamba NYA bermaksud manusia (hamba Allah). Disini terbukti dengan jelas menunjukkan bahawa Rasullulah adalah "PESURUH ALLAH" yang Allah SWT mengiktirafnya.'kewajipan engkau (Muhammad) hanyalah menyampaikan" . Dalam bahasa mudah 'wajib" bermaksud berdosa sekiranya ditinggalkan 'Kewajipan" disini bermaksud "perlu dilaksana"  Olih itu tidak timbul persoalan yang menidakanan  bahawa Baginda Rasululah  adalah seorang pesuruh Allah.

Surah Al A’raf, Ayat 158
Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya aku adalah Pesuruh Allah kepada kamu semuanya, (diutus oleh Allah) yang menguasai langit dan bumi, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang menghidupkan dan Yang mematikan. Oleh itu, berimanlah kamu kepada Allah dan RasulNya, Nabi yang Ummi yang beriman kepada Allah dan kalimah-kalimahNya (Kitab-kitabNya); dan ikutilah dia, supaya kamu beroleh hidayah pertunjuk”.


Melalui surah diatas Allah SWT telah dengan jelas berfirman kepada Nabi Muhammad s.a.w akan kebenaran yang diberi untuk baginda berkata atau mengakui bahawa Baginda adalah pesuruh Allah. Kepada mereka-mereka yang menolak Baginda Rasullulah sebagai Pesuruh Allah, perlu beristifar dan memohon keampunan dari Allah SWT diatas sifat terkhilaf atau kertelanjuran terhadap "pengitirafan" yang diberikan olih Allah SWT terhadap Baginda Rasullulah s.a.w.

Peringatan kepada kumpulan ini, sila rujuk ayat dibawah ini :-

Surah Al Imran :-

3-21: Sesungguhnya orang yang kufur kepada ayat-ayat Allah dan membunuh nabi-nabi tanpa hak (kebenaran), dan membunuh orang yang mengajak manusia berlaku adil, maka ancamkan mereka dengan azab yang pedih.
3-22: Itulah orang yang amalan mereka menjadi sia-sia di dunia dan di akhirat, dan mereka tidak mendapat penolong.

Peringatan :-
** Kepada golongan atau kumpulan yang menidakkan Nabi Muhammad s.a.w sebagai Pesuruh Allah , maka mereka itu tergolong didalam ketegori  manusia yang kufur kepada ayat-ayat Allah SWT dan bagi mereka ancaman Allah SWT adalah di ayat 3-22 Surah Al Imran


Surah At-Taubah ayat 33

هُوَ الَّذِي أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدَى وَدِينِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُشْرِكُونَ
Dia lah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad) dengan membawa petunjuk dan ugama yang benar (ugama Islam), untuk dimenangkan dan ditinggikannya atas segala ugama yang lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya.

SAHADAH ATAU AKU JANJI UMAT MUHAMMAD

  LA ILA HA ILLALLAH   MUHAMMADUR RASULULLAH.




No comments:

Post a Comment