Saturday, 17 November 2012

1434- HIJRAH : APA PATUT ANDA BUAT : BERSUBAHAT ATAU BERTAUBAT : APA PILIHAN ANDA: BERUBAH ATAU DIUBAH KERANA ALLAH.

 KEBEBALAN DUNIA ARAB YANG MENGAKU ISLAM, MEMBUATKAN RAKYAT BUMI KELAHIRAN ISA AL MASIH PUTRA MARYAM DI 'SEMBELIH' HIDUP-HIDUP DENGAN TANGAN PENDUDUKNYA 'DIIKAT'. MANUSIA YANG TIADA BERNEGARA BERMAHARAJA LELA.  ADAKAH INI  YANG MELAYU  ISLAM DIMALAYSIA INGINKAN??.

Bismillah-hir-rahman-nir-rahim.

Seawal hari pertama Hijrah 1434, Rejim Zionist Yahudi dengan rakus 'menyembelih' rakyat Islam yang menghuni bumi  Palestin , negara kelahiran nabi Isa Al Masih Putera Maryam, Kebebalan dan ' ketakutan' pemimpin politik negara-negara yang berjiran yang sealiran dan satu kepercayaan kepada Allah SWT telah dengan ' rela' membiarkan saudara-saudara seagama untuk melalui penderitaan yang amat menyayat hati ini untuk dilalui dengan tempoh yang lama. Beribu-ribu rakyat Pasestin mati dibunuh tanpa rasa kasihan oleh Rejim Yahudi yang sememangnya mendapat 'restu' dari sekutu rapat mereka terutama ' Amerika Syarikat" dan sekutu lain dari blog Eropah. Begitulah nasib yang menimpa  Umat Islam yang mendiami bumi Palestin tanpa merndapat pembelaan dari "sahabat" dari Blok negara Timur Tengah .

Dengan kejatuhan Libya, Mesir, Iraq dan yang terbaru bumi Syria yang bergolak, membuatkah Zionist Yahudi berasa amat selesa untuk menguatkan ' cengkeman" mereka di bumi yang bukan milik mereka untuk 'membuli' rakyat Palestin tanpa diganggun gugat oleh mana-mana negara dengan sesenang hati. Begitulah nasib negara kelahiran Nabi Isa a.s. yang bakal ' mengaggungi' dunia dalam masa terdekat ini. Allah SWT berjanji didalam Al Quran dalam firmannya :
 Allah SQT  tidak akan merubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu berusaha untuk merubah nasib mereka". 
Sungguhpun rakyat Palestin berusaha untuk merubah nasib dan keadaan kehidupan mereka tetapi kita harus ingat bahawa Rakyat Palestin tidak berupaya mempertahankan diri mereka kerana mereka tidak mempunyai ' peralatan  serta kelengkapan persenjataan' yang mengcukupi untuk menentang Zionist namun dengan semangat serta kekentalan jiwa yang mendalam, maka, keberanian serta ' seruan syahid dan jihad' mengatasi segala-galanya. Dengan seruan syahid dan jihad itu telah banyak mendatangkan 'ketakutan' kepada pihak  Israel.
ADAKAH ANDA INGIN KAN MELAYU MELALUI PENGALAMAM INI?  KALAU MELAYU TERSALAH LANGKAH MALAPETAKA INI AKAN  MENJADI KENYATAAN.
                                          
Tahukah kita berapa nilainya ' seruan syahid dan jihad' yand perlu dibayar oleh Israel dan sekutunya untuk satu jiwa bangsa Palestin? Satu peluru berpandu yang dilepaskan oleh tentera Udara Israel berharga tidak kurang dari US 500,000-00. Itulah kos yang perlu ditanggung mereka. Berbillion dollar Amerika dan sekutunya menyalurkan dana kepada Israel  untuk menentang kebangkitan rakyat Palestin namun semua itu tidak dapat menyekat jiwa rakyat Palestin dari menyerah kalah.Itulah kekentalan jiwa mereka. Namun didalam kekentalan jiwa yang mereka ada namun didalam 'politik' mereka berpecah jua, Hamas dan Fatah. Kedua-dua parti politik ini tidak sependapat, semuanya adalah kerana ' kuasa dan wang ringgit'. Itulah kelemahan yang ketara dimana ' orang politik' mempertaruhkan nyawa rakyat mereka untuk tujuan politik . Begitulah sifatnya ' bangsa Arab" ini selepas ketiadaan Rasullulah s.a.w.Kisah perpecahan ini bukan baru barmula tetapi sejarahnya dari dahulu lagi, itulah yang melemahkan mereka dari ' bersatu'.

Kini dinegara kita, bibit-bibit perpecahan ini sudah menampakkan ciri-cirinya. Perbalahan, persengketaan dan berlawanan pemikiran dalam politik yang  dicetuskan oleh pemimpin-pemimpin Melayu yang berugama Islam menjadi amat ketara dan membimbangkan. Perasaan tidak puas hati, cemburu, iri hati dan segala unsur negative mula ditanam  kedalam  pemikiran rakyat jelata dan kini hasilnya kelompok utama penduduk majoriti iaitu Melayu sudah mula berpecah tiga, iaitu Melayu UMNO, Melayu PAS dan Melayu PKR. Pertembuangan ini sudah amat kritikal terutama kepada kejituan Islam. Disebabkan ideologi yang berbeza maka segala rencah dan racun digunakan untuk menaikan ketidakpuasan hati rakyat . Yang amat menyedihkan,  Islam dipertaruhkan dan dijadikan bahan ' dagangan' oleh kelompok ini untuk menjatuhkan lawan masing-masing. Untuk menyiram dan menyuburkan 'gelodak dan gelora' hati rakyat beragama Islam maka ' ayat suci alquran ' hukum hakam Allah dan akidah umat Islam dijadikan ' bahan jenaka atau mainan" mereka. Yang mendukacita kesempatan ini digunakan oleh 'orang bukan Islam' yang berkepentingan, dijadikan 'modal' untuk ;menggambarkan' bahawa Islam ini adalah satu ikutan atau pegangan' yang boleh ditaksir mengikut kesesuaian seseorang dan membawa maksud berbeza-beza. Dan agama yang tidak disepakati oleh penganut sendiri dan lemah  Itulah yang terjadi ketika ini.

Tahukah anda bahawa kini umat Islam di Malaysia menanggung kesalahan atau 'dosa' yang teramat besar disisi Allah\SWT. Kenapa? .

Anda yang memileh pemimpin . Anda yang memberi kuasa. Anda yang membenarkan mereka melakukan kerosakan. Anda yang bersubahat dengan kejahatan mereka. Anda yang mengaggungkan mereka. Segala apa yang dilakukan andalah yang mencorakanya. Semuanya anda. Dosa anda sama tarafnya dengan dosa yang mereka lakukan.
                                                           Sedarkah anda ??
Sekiranya  benar dakwaan bahawa  Anwar Ibrahim melakukan 'zina' seperti yang didakwa - anda tetap bersubahat dan berdosa kerana mengekalkan kuasanya dan membelanya. Anda berdosa kerana bersubahat dengan 'penzina'.
Sekiranya benar dakwaan bahawa Anwar adalah seorang 'peliwat' maka anda berdosa kerana bersubahat dengan kejahatan dan perbuatannya. Maka dosa anda tetap sama tarafnya dengan sipelaku.
Sekiranya benar dakwaan mengatakan Najib bersubahat membunuh Alayantuya- mak anda berdosa kerana bersubahat dengan ' pembunuh'. Dosa anda tetap sama tarafnya sebagai  bersekutu dengannya.
Sekiranya benar  dakwaan mengatakan Nik Aziz mendakwa Allah 'mencarut'  maka anda berdosa kerana bersubahat dengan Nik Aziz kerana 'memfitnah' Allah SWT.
Sekiranya benar dakwaan mengatakan Nik Aziz menyamakan 'kelahiran' baginda Rasullulah sama tarafnya dengan kelahiran orang lain maka dosa anda sama tarafnya sekiranya anda menerima penyataan ini.
Sekiranya benar kenyataan Nurrul Izzah yang mengatakan bahawa umat Islam dibenarkan menukar Agama dan menjadi murtad seperti agama-agama lain dan anda menerima penyataan ini maka dosa anda  sama tarafnya dengan Nurrul Izzah.
Sekiranya benar dakwaan Nik Aziz mengatakan ' sokong Pas Masuk Suurga dan Sokong UMNO masuk neraka" dan anda menerima penyataan ini, maka, dosa anda sama tarafnya dengan orang yang melafaskan.

Tahukah anda setiap hari anda terpalit dengan dosa yang dilakukan olih pemimpin pilihan anda. Sedarkah anda akan hakikat ini?
Sempena bulan Maal Hijrah ini mari lah kita sama-sama bermuhasabah diri dengan meninggalkan fahaman yang boleh menjurus kita kepada kemurkaan Allah dan berpindahlah kepada kesukaan Allah SWT.  Jadikanlah Hijrah 1434 ini satu titek permulaan 'penghijrahan' yang kekal didalam diri kita dengan meninggalkan segala sifat keburukan dan diganti dengan segala sifat kebaikanan.
Buka lah hati dan minda kita untuk memberikan laluan kepada kebaikan untuk bertapak didalam 'hati' . Semoga  cetusan hati yang ikhlas ini akan membawa keberkatan kepada kita dan masyarakat demi memertabatkan Islam dan Junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w.

1 comment:

  1. ..... SANG JURU PENYELAMAT ITU PASTI DATANG -
    KEHADIRANNYA BAGEIKAN SUDAH DIAMBANG .....

    ALHADIS : "JIKA SEKIRANYA USIA BUMI INI HANYA TINGGAL SEHARI LAGI (AKAN KIAMAT), NESCAYA ALLAH AKAN BANGKITKAN SAORANG DARI KETURUNAN-KU (AHLULBAIT DARI SULBI NABI) YG AKAN PENUHKAN SEMULA BUMI INI DGN KEADILAN DAN KEMAKMURAN, SEBAGEIMANA BUMI SEBELUMNYA TELAH DIPENUHI DGN KEKUFURAN KESESATAN DAN KEZALIMAN..."

    APAKAH KEKUFURAN KESESATAN DAN KEKEJAMAN DUNIA ISLAM SERTA DUNIA SEMESTA RAYA SUDAH KEPERINGKAT PALING KRITIKAL..?? PERCATURAN2 LICIK SANG DAJJAL ALMASIKH & HIS GANGS SERTA KONCO2NYA SENTIASA BAHAYA IBARAT API DLM SEKAM PANAS MEMBARA.. PERHATIKANLAH SENDIRI WORLD'S ISSUES & CRISES DUNIA SEMASA - HAKIMKANLAH SENDIRI. NAMUN SANG RATU ADIL SEJATI YG SENTIASA DIBIMBINGI ILAHI DIA SENTIASA MEMERHATI..

    .... PLUTO THE PLANET OF TRANSFORMATION, NUCLEAR POWER, SEX,
    ETC, IS IN CAPRICORN FROM 2008 UNTILL YEAR 2023 WILL BE ENDING ....

    CAPRICORN THE SEA GOAT IS THE GREEDY SIGN, AKA THE HOUSE OF CORPORATE WORLD'S. DURING THESE PERIODS (2008 - 2023) THE MISUSED OF LAND RESOURSES, MISUSED OF POWERS, ILLEGAL MONEY, TREASURES, SEX TABOO ETC ARE AT THE PEAK. FROM PREVIOUS HISTORY ANY ILLEGAL REGIME WILL BE DETHRONED, ANY ARROGANT SLEEKY LEADER WILL BE COLLAPSED, ETC.. THAT THE LAW OF PLUTO IN CAPRICORN...

    ADA PEMIMPIN2 YG PURA2 LANTANG MENYUARAKAN SLOGAN TRANFORMASI3... BERUBAH3... TETAPI SUDAHKAH DIRINYA SENDIRI BERUBAH DGN RELA HATI..?? MEMANG BENAR NAFSU SERAKAH MANUSIA ITU NGAK PERNAH CUKUP2, SUDAH ADA MAU LAGI, SUDAH BANYAK TAMBAH LAGI... HINGGAKAN KITAB AKASHI RECORDS KITA DIBEBANI BINTIK2 HITAM DGN KARMA2 YG MENGAIBKAN.. APAKAH KITA BISA BAWA ALL OUR COLLECTED ILLEGAL TREASURES BACK TO THE NEXT WORLD..?? OLEH ITU JANGAN TUNGGU ALLAH YG MEMAKSA KITA BERUBAH, KESANNYA MEMILUKAN HATI AMAT PARAH....

    THE ISLAMIC END-TIME PROPHECY YEAR 2015 TELAH BERLALU. DIMULAI DGN AWALAN TAHUN 2015 RAJA ABDULLAH WAHABBI TELAH MATI. ADA YG MERAMALKAN ITU SATU PETANDA KEDATANGAN IMAM MAHDI SEJATI SUDAH SEMAKIN DEKAT. KINI TAHUN 2016 YEAR OF THE FIRE/RED MONKEY IS A VERY UNPREDICTABLE YEAR.

    YA ALLAH YA RABBI... DIKAU SEGERAKANLAH KEBANGKITAN SANG JURU PENYELAMAT-MU ITU - "SAYYEDINA IMAM MAHDI AS"... BUMI MEKAH MADINAH PALESTINA DGN KUDRAT IRODAT-MU DIKAU SEGERA BEBASKAN. SEMOGA BUMI-MU INI BISA DIPENUHI SEMULA DGN KEADILAN DAN KEMAKMURAN, SEBAGEIMANA YG RASULULLAH SAW SERING DOAKAN. TATAKALA "ANAK PINTAKNYA" ITU BERADA DLM KELAPARAN DIKEHARIBAANNYA RASULULLAH SAW : " YA ALLAH DIKAU KAYAKANLAH BUMI MEKAH DAN SELURUH SEMENANJUNG ARAB ALJAZEERA INI DGN EMAS HITAM"...

    ..... WALLAHU'ALEM .....

    ReplyDelete