Friday, 10 November 2017

THE PROMISED LAND: APA YANG NAJIB MERAPU NI!!?

Bismillahirrahmanirrahim.

GST NAJIB : GASAK SAMPAI TENAT
SST MAHATHIR : SIKIT SIKIT TAU!!!

Terkesan dengan cadangan Dr Mahathir yang mahu menghapuskan GST sekira Pakatan Harapan berjaya ke Putrajaya , tetiba hari ini Najib meroyan seluruh badan.

Yang sedap nya Najib kata pembangkang menipu tentang GST.
Samaada Najib faham atau sebenarnya sakit jiwa atau tak bolih fikir, biar lah kat dia.

Yang diutarakan olih Dr Mahathir adalah menghapuskan cukai GST tetapi mengekalkan kembali percukaian cara lama iaitu SST. Salah ke?

Kalau SST itu sememangnya tidak membebankan rakyat dan bolih memakmurkan kehidupan rakyat seharian tanpa terbeban dengan cukai seperti GST, apa ada hal.

Sebenarnya apa yang diperjuangkannya Dr Mahathir adalah untuk kemaslahatan rakyat dan.bukan untuk kepentingan diri nya. Itu yang tidak mahu diterima dan dihadam olih Najib dan UMNO yang cuba di perlekehkan.

Dan kenapa Najib dan UMNO serta Kerajaan yang  beriya iya mengenakan cukai GST adalah untuk mencukupkan' dana' perbelanjaannya yang terkucil akibat kejatuhan harga minyak global.

Olih itu untuk menampung 'kelopongan" dari hasil minyak itu maka,cukai atas rakyat atau GST adalah sumber nya.

Tetapi kita perlu ingat bahawa diera SST dahulu walaupun lapuk bak kata Najib, adakah subsidi untuk rakyat yang diberikan kepada rakyat ditarik atau dilupuskan? Tidak ada bukan.

Tetapi dengan pengenalan cukai GST yang dibebankan keatas rakyat dan pada masa yang sama subsidi yang sepatutnya dinikmati rakyat ini kenapa perlu ditarik. Ini yang kita tak faham.

Ini tidak balik balik kata, GST elok untuk negara  dan harga barang akan turun.

Kini Najib pula nak tahu makesnima apa yang Dr Mahathir atau pembangkang nak gunakan bagi mengimbangi kelompongan dari hasil Petroleum itu.

Agak agaklah Najib, tak kan Pembangkang nak buka rahsia atau senjatanya cara bagaimana nak menampung " kelompongan" hasil itu kepada awak.

Kalau dahulu dizaman negara di serang Soros kes matawang pun Dr Mahathir tidak menggunakan " cara konvensional" yang barat dan Imf mahukan tetapi melalui " otak geliga' nya, negara berjaya mengharunginya tanpa meminjam pada IMF pun.

Satu dunia mentertawakan " kegilaan idea Mahathir", tetapi, apa kesudahanya?
Satu dunia terpegun dan tekesima dengan kejayaan Dr Mahathir.

Siapa yang malu ketika itu?
Satu dunia malu dibuat olih Mahathir.
Ini baru dipanggil " otak  brilliant " , gunakan otak sendiri dalam menyelesaikan masalah dan bukan meletakkan bebanan kebahu orang lain.

Baru lah layak dipanggil Pemimpin rakyat.

Sudahlah Najib, kalau setakat pandai nyanyi dan berhibur saja di Sri Perdana tu,.pada tiap tiap minggu, sambil dengar bini nyanyi dan joget apa kejadahnya.

Rakyat kat bawah ini hidup susah pun kau bukan peduli pun.

Cahaya Al Majid

# band pengiring Dtn Sri Rosmah, Dato' Syed Sobri dan Datin Azie tak ikut sekali ke,  ke Vietnam tu..Manalah tahu kot kot Dtn Sri Rosmah nak hiburkan kengkawan  kat sana plak, macam lawatan lawatan sebelum ini.







3 comments:

  1. Salah tu bro..GST dikenakan bukan pasal hasil minyak jatuh..tapi nak tampung lubang hutang disebabkb 1MDB...

    ReplyDelete
  2. Hati busuk buat apa kerja pun tak jadi..

    Contoh..bila Najib sendiri mulakan "kepala bapa engkau" dan "bodoh" walaupun meminta maaf tetapi kini digunakan secara meluas oleh rakyat termasuk memulangkan semula kepada pengucapnya.

    Salah siapa?

    Apabila mat maslan kata gst menurunkan harga barang tetapi hakikatnya tidak?

    Salah siapa?

    Jika kenaikan barang adalah salahguna pengilang atau pemborong...
    Siapa yang tak kawal..

    Salah siapa?

    GST memang boleh dihapuskan kerana sistem percukaian yang tidak adil, boleh disalahgunakan oleh peniaga dan pelbagai lagi...
    Gantinya - sistem percukaian yang lebih adil antara mensejahterakan rakyat dan pendapatan kerajaan.

    ReplyDelete
  3. Sultan Nazrin pun dah ingatkan Melayu supaya "Menyerahkan amanah kepada Melayu yang benar-benar berwibawa dan berpengetahuan “daripada menyerahkan kepada orang perantaraan yang bersifat parasit, berniaga secara buluh kasap, untung tiada, modal pun lesap”.
    SIAPA LAGI YANG MENIAGA BULUH KASAP, KALAU BUKAN 1MDB Najib....????
    Sultan pun dah hilang kesabaran, tak mahu melihat Melayu dibadutkan oleh pemimpin-pemimpin yang berkepentingan untuk membesarkan tembolok sendiri dengan menyusahkan rakyat.
    Jadilah MELAYU YANG BERINTIGRETI!

    ReplyDelete