Thursday, 9 November 2017

THE PROMISED LAND : ANTARA ANNUAR MUSA -LIM GUAN ENG

Bismillahirrahmanirrahim.

JASA LIM GUAN ENG NAMPAK
JASA ANNUAR MUSA ADA KE???

Annuar Musa adalah Ahli Parlimen Katereh dan kini diangkat olih Najib sebagai Ketua Penerangan UMNO tetapi malangnya apabila jawatan Pengerusi MARA diamanahkan kepada beliau, berbagai onar berlaku dalam MARA.

Pembelian asrama di Australia dengan harga "markup" serta membiaya atau sponsor pasukan TRW Kelantan sewaktu beliau menjadi "boss' untuk kedua dua entiti tersebut didapati ada kesalahan " conflict of interest' .

Melalui Ismail Sabri kini beliau tiada lagi jawatan di MARA sementara menunggu hasil siasatan untuk pendakwaan ataupun kena bicara.

Tapi biasa lah kalau orang kuat UMNO atau geng Najib...Susahlah nak dibawa kemahkamah untuk didakwa kerana imuniti yang dimiliki mereka seolah olah satu SOP atau ikutan buat badan berkuasa samaada Polis, SPRM mahupun AG mentaati nya.

Berbalik pada cerita Annuar Musa ni, dia kata Penang tu "failed state". Samaada Annuar Musa sedar atau tidak, yang failed adalah diri beliau.
Dari menjadi ketua kemudi  bagi TRW Kelantan sampai lah ke MARA , apa dah jadi?

Dibawah  dia TRW hutang gaji pemain berbulan bulan tak bayar sampai kecoh satu Malaysia. Duit sponsor masuk tapi tak tahu belanja kemana. Apa dah jadi sekarang pada TRW.

Begitu juga dengan MARA, jadi Pengerusi MARA , MARA pun terjebak hutang juta juta hingga terpaksa jual asrama penuntut di Australia.  Tak cukup dengan tu, dikata pula hartanah itu dibeli dengan harga " runding" dimana ada kroni yang sapu duit overpriced tu.

Macammana nak kata Annuar Musa berkredibiliti dan berjaya sebagai ketua?

Lihat apa.yang dipegang olihnya semuanya hancur.bukan sekarang saja tetapi sejak dia jadi Menteri dulu pun sama gak. Banyak jugalah skandal yang tertimpa atas dia.

Bukannya saya nak mengangkat Lim.Guan Eng tetapi kita harus berpijak pada bumi yang nyata.
Semenjak Lim Guan Eng menjadi ketua menteri setelah mengambil alih dari Gerakan,.Bermacam macam perubahan ketara yang dibuat keatas Penang.

Kemajuan yang dibawa berlipat kali ganda jika dibandingkan dengan Gerakan mahupun MCA.
KDNK Penang pun mencanak  dan rakyat Pulau Pinang pun gembira dengan apa yang dikecapi kini.

Nak tahu samaada rakyat negeri nya berduit atau tidak..Terutama Melayu..pergi lah tanya usahawan usahawan  kuala Lumpur yang join Booth Di Pulau Pinang..Gempak BEB..hasil lumayan , itu tanda nya rakyat dia menikmati hasil kemajuan dinegerinya.

Kalau nak banding antara Lim.Guan Eng sebagai puak pembangkang dengan Annuar Musa sebagai agen Kerajaan yang berstatus,  jarak nya, ibarat langit dan bumilah.

Kejayaan Lim Guan Eng nyata dan dapat dilihat dan dirasai olih warganya tetapi apa kejayaan Annuar Musa yang dapat dilihat olih rakyat terutama pengundi nya di Katereh?
Berjutakan kah investment yang berjaya dibawa masuk ke Ketereh?

Lain kali bila nak sindir orang, ukurlah baju di badan sendiri. Jangan asyik nak melalak dan membodek.

Rakyat tahu siapa itu ANNUAR MUSA.

Cahaya Al Majid


1 comment:

  1. ...^...

    ALHAMDULILLAH MUKJIZAT RASULULLAH SAW TELAH BANGKIT RECYCLE SEMULA.
    BERMULA DARI NASABNYA WALI 7 NUSANTARA TELAH BERKEMBANG SAYABNYA.
    3 DIINDONESIA 2 KETANAH MELAYU HINGGA 2 LAGI KETANAH BESAR CHINA.
    DARI 3 NEGARA ITU TELAH MELAHIRKAN AHLULBAIT2 BANI TAMIM NAMANYA...

    KIINI DITANAH MELAYU BUMI MIM TERHIMPUN AHLULBAIT 3 NEGARA SAUDARA.
    GELARAN SYED RADEN DAENG TEUKU DLL MEREKA TETAP NASAB NABI JGN DIHINA.
    JGN DILUPA ADA MEREKA DARI CHINA SEBUTAN MA TETAP MULIA ADA DOLATNYA.
    KEAJAIBAN NASAB & BAKAT2 RASULULLAH SAW TERPENDEM DIJIWA2 MEREKA...

    ...i...

    ReplyDelete