Thursday, 29 November 2012

HADITH MEMBUKA RUANG KEPADA MUSUH ISLAM : NABI MUHAMMAD DIHINA KERANA HADITH: SALAH SATU HADITH YANG MENGAIBKAN BAGINDA ADALAH BERHUBUNG PERKAHWINAN DENGAN AISHAH R,A. (DIANTARANYA):

ALLAH  SWT BERJANJI BAHAWA SETIAP AYAT YANG DITURUNKAN AKAN  TERPELIHARA SEHINGGA KIAMAT. TETAPI MUSUH NABI DAN MUSUH ALLAH BERKELIARAN..ADAKAH HADITH JUGA DIPUTARBELITKAN ATAU ADAKAH 'HADITH' YANG DIUJUDKAN BERTUJUAN MENJATUHKAN MARUAH  RASULLULAH?

                                                                   
Bismillah-hir-rahman-nir-rahim.

Menyambung kembali post terdahulu ( 1hb September 2012) berhubung tajuk yang dibincangkan.
Semua umat Islam didunia menerima ketentuan Firman Allah SWT  yang tercatat didalam Al Quran. Setiap patah perkataan atau tulisan yang terkandung didalamnya  'terpelihara' hingga kepenghujung hayat dunia seperti yang dijanjikan oleh Allah SWT Al Majeed Al Waheed . Setiap ayat yang digambarkan didalamnya,' sesungguhnya terang,nyata dan mudah difahami" dan terdapat  ' sesetengah firman' yang diluahkan pula berbentuk ' perumpamaan" atau ' parables". Yang menjadi persoalan ' firman Allah' yang berbentuk 'kiasan' ini banyak disalah ertikan dan kebanyakanya ' diolah' atau ' diterjemahkan' oleh manusia terdahulu mengikut kesesuaian mereka atau kepentingan kelompok mereka demi ' menonjolkan' kehebatan' diri masing-masing yang didakwa 'hebat diantara yang terhebat" .
Rata-rata 'kehausan hati' kelompok manusia yang kebanyakanya bersifat ' ummi' atau tidak tahu membaca dikalangan masyarakat ketika itu, maka, jalan pintas untuk menyampai atau meyakinkan seseorang' maka ' pengertian atau maksud mudah untuk menerangkan sesuatu perkara berbangkit, maka, terjadilah berbagai kesalahan didalam mentakrif serta menerangkan erti maksud sebenar kandungan atau Firman Allah s.w.t. Perlu kita renung kebelakang, manusia-manusia yang majoritinya yang beriman dan menyakini seruan Nabi Muhammad s.a.w adalah orang-orang miskin dan kelompok hamba-hamba abdi dan bukan golomgam' elitis' atau kumpulan terpelajar. Kisah ini Allah SWT firmankan didalam Al Quran Kalam Allah. Disebabkan dunia arab waktu itu terdiri dari berbagai kaum atau ' kumpulan kabilah', semestinaya bahasa yang dipakai atau di'cakap' berubah dari segi ' dialek', kerana Mekah Al Mukarammah dihuni oleh berbagai suku kaum dan bangsa termasuk Arab Yahudi dan Roman Yahudi yang berasal dari bumi negara kelahiran Isa Al Masih Putera Maryam. Dan Al Quran diturunkan adalah untuk 'menyangkah' atau ' menyangkal' kerosakan kata-kata atau amalan yang terdapat didalam Kitab Injil yang diseleweng oleh para pendita mereka.

HADITH ADALAH KATA-KATA PERAWI YANG DIRIWAYATKAN DAN  DIKATAKAN PERNAH DISABDA OLEH RASULULAH BEGITU JUGA DENGAN KITAB INJIL YANG DIKATAKAN ADALAH FIRMAN ALLAH SEDANGKAN KANDUNGANNYA DISELEWENGKAN OLEH PENDITA-PENDITA.
                                            

Surah Az Zaariat Ayat 8 dan 9
8 .sesungguhnya kamu benar-benar dalam keadaan berbeda pendapat,
9. dipalingkan daripadanya (Rasul dan Al-Quran) orang yang dipalingkan.

Surah Al Baqarah Ayat 75 dan 76
(75) Apakah kamu ingin benar agar mereka percaya kepada kamu, padahal sesungguhnya telah ada segolongan dari mereka yang mendengar Kalam Allah, kemudian mereka obah-obah dia sesudah mereka naengexti, padahal mereka mengetahui
(76) Dan apabila mereka berjumpa dengan orang.-orang yang beriman, merekapun berkata : kami telah beriman ! Dart apabila bersendiri sebagian mereka dengan yang set?agAan, berkatalah mereka : Apakala akan kamu ceritakan kepada mereka apa yang telah di bukakan Allah kepada kamu, supaya nanti mereka mendakwa kamu di hadapan Tuhan kamu ? Apakah kamu tidak mengerti ?

Surah Al Nisaa Ayat 46
46. Yaitu orang-orang Yahudi, mereka mengubah perkataan dari tempat-tempatnya . Mereka berkata : "Kami mendengar", tetapi kami tidak mau menurutinya [303]. Dan (mereka mengatakan pula) : "Dengarlah" sedang kamu sebenarnya tidak mendengar apa-apa . Dan (mereka mengatakan) : "Raa'ina" , dengan memutar-mutar lidahnya dan mencela agama. Sekiranya mereka mengatakan : "Kami mendengar dan menurut, dan dengarlah, dan perhatikanlah kami", tentulah itu lebih baik bagi mereka dan lebih tepat, akan tetapi Allah mengutuk mereka, karena kekafiran mereka. Mereka tidak beriman kecuali iman yang sangat tipis.

Surah Al An’am, Ayat 112
Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari Syaitan-syaitan, manusia dan jin, setengahnya membisikkan kepada setengahnya yang lain kata-kata dusta yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah mereka tidak melakukannya. Oleh itu, biarkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan (dari perbuatan yang kufur dan dusta) itu.

Melalui firman Allah SWT  diatas, disini dengan jelas Allah SWT menerangkan kepada kita bahawa kelicikan dan keupayaan musuh -musuh Rasullulah dan juga musuh Islam mendampingi baginda Rasullulah demi untuk kepentingan 'mereka' samaada untuk jangka pendek mahu pun panjang. Tidak mustahil musuh "dalam selimut' ini memutar-belitkan sabda ( Hadith) Rasullulah ini. Tidak perlu saya menjelaskan lebih lanjut lagi berhubung 'hadith' yang telah diputarbelitkan ini.


Firman ALLAH S.W.T.:

“Hai orang yang beriman! Ikutlah akan perintah ALLAH dan ikutlah oleh kamu akan perintah Rasul dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalilah kepada ALLAH S.W.T. (Al-Qur’an) dan Rasul (Sunnah), jika kamu benar-benar beriman kepada ALLAH dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama bagi kamu dan lebih baik akibatnya.”
(An-Nisa’: A:59 S: 4 J: 5)
Pengertian :-
Dalam ayat ini ALLAH S.W.T. menegaskan supaya kita taat kepada Nya  dan Rasul-. Taat dengan erti kata bahawa kita melaksanakan apa juga yang ditunjuk ajar oleh Nabi s.a.w. 


Oleh itu ingatlah Ayat yang mana satu yang ingin manusia dustakan?

Perhatikan  salah satu  terjemahan  ' Hadith" yang dikatakan di 'sabda" pada hari terakhir Baginda Rasullulah.
SILA RUJUK DAN PERHATIKAN DIMANA KESILAPAN ATAU KEBENARAN 'SABDA' INI.

Apabila ajal Rasulullah S.A.W makin dekat maka beliau pun memanggil para sahabat ke rumah Aisyah r.a dan beliau berkata:" Selamat datang kamu semua semoga ALLAH S.W.T mengasihi kamu semua, saya berwasiat kepada kamu semua agar kamu semua bertaqwa kepada ALLAH S.W.T dan mentaati segala perintahnya. Sesungguhnya hari perpisahan antara saya dengan kamu semua hampir dekat dan dekat pula saat kembali seorang hamba kepada ALLAH S.W.T dan menempatkannya di syurga. Kalau telah sampai ajalku maka hendaklah Ali yang memandikanku, Fadhl bin Abbas hendaklah menuangkan air dan Usamah bin Zaid hendaklah menolong keduanya. Setelah itu kafanilah aku dengan pakaianku sendiri apabila kamu semua menghendaki, atau kafanilah aku dengan kain Yaman yang putih. Apabila kamu memandikan aku, maka hendaklah kamu letakkan aku diatas balai tempat tidurku dalam rumahku ini. Setelah itu kamu semua keluarlah sebentar meninggalkan aku. Pertama yang mensolatkan aku ialah ALLAH S.W.T, kemudian yang akan mensolatkan aku ialah Jibril a.s, kemudian diikuti oleh malaikat Israfil, malaikat Mikail dan yang akhir sekali malaikat Izrail beserta dengan semua para pembantunya. Setelah itu baru kamu masuk bergantian secara berkelompok bersolat ke atasku."

Kenapa Firman Allah ini tidak terdapat didalam Al Quran? dan hanya terbit sebagai ' Hadith".?sedangkan ayat ini dikatakan adalah ' Firman Allah".

" Berkata Jibril a.s, " ALLAH S.W.T telah berfirman yang bermaksud, " Sesungguhnya aku telah melarang semua para nabi masuk ke dalam syurga sebelum engkau masuk terlebih dahulu, dan aku juga melarang semua umat memasuki syurga sebelum umatmu memasuki syurga."

Ini merupakan firman atau wahyu terakhir Allah SWT kepada Baginda Rasullulah . 

Surah Al Maidah Ayat 3
Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu. 

                                       

Surah Al An Faal Ayat : 24
Wahai orang-orang yang beriman, sahut dan sambutlah seruan Allah dan seruan RasulNya apabila Ia menyeru kamu kepada perkara-perkara yang menjadikan kamu hidup sempurna; dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah berkuasa mengubah atau menyekat di antara seseorang itu dengan (pekerjaan) hatinya, dan sesungguhnya kepadaNyalah kamu akan dihimpunkan.  

Ikhlas dari : Cahaya Al Majid              

No comments:

Post a Comment