DISINILAH SEPATUTNYA HJ KAMARUDDIN DAN MOHD RONNIE MENERIMA HADIAH 'MISTERI' TERSEBUT SEPERTI YANG DIILHAMKAN KEPADA AKU. |
Bismillah-hir-rahman-nir-rahim
" sesungguhnya semua yang aku tuliskan adalah kebenaran , hanya ALLAH SWT menjadi saksi diantara kami"
Seperti biasa kami selalu berkumpul dan berkongsi cerita serta mengulang pelajaran. Sekitar tiga suku ketiga tahun 2001 , aku mendapat ,perkabaran”. Perkabaran ini aku kongsikan bersama sama dengan para sahabat yang masih lagi bersama aku. Pada malam itu aku memberitahu mereka bahawa salah seorang dari kami dikehendaki untuk ke Mekah untuk menerima sesuatu ‘barang’ disana. Aku memutuskan agar Hj Kamaruddin kesana dan ditemani oleh salah seorang dari sahabat samada Amin atau pun Mohd Ronnie. Keinginan Amin untuk keMekah memang menjadi idamannya tetapi disebabkan tugas beliau sebagai pekerja kontrak dengan Kerajaan ditambahpula anak anak beliau masih lagi kecil maka beliau memutuskan agar tempat tersebut digalas oleh Ronnie. Ronnie dengan hati yang terbuka menerima tawaran itu. Maka pada malam itu aku memutuskan bahawa perjalanan kali ini akan digalas oleh Hj Kamaruddin dan Ronnie. Hj Kamaruddin dengan iklas memberitahu aku bahawa beliau tiada punca kewangan untuk ke Mekah begitu juga dengan Ronnie, dan ini menjadikan halangan besar untuk tujuan kesana. Inshaallah, kata aku kepada mereka, “perbelanjaan” akan disediakan oleh Allah SWT. Hj Kamaruddin bertanya,”Bila perjalanan tersebut?’,”Inshaallah”, dalam masa tiga bulan lagi”, kata aku. Sementara waktu itu sampai aku meminta agar Ronnie menyiapkan diri. Sementara menunggu ‘rezeki’ yang akan didatangkan, pada setiap hari aku akan memohon kepada Yang Maha Esa agar dipermudahkan perjalanan kami dan dilindungi kami dari segala ujian-ujian yang berat. Allah Maha Agung Maha Esa, pada suatu malam ketika aku ‘bersujud’ dihadapanNya, aku dipertontonkan dengan gambaran bahawa seekor burung besar akan melangar bangunan dan ketika itu keadaan disitu menjadi kelam kabut. Bangunan tersebut terbakar dan berkecai menjadi abu’dan peristiwa itu berlaku di Amerika. Pada keesokkan harinya aku menceritakan peristiwa yang akan berlaku kepada isteri aku tanpa menceritakan kepada sahabat yang lain diLangkawi kecuali kepada seorang sahabat lama saya yang berada di Seremban yang bernama Rosli bin Mustafa yang pada suatu ketika dahulu merupakan rakan sepejabat aku sewaktu aku masih lagi berkerja disebuah Bank. Aku gambarkan kepada mereka apa yang akan bakal terjadi. Gambaran ini merupakan yang pertama kali pernah aku lalui dan ditunjukkan kepada aku . Seminggu berlalu, pada satu malam ketika aku menemani isteri aku di Holiday Villa, semua pengunjung dilounge digemparkan dengan berita yang terjadi di Amerika Syarikat. Dipaparan talivisyen ditayangkan kejadian yang baru berlaku iaitu kapal terbang melanggar bangunan dan berita itu sungguh mengemparkan. Semua aktiviti dilounge malam itu terhenti sepenuhnya kerana pengunjung ingin mengikuti perkembangan yang berlaku di Amerika Syarikat. Pada ketika itu isteri aku membisikan kepada aku tentang apa yang aku ceritakan kepada beliau minggu baru saja terjadi. Lalu aku mengingatkan isteri aku agar cerita ini tidak diberitahu kepada sesiapapun. Peristiwa itu dikenali sebagai September 9, 2001 tarikh hitam bagi seluruh Umat Islam yang cuba dimalukan oleh ‘pengganas zionist.’
Masa berjalan begitu cepat sekali, dua bulan berlalu. Hari ini aku dan Amin akan ke Awana Porto Malai, waktu sudah melewati jam 8 malam. Aku dan Amin terus ke Boardwalk Cafe. Bagi aku suasana disitu amat tenang dan menyenangkan bukan saja bagi aku mungkin juga kepada seluruh pengunjung yang selalu kesana. Kedatangan kami kesana telah kami maklumkan kepada Hj Kamaruddin. Seperti biasa setelah beliau selesai kerja barulah beliau akan menyertai kami. Malam itu agak lewat kerena beliau terpaksa menyiapkan jadual kerana Awana Porto Malai merupakan salah satu destinasi berlangsungnya Pertunjukan Lima yang diadakan setiap dua tahun. Malam itu Hj Kamaruddin bertanyakan sekali lagi perihal perjalanan ke Mekah. Aku beritahu beliau bahawa perjalanan itu adalah pasti dan inshaallah, kata aku lagi,”waktu terdekat ini ‘rezeki” itu akan sampai. Malam itu perbualan kami berkisar tentang perjalanan kami. Aku katakan kepada mereka berdua bahawa perjalanan untuk menjemput “barang” tersebut telah hampir, dan hanya ALLAH SWT yang akan menentukan waktunya”, ujar aku lagi.Malam itu kami beradar agak lewat mungkin melewati jam 1 pagi.
GAMBARAN YANG DIPAPARKAN , SEMINGGU SEBELUM KEJADIAN SEBENAR. |
Pada keesokkan harinya seperti biasa aku akan kepasar , pilihan ada dua ,samada untuk ke kepasar Kuah atau pun Pasar Mat Sirat, mengikut naluri hati aku. Alhamdullilah, pagi itu aku terus ke pasar Padang Mat Sirat. Jarak diantara rumah aku kesana lebih kurang setengah jam. Setibanya aku diperkarangan parkir kenderaan, kedengaran ‘siren” peronda. Aku memandang kearah jalan utama, aku lihat Unit Peronda Polis melewati kawasan pasar mengiringi orang kenamaan menuju kearah laluan ke Burau Bay atau pun Ke Datai, lebih kurang 10 buah kenderaan bercermin gelap diiringi berbelas motorsikal polis yang berkuasa tinggi,mungkin untuk ke Kelab Golf Datai, satu satunya lapangan Golf yang berstatus international terletak disana. Aku pun terus kepasar untuk membeli ikan dan sayur-sayuran untuk simpanan 2 hari dan setelah selesai aku pun pulang. Selepas waktu zohor, aku menerima panggilan daripada Hj Kamaruddin. Beliau memberitahu aku bahawa beliau akan pulang lewat malam tersebut kerana terpaksa menyelia persiapan sarapan untuk hari esok, kerana katanya, Sultan Hassanal Bolkiah dari Brunei Darul Salam akan bersarapan pagi di Awana dan malam ini Baginda Sultan akan menginap di Datai Beach Resorts, oleh itu semua persiapan harus dibuat dengan rapi, kata Hj Kamaruddin lagi. ‘Tak mengapa”, kata aku, malam lusa nanti kita jumpa’.Pada lewat malam lebih kurang jam 1.30 pagi Hj Kamaruddin talipon. ’Assalammualikum”, kata Hj Kamaruddin, “Waalaikusalam, Din”,kat mana ni?’, tanya aku. “Kat ofis lagi”, jawap Kamaruddin.’ Tak habis lagi?’, tanya aku, “ Baru habis, esok kena datang awal pagi”, kata Kamaruddin, “Ohh..kan esok Tuanku Sultan Brunei bersarapan kat sana kan?’, tanya aku, mengesahkan kata kata beliau petang tadi. Sultan Brunei tak jadi bermalam kat Datai, petang tadi Sultan dan rombongannya check-in kat Awana’, kata Hj Kamaruddin. ‘Iya ke”, sahut aku pula.’ Selepas Tuanku check-in tadi, Tuanku minta semua staff F & B beratur mengadap, Tuanku nak pilih butler beliau sendiri dikalangan F & B Staff. Kami semua kena mengadap”, kata Hj Kamaruddin. “ Pas tu?’, tanya aku lagi.”Tuanku pilih saya dan Ronnie”, untuk jadi butler beginda.’tambah Hj Kamaruddin lagi. “Oklah tu”, kata aku lagi, ‘berapa lama Tuanku kat sana?’, tanya aku pula.’Tiga hari je”, jawap Hj Kamaruddin. ‘Tak pa Din, kerja elok elok, kalau ada apa apa nanti kita call lagi ok”,’Ok,”, jawap Hj Kamaruddin.
Sepanjang tempoh Tuanku Sultan Brunei berada di Awana Porto Malai, aku tidak kesana mahupun menghubungi Hj Kamaruddin, kerana aku tidak mahu menganggu tugas beliau, kerana, sesungguhnya keadaan beliau sudah tentu amat sibuk dan tiada masa untuk melayan yang lain.Pada sebelah petang selepas Baginda Sultan Brunei Darulsalam berangkat pulang, Hj Kamaruddin menjemput aku dan Amin untuk kesana kerana sudah 3 hari kami tidak berkumpul.Selepas aku menghantar isteri aku ke Holiday Villa, aku terus ke Awana Porto Malai. Setibanya aku disana aku dapati Amin sudahpun sedia menunggu.Aku pun terus mendapatkan mereka.”Assalammualaikum”, kata aku. “Waalaikumsalam”, jawap mereka. “Lama dah sampai”, tanya aku kepada Amin.” Baru lagi bang,’, jawap Amin. “Abang Sihat?’, tanya Amin. “Alhamdullilah, macam biasa je”, jawap aku. “Ronnie mana Din”, tanya aku. ‘Hari ini di MC tak sihat, kata nya”, jawap Hj Kamaruddin. ”Macammana Din, tiga hari jadi butler Sultan”, “Biasa je, cuma jaga keperluan Tuanku je, semua OK”, jawap Hj Kamaruddin.’Ini cuma nak beritahu,malam tadi Tuanku beri imbuhan kepada saya dan Ronnie, jumlahnya agak banyak dan cukup untuk kami membuat perjalanan ke Mekah berdua’,kata Hj Kamaruddin. “Alhamdullilah”, kata aku. “Sekiranya kau rasa inilah “rezeki” yang dimaksudkan tempoh hari,maka persiapkanlah diri untuk kesana”, kata aku.”Sememangnya inilah yang saya tunggu-tunggu dan Ronnie pun sudah bersetuju untuk bersama-sama”, ujar Hj Kamaruddin lagi.’Kalau macam tu aturlah perjalanan ke Mekah secepat mungkin”, kata aku. “Inshaallah, saya akan uruskan segalanya esok”, kata Hj Kamaruddin lagi. Setelah bersembang dengan panjang lebar dan haripun menjelang tengah malam, kami pun bersurai.
BERSAMBUNG BHG XXI
Ikhlas dari :- Cahaya Al Majid

No comments:
Post a Comment