Bismillah-hir-rahman-nir-rahim.
' sesungguhnya apa yang saya dituliskan adalah kebenaran dan hanya Allah SWT menjadi saksi diantara kami".
Minta maaf kepada pelawat-pelawat yang mengikuti Kisah Benar Cahaya Al Majid kerana buat sementara waktu , kisah tersebut saya hentikan buat sementara kerana ingin memberi laluan kepada isu-isu yang lebih besar yang melibatkan kepentingan umat Islam di dunia serta dakwaan sesetengah pihak bahawa "Penolong kanan Imam Mahadi' yang didakwa telah muncul dibenua Arab dan kini telah meluaskan pengaruh ' ketibaan" dan disebut dibeberapa blog tempatan serta kecelaruan pemahaman etika berpolitik di Malaysia, terutama yang melibatkan pemahamanan orang Melayu Islam berhubung 'kefahaman' isi kandungan yang tersirat dan yang tersurat. Implikasi dari pemahaman orang 'Politik" 'tentang Islam", disalahkan ertikan dan 'tercalar' nya pegangan agama seseorang .
Kebangkitan akhirzaman banyak berkisar tentang " Melayu"? dan Islam ?
PERDEBATAN DIANTARA KEDATANGAN AL MAHDI . ADAKAH DARI BUMI ARAB ATAU BERKETURUNAN ARAB? SESUNGGUHNYA PENGETAHUAN SEGALANYA ADALAH DISISI ALLAH SWT |
Memandang akhir-akhir ini perdebatan berhubung "kebangkitan" ini, dipromosikan dari blog-blog dari Timur Tengah (Barbangsa Arab), yang saya kira akan membawa banyak kemudaratan kepada mereka-mereka yang hanya 'mengikut', akan terkhilaf atau tersasar didalam perjalanan yang ingin ditujui, yang mana distinasi tersebut hanya Allah SWT saja yang mengetahui.
Melalui kisah perjalanan sahabat saya, yang saya utuskan ke Mekah untuk menjemput ' barang', iaitu Hj Kamaruddin dan Mohammad Ronnie, dimana ketiga-tiga 'arahan' yang diberikan kepada mereka sebelum berlepas ke Tanah Suci Mekah Al Muakrammah, dibuktikan kebenaranya kepada Hj Kamaruddin dan Mohammad Ronnie.( Adakah pembuktian Allah SWT ini semata-mata untuk membenarkan kata-kata saya) Saya tidak perlu membukti apa-apa kepada mereka kerena semuanya ketentuan Allah SWT jua.
Hadiah atau 'barang" yang dibawa pulang oleh Hj Kamaruddin yang diterima dihadapan pintu Ka"abah merupakan senaskah Al Quran yang didalam "ditanda". Surah yang di "tanda" adalah Surah Maryam", adakah ini satu 'kebetulan" ?
Berbalik kepada perjalanan Hj Kamaruddin menemani Don Frazier atau Yaacob ke Mekah? Didalam kisah perjalanan itu tidak saya tuliskan 'penemuan misteri" yang dilalui oleh Hj Kamaruddin kerana ini merupakan ' "rahsia' yang aku dan Hj Kamaruddin, sembunyikan kepada semua kecuali sahabat aku yang rapat saja. Tetapi kisah ini Hj Kamaruddin telah menceritakan kepada para sahabat yang 'mengkhinati' kami dan mereka mengatakan Hj Kamaruddin telah disihir dan segala apa yang Hj Kamaruddin saksikan dihadapan Ka'abah (dikawasan yang Allah SWT pelihara dari iblis dan syaitan tidak dapat 'memasukinya") dikatakan tidak benar dan hanya mainan syaitan. Siapakah diantara kita berani menidakkan 'kebenaran dan petunjuk Allah SWT, yang kita sendiri saksikan? Sekiranya kita menidakkan 'kebenaran' yang kita perolehi ini di Ka'abah maka samalah hukumnya seperti kita tidak menganggap bahawa ' Ka,abah sebagai Kiblat malah menidakkan 'kesucian" Ka'bah dari kawasan larangan untuk iblis dan syaitan. Dimanakan 'akidah' serta keimanan kita?. Hal inilah yang Pak Lan serta sahabat dari Kuala Lumpur serta Simon dan Zainal cuba menidakan kebenaran yang Hj Kamaruddin 'saksi" kan sendiri.
Kenapa Pak Lan , Simon , Zainal (adik Simon) serta sahabat dari Kuala Lumpur yang lain, menidakkan 'apa yang Hj Kamaruddin lihat ?" Sebabnya adalah kerana apa yang Allah SWT paparkan kepada Hj Kamaruddin tidak menyebelahi atau 'menobatkan" kepentingan kumpulan mereka.
Kebenaran yang Allah SWT paparkan kepada Hj Kamaruddin di Ka'abah melalaui penceritaanya :-
' sewaktu saya melangkah masuk melalui pintu ke Ka'abah, tiba tiba pandangan saya berubah keadaan, lantai yang saya pijak serta keadaan disekeliling Ka'abah tiba-tiba bertukar hijau kristal yang amat indah". Saya terus melangkah menghampiri Ka'abah. Didinding Ka'abah 9 seolah-olah seperti screen wayang ) dipaparkan seorang wanita membawa seorang bayi. Wanita tersebut diiringi oleh beberapa wanita lain dibelakangnya . Wanita yang membawa bayi tersebut berkata, inilah puteraku namanya Isa Putera Maryam", Lalu wanita tersebut berjalan menuju kearah kerusi yang tersedia , seperti kerusi seorang Raja yang bersemayam diatas takhta. Kata wanita itu lagi, ini adalah kerusi Isa Putera Maryam, Kerusi tersebut berwarna keemasan. Sesudah itu dipaparkan wajah Isa Putera Maryam, yang berpakaian lengkap yang berwarna kuning cair keemasaan." kejadian yang ditunjukkan kepada saya, seolah-olah saya berada disitu menyaksikan 'pemashyuran; Isa Al Masih Putera Meryam , hanya setakat itu Allah SWT memperlihatkan kepada saya ' ujar Hj kamaruddin. Didalam perjalanan kedua kalinya saya ke Mekah bersama Mohammad Ronnie untuk menerima 'hadiah atau barang' yang merupakan senaskah Al Quran . Tali penanda surah terletak betul-betul di Surah Maryam. Kejadian itu berlaku sejurus saya selesai menunaikan solat sunat sebelum Solat Subuh, seorang 'hambaallah' berdiri ditangga naik kepintu Ka'abah 'hambaallah" itu melambai kan tangan kepada saya, diwaktu itu tiada jemaah lain selain Mohammad Ronnie, lalu saya bangun berjalan kearah" hambaallah" itu., lalu diserahkan 'hadiah tersebut kepada saya"sambil menganggukan kepalanya , Kitab itu saya sambut dan mengucupnya lalu kembali kesisi Mohammad Ronnie, dalam sekilas 'hambaallah' itu hilang dari pandangan saya.' kata Hj Kamaruddin.
Kenapa saya menengahkan kisah ini?
Melalui perjalanan yang saya tempuhi bersama para-para sahabat saya , samaada yang masih lagi bersama mahupun mereka-mereka yang telah mengkhinati persahabatan kami, disini saya ingin menyeru kepada sahabat sahabat yang terdahulu agar kembali kejalan asal yang pernah dilalui bersama.
Untuk pengtahuan atau malkuman sahabat semua, saya bukan lah Guru atau Master, dan dari dahulu sehingga kini saya tidak pernah menganggap diri saya begitu. Saya hanyalah kawan atau sahabat yang ingin bersama-sama didalam 'perjalanan' ini. Ilmu yang diperolehi, kisah yang digambarkan, kata-kata mendahului peristiwa, ilham serta paparan-paparan dahulu, kini dan akan datang semuanya dari Allah SWT , tiada daya dan upaya saya untuk mendahului ketentuan Allah SWT.
Kenapa baru kini saya paparkan kisah dan pengakuan ini?
Saya diilhamkan sekali lagi dengan peristiwa yang lebih besar dari kisah lampau saya ketika menjalani 'perjalanan' bersama Simon, Peter, John Paul, Andrew James, Aunt Lily, Alice, Joshua, Ronnie Richard , Don Frazier, Ashley, Hafiz serta Hj Kamarudin. Kisah perjalanan saya dengan mereka adalah proses 'mengenal diri" dan kini 'perjalanan ke Dua' baru bermula.
Perkara terbaru ini terjadi 2 hari yang lalu yang dipaparkan didalam mimpi saya, oleh itu penundaan penceritaan Perjalanan Kisah Benar Cahaya Al Majid terpaksa saya hentikan buat sementara waktu sehingga 'keizinan' selanjutnya. Inshaallah paparan terbaru berhubung mimpi atau petunjuk yang saya alamai akan saya 'dalami' kewajaranya untuk paparan, kerana 'alamat' yang diterima ' amat besar'.
Terima kasih.
Ikhlas dari :- Cahaya Al Majid.
Kedatangan AlMahdi apakah dia dari Barat atau dari Timur belum tentu lagi.
ReplyDeleteNamun kedatangannya menyatukan semula Timur dgn Barat sudah pasti.
Isa sudah wafat tidak dihidupkan semula ke2 kali yg bernyawa pasti mati.
Setelah wafat alam ruh Isa diberi pakaian Alam Barzah oleh Imam AlMahdi.
Itulah antara tugas2 AlMahdi dialah Raja pemberi pakaian kepada Yg Mati.
Berehat Isa berhimpun diMekah menunggu saksikan pembaiahan AlMahdi.
AlMahdi dgn Isa dua sosok yg jauh berbeda jaraknya ibarat Langit dgn Bumi..