Saturday, 10 November 2012

KISAH BENAR CAHAYA AL MAJID : BHG XXI: KEBENARAN YANG DIUNGKAP DILANGKAWI DIBUKTIKAN KEBENARANYA OLEH ALLAH SWT.


DIPAGI SUBUH YANG HENING SEBELUM SOLAT SUBUH   'HAMBAALLAH' ITU  MENGHULURKAN "AMANAH" TERSEBUT. HJ KAMARUDDIN MENERIMANYA . KEJADIAN INI TERJADI SEPERTI YANG DIKATA. ALLAH MAHA BESAR.
SAMBUNGAN XXI
Alhamdullilah segalanya telah diuruskan dan kemunchak pertunjukkan Lima juga sudah berakhir maka akan bermulalah perjalanan Hj Kamaruddin dan Mohd Roni untuk keTanah Suci Mekah. Tiga hari sebelum mereka berlepas kami berkumpul seperti biasa, tetapi kali ini aku yang menjemput mereka untuk berkumpul dan malam ini adalah malam yang amat penting bagi perjalanan mereka berdua. Selepas waktu solat Isyak aku baru sampai di Awana , tetapi Amin telah memaklumkan kepada aku bahawa beliau agak terlewat malam itu. Sebelum semuanya berkumpul aku dijemput untuk makan malam terlebih dahulu oleh Hj Kamaruddin dan ketika itu  Roni pun masih lagi bertugas. Oleh itu aku dan Hj Kamaruddin makan dahulu sementara menunggu yang lain sampai. Setelah aku selesai makan, Amin pun sampai dan terus menyertai kami. Setelah Amin selesai makan dan Roni pun sudah habis waktu bertugas maka perbincangan kami bermula. Sebelum aku memulakan mukadimah perbualan, aku terlebih dahulu memohon ampun dan maaf kepada mereka berdua kerana mereka terpaksa berjauhan dengan kaum keluarga masing masing semata mata untuk mengambil ‘barang’ yang bukan kepunyaan mereka. Nampaknya mereka berdua reda dan berbesar hati dengan perjalanan ini. Aku menjelaskan secara terperinci kepada mereka semua kenapa bukan aku yang  mengambil ‘barang’ itu. Dengan penjelasan yang terang dan jelas mereka faham akan kedudukan sebenar .Setelah mereka semua faham maka aku perincikan satu persatu tentang tugas dan perkara yang perlu mereka buat ketika di Tanah Suci Mekah. Lalu aku berkata,selain dari perkara perkara  yang perlu tadi maka perkara yang yang terpenting ini perlu dilakukan dan akan berlaku, “kamu berdua tidak bolih berpisah sewaktu di Mekah maupun di Madinah. Ingat, akan datang pada satu hari sewaktu di Hijr Ismail, ketika kamu duduk disitu akan ada ‘hambaallah’yang duduk disebelah kanan Roni, hendaklah kamu memberi tasbih ini kepadanya’, kata aku memberi petunjuk kepada Roni. Kepada kau Din,’akan ada satu hari dihadapan pintu Ka’abah, sebelum waktu solat  subuh, akan ada ‘hambaallah’ memberi kamu "sesuatu," ambil barang tersebut dan simpan baik-baik dan barang tersebut tidak boleh ditunjukkan kepada orang lain selain kamu berdua saja’,dan ketika di Madinah pula, akan ada satu hari ketika kamu selesai bersolat di Mesjid Nabi, akan ada ‘hambaallah’dikiri kamu, tiga saf kebelakang  dengan berpakaian jubah dan berkopiah hijau, tuju kepada ‘hambaallah’ itu dan beri salam kepadanya. Selain dari tiga perkara ini kamu bolih membuat perkara perkara yang telah diajarkan. Itulah pesanan dan amanah yang aku berikan kepada mereka berdua. Setelah selesai perbincangan, kami pun bersurai dan kami hanya bertemu semula pada hari keberangkatan Hj Kamaruddin dan Roni ke Tanah Suci Mekah.
Pada hari keberangkatan itu, aku pergi bersama Amin manakala Hj Kamaruddin dan Roni dihantar olih kakitangan hotel. Kami bertemu diruang perlepasan. Setelah semua urusan pendaftaran penerbangan telah selesai maka sekali lagi aku mengingati mereka tentang amanah yang dibawa. Perjalanan mereka ke Mekah adalah selama 14 hari. Setelah mereka masuk kepintu perlepasan maka aku dan Amin beredar pulang. Sementara ketiadaan Hj Kamaruddin dan Roni, aku  menjalankan rutin harian seperti biasa, sebelah pagi aku akan hantar anak anak kesekolah,tengahari jemput anak balik dari sekolah dan malamnya pula aku menemani isteri aku ditempat kerja beliau. Sekali sekala aku akan bertemu dengan Amin ditempat biasa sambil minum petang dan pada hari Jumaat kami akan sama sama ke Mesjid Aishah untuk sembahyang Jumaat .Pada satu Jumaat selepas pemergian Hj Kamaruddin dan Roni ke Mekah aku dan Amin bertembung dengan Simon berserta John dan Andrew. Selepas insiden beliau dan rakan rakan Shah Alam ‘bersangka buruk” dengan aku, selalunya beliau akan ke Mesjid di Pekan Kuah, tetapi hari itu  mereka berada di Mesjid Aishah. Selepas solat Jumaat aku dan Amin mempelawa Simon dan anak anak untuk kewarung bersebelahan mesjid Aishah untuk minum teh. Mereka menerima pelawaan aku dan kami sama sama kewarung tersebut. Didalam pertemuan petang Jumaat itu aku maklumkan kepada Simon bahawa Hj Kamaruddin dan Roni berada di Mekah, namun , sebab dan kenapa mereka pergi tidak aku terangkan kepadanya. Sebenarnya didalam pertemuan kali ini tidak banyak yang kami sembangkan hanya perkara perkara biasa saja. Setelah selesai kami pun bersurai. Dalam perjalanan pulang Amin bertanya aku,’Abang Izan tak marah ke dengan Simon ?, ‘Tak” jawap aku.’Macam macam dia kata pasal abang”, kata Amin. “Tak pa Amin, abang tak pernah simpan dendam walau sedikit pun,’ Simon dan anak anaknya, tetap abang sayang’, tak kira besar manapun kesalahan beliau kepada abang’, kata aku lagi.’Inshaallah, suatu hari nanti dia akan tahu juga siapa abang”,sambung aku lagi. Setelah sampai dihadapan apartment, Amin menurunkan aku dan Amin pun terus balik kerumahnya.
Dua belas hari sudah berlalu, pada sebelah petang aku menerima panggilan daripada Hj Kamaruddin, dia memaklumkan bahawa lusa beliau akan berangkat pulang. Berita itu aku sampaikan kepada Amin dan kami bersetuju untuk sama-sama menjemput Hj Kamaruddin dan Roni .
KEBENARAN KEJADIAN PERTAMA DIBUKTIKAN ALLAH SWT  KEPADA MEREKA BERDUA
                                         
Pada hari tersebut Amin menjemput aku dirumah dan kami sama-sama ke lapangan terbang di Padang Mat Sirat. Setibanya kami disana aku terus menuju kekafe sementara Amin terus ruang ketibaan. Kedengaran dipembesar suara, pengumuman dibuat mengatakan penerbangan yang ditunggu akan tiba lewat selama setengah jam. Oleh itu masa yang terluang aku gunakan untuk menunaikan solat.  Selepas aku selesai solat  kedengaran pengumuman dibuat mengatakan pesawat sudah pun mendarat, lalu , aku terus ke kafe menunggu mereka sementara Amin aku lihat masih lagi berdiri dipintu ketibaan. Lebih kurang 15 minit, aku lihat Amin berserta Hj Kamaruddin dan Roni berjalan menuju kearah kafe. Setibanya mereka di Kafe aku pun bangun lalu berjalan kearah mereka sambil mengucap salam dan kami berpelukan tanda kegembiraan setelah 2 minggu berpisah lalu aku menjemput mereka berdua duduk sementara Amin kekaunter membeli sedikit juadah. Setelah Amin datang membawa juadah lalu duduk disebelah  Hj Kamaruddin . Sebelum Hj Kamaruddin memulakan ceritanya, Hj Kamaruddin mengeluarkan sesuatu dari bag galasnya lalu menghulurkannya kepada aku sambil berkata,’ Inilah ‘barang’ yang telah disampaikan kepada saya’, kata Hj Kamaruddin. Aku lihat ‘barang’ tersebut berbungkus rapi, dibungkus menggunakan kain selendang penutup kepala, kain yang digunakan oleh para para jemaah sewaktu berada di Mekah. Kainnya berwarna putih dan disulam ditepinya dengan benang berwarna keemasan. Lalu aku buka pembalut kain itu, terdapat tiga lapisan kain membalutinya, setiap sehelai berwarna yang sama.Alhamdullilah, lalu aku singkap isi didalamnya dan terdapat satu petunjuk yang berlainan dari yang lain. Tanda pemisahnya dibuat daripada kain yang dipintal berwarna kuning selebar 3-5mm  dan panjang lebihkurang 6inci.  Melihat tanda tersebut  aku mengerti dan faham akan indikasi yang" diberikan". Kesemua sahabat aku terdiam semasa aku meneliti kandungannya. Setelah selesai aku meminta Hj Kamaruddin menceritakan perkara yang dilaluinya di Tanah Suci Mekah.Hj Kamaruddin memulakan penceritaannya. Kata Hj Kamaruddin “ semua yang terjadi mengikut turutan yang dikatakan dahulu,alhamdullilah,setiap hari kami menghabiskan masa dihadapan Ka’abah dan kami masuk melalui pintu pintu yang telah diajarkan. Pada hari peristiwa pertama saya (Hj Kamaruddin) dan Roni seperti biasa akan ke Ka’bah dan pada hari tersebut tidak berapa ramai pengunjung disana, oleh itu kesempatan itu saya gunakan untuk ke Hijr Ismail. Saya dan Roni berjalan ketempat  tersebut dan kami dapati ada seorang ‘hambaallah” sedang duduk disitu lalu Roni duduk disebelah ‘hambaallah” tersebut dan saya duduk disebelah Roni. Kedudukan ‘hambaallah’ tersebut disebelah kanan Roni, lalu kami berdua melakukan solat sunat disitu. Selepas habis solat saya baru teringat bahawa amanah pertama akan berlaku di Hijr Ismail, lalu saya membisikan kepada Roni akan perkara yang perlu dilakukan. Roni menyeluk saku bajunya lalu mengeluarkan ‘tasbih’ yang  aku  kirimkan lalu meletakkan ‘tasbih’ tersebut ditapak tangan’hambaallah’ tersebut yang pada ketika  itu sedang menadah tangan seakan akan berdoa. Saya lihat apabila ‘hambaallah’ itu menerima ‘tasbih’ tersebut lalu dia bangun dan berlalu dari situ, dalam beberapa langkah sahaja kelibat ‘hambaallah’ tersebut hilang dari pandangan kami. Melihatkan kejadian itu saya dan Roni terus melakukan solat sunat lagi, setelah sudah saya menyeluk saku seluar untuk mengeluarkan tasbih saya, alangkah terperanjatnya saya, tasbih yang selalu saya gunakan setiap hari tiada bersama saya ,tertinggal dibilik begitu juga dengan tasbih Roni, kedua duanya tertinggal dibilek. Alangkah bersyukurnya kami bahawa ‘tasbih’ yang diamanahkan ada bersama kami dan dapat kami serahkan, alhamdulliah”, cerita Hj Kamaruddin lagi. Selang beberapa hari dari kejadian pertama itu seperti biasa pada setiap hari sebelum waktu solat subuh saya dan Roni sudahpun berada di depan Ka’abah untuk berjemaah subuh, selalunya saya tidak berkesempatan untuk duduk betul betul dihadapan pintu Ka’abah, tetapi padi hari kejadian, saya dan Roni duduk berhadapan dengan pintu Ka’abah. Selepas solat sunat sebelum solat subuh ketika saya memanjatkan doa kepada Yang Maha Esa, tiba tiba saya lihat seorang ‘hambaallah’ berdiri didepan pintu Ka’abah, ‘hambaallah’ itu membelakangkan pintu Ka’abah dan memandang tepat kearah saya, lalu ‘beliau’ menghulurkan’ barang tersebut kepada saya, lalu saya pun bangun berjalan kearahnya dan terus mengambil ‘barang’ itu, lalu saya  mengucup ‘barang’ itu dan terus duduk disebelah Roni. ‘Barang’ itu saya balut menggunakan kaintutup kepala saya. Selepas solat Subuh saya dan Roni pun pulang kebilik. Alhamdullilah, kata saya kepada Roni , kejadian dan amanah kedua, telah terjawap dan hanya menunggu amanah ketiga saja lagi yang akan kami lalui dibumi Madinah. Sewaktu di Madinah  perkara yang telah diberitahu juga terjadi seperti yang telah dikatakan.’ Alhamdullilah’, kata Hj Kamaruddin lagi,’sesungguhnya saya dan Roni mengucapkan terima kasih kerana mempercayai kami berdua untuk menyempurnakan hajat tersebut’ kata beliau lagi.
KEBENARAN KEJADIAN KETIGA TERBUKTI DISINI. ALLAH MAHA BESAR.
                                                              BERSAMBUNG XXII

Ikhlas dari : Cahaya Al Majid                                                          

No comments:

Post a Comment