Monday, 12 November 2012

BERJURAI AIR MATA DIHADAPAN KAABAH MEMOHON DILINDUNGI UMAT ISLAM: ADAKAH UMAT ISLAM TERTINDAS ATAU DIHINA? ATAU UMAT ISLAM SENDIRI MENGHINA DIRI SENDIRI?

BENARKAH WATAK INI?? UMAT  ISLAM TERLALU YAKIN 'WATAK' INI MENJADI PENEBUS  SAKIT HATI KEPADA BUKAN ISLAM. BIAR BETUL??

Bismillah-hir-rahman-nir-rahim.

Dibawah ini dipaparkan sesetengah dakwaan yang bakal berlaku apabila datangnya"  watak yang dicipta iaitu "The Caliph" atau "Khalifah".

 Iran preparing now for Armageddon

Iran’s supreme leader, Ayatollah Ali Khamenei… has been heard to say that the coming of the last Islamic Messiah, the Shiites’ 12th Imam Mahdi, is near and that specific actions need to be taken to protect the Islamic regime for upcoming events.

Mahdi, according to Shiite belief, will reappear at the time of Armageddon.

Selected forces within the Revolutionary Guards and Basij reportedly have been trained under a task force called “Soldiers of Imam Mahdi” and they will bear the responsibility of security and protecting the regime against uprisings. Many in the Guards and Basij have been told that the 12th Imam is on earth, facilitated the victory of Hezbollah over Israel in the 2006 war and soon will announce publicly his presence after the needed environment is created.

Adakah benar bahawa peperangan besar akan berlaku seperti yang didakwa oleh sesetengah pehak?. Bermacam-macam andaian dan telahan dibuat untuk 'menandakan' kedatangan 'manusia ini'. Adakah begitu aturanya. Terjadi bermacam-macam kemusnahan didunia semata-mata untuk menyambut 'watak' yang tidak disebut kebenaranya' didalam Kitab Allah samada Al Quran mahupun Kitab sebelumnya. Atau terpedaya kah manusia ini dengan ancaman yang begini? Adakah dengan kemusnahan didunia ini akan membuatkan manusia menjadi lebih 'beriman' atau 'bertakwa': dan menyakini  terhadap Allah SWT  dan  bahawa inilah ketentuan Sang Pencipta untuk 'menzahirkan' seseorang 'pemimpin pilihan". Belum terjadi sebelum ini didalam sejarah kejadian alam manusia bahawa untuk melahirkan seseorang yang diberi hidayah dari Allah SWT disambut dengan peperangan mahu pun mala petaka kepada manusia kecuali Kisah Banjir Besar Nabi Nuh dan bahteranya. Malapetaka yang terjadi itu pun diatas perintah Allah SWT yang disampaikan melalui Nabi Nuh selain itu tiada perkara begini.

Tahukah kita bahawa perkara ini sangat diperbesarkan oleh 'pencinta-pencinta hadith' atau ' sipenkaji hadith" mahu pun pihak yang berkepentingan yang secara langsung akan memalitkan keperibadian Rasullulah?. Tahukah kita bahawa Rasullulah sering bersabda " tiada daya dan upaya aku melainkan semuanya ketentuan Allah SWT dan Allah SWT sahaja yang mengetahui yang nyata dan yang tersembunyi".

Tahukah kita bahawa hanya 'hadith' yang dipertikaian oleh penganut agama lain. Dapatkah kita pengikut membuktikan ' kesahihan' kata-kata Rasullulah?
Tetapi Al Quran tidak perlu dibuktikan  kebenaranya 'kerana Al Quran itu adalah Mukjizat dari Allah SWT dan Al Quran itu sendiri akan membuktilan kepada mereka-mereka yang meraguinya bukan kita atau sesiapa.

Perlukah  Firman Allah dalam  Al Quran perlu dibuktikan dengan peperangan? Perlu dizahirkan dengan kemusnahan? Perlu dinyatakan dengan kekerasan? Perlukan disebarkan dengan penipuan? Perlukah  kebenaran Al Quran diadakan  jual beli?

Apakah ciri dan kriteria 'pemimpin' yang hendak didendang ini? Adakah kerana ilmunya, adakah kerana kehebatanya, adakah kerana sifatnya, adakah kerana perwatakanya, atau adakah kerana bangsanya atau kerana didakwa diucapkan oleh Rasullulah ?

Rata -rata Umat Islam mendakwa bahawa umat Islam ditindas disana-sini. Islam didakwa 'kolot' ataupun 'jumud' oleh sesetengah bangsa di dunia . Adakah ini satu 'penyataan' yang benar?Saya rasa tidak benar.  Umat Islam tidak ditindas atau dipinggir didunia ini, tetapi disebabkan sifat umat Islam itu sendiri yang menindas diri mereka sendiri  bukan orang lain.
Kenapa saya berkata begitu? Kerana mereka beranggapan bahawa 'watak" Al Mahadi akan menyelamatkan mereka. Walaupun sekiranya benar Al Mahdi hadir,  dapatkah  manusia  menyelamatkan jiwa sendiri? Tubuh badan mungkin dapat diselamatkan tetapi 'hati" bagaimana? Bolehkah ' Al Mahdi" menyelamatkan 'hati" .Adakah ketibaan yang didakwa ini akan berlaku pertembungan kuasa diantara Islam dan bukan Islam? Beginikah aturan Tuhan? Tuhan yang di sebut Pengasih, Penyayang, Penyantun akan memusnahkan semua aturanya?

Allah SWT menamakan Islam sebagai agama pilihanya. Apa itu Islam?
Menyerah  atuu berserah -  diri kepada yang Satu atau Esa.(submission or surrender )
Apa yang ada didalam Islam itu?
Kasih sayang, tolong menolong, menjurus kepada kebaikan dan segala perkara-perkara yang positif atau kebaikan kepada dirisendiri dan tidak mendatankan keburukan kepada  seseorang atau  tidak merosakan pada yang lain. Itu lah ajaran Islam.
Adakah  watak yang didakwa akan datang ini, yang berbentuk kekerasan  ' akan menghancurkan' sesiapa yang tidak yakin dan beriman pada Allah ?
Untuk itu dimana kewajaran dan dimana  kebenaran tentang 'watak ' yang disebut-sebut ini. Watak yang ingin diutarakan oleh 'kelompok' ini digambarkan berlawanan sifatnya seperti 'Junjungan" kita.

Oleh itu beringatlah setiap jiwa yang bertubuh . Kematian adalah pasti.  Setiap manusia akan mengalami frasa kematian , samaada Nabi atau pun Rasul. Setiap waktak yang disebutkan dan di Firmankan didalam Al Quran pasti melalui detik ini. Olih itu renunglah, carilah, siapa diantaranya watak yang disebut yang belum menemui kematian. ( Hanya pencarian dengan ilmu saja yang akan menemui jawapan).

Ikhlas dari ;- Cahaya Al Majid

2 comments:

  1. Hamba rasa dah ramai sangat penulis2 dan pembaca blog yg merasakan dirinya al mahdi a.s kerana ilmu akhir zaman yg dimilikinya.........nasihat hamba cuma satu "hati2 dengan jin qarin kamu iaitu teman kamu yg lahir bersama2 kamu yg sentiasa cuba menyesatkan kamu dengan apa sahaja yg kamu nampak dan kamu ketahui.........."
    mohon maaf kpd sesiapa sahaja yg terasa hati dengan nasihat hamba ini....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Terima kasih diatas peringatan tuan. Sekelumit rasa pun tidak terdetik dihati untuk menganggap begitu. Hanya apa yang diharapkan 'pengetahuan' yang Allah SWT juruskan ini, dapat merapatkan, saf-saf yang terpecah jua.Tetapi pada pandangan saya, biar berjuta Al mahdi wujud dibumi (kerana Al Mahdi hanyalah Gelaran" )asalkan tujuannya adalah untuk 'memperkasakan serta menjunjung Al Quran dan As\Sunnah. Sama ada ianya benar-benar akan muncul atau sebaliknya, itu adalah urusan Allah SWT kerana, watak tersebut tidak dinyatakan didalam Al Quran. Tkasih.

      Delete