Thursday 10 January 2013

JIHAD HATI BERMULA : SESUNGGUHNYA MEREKA YANG MENGGADAIKAN KALIMAH ALLAH MAKA KAMU ADALAH MUSUH YANG PERLU DITENTANG DAN DIPERANGI

KEPADA MEREKA YANG MENGGADAIKAN KALIMAH ALLAH   INI MAKA WAJIBLAH BAGI MEREKA MENGGANTUNGKAN DIRI  DIHADAPAN ALLAH SWT.

Bismillah-hir-rahman-nir-rahim

Saya bukanlah ulama, dan juga bukan Guru Agama seperti cendikiawan  atau Ulama- ulama yang terdapat atau yang membarisi kepimpinan parti PAS dan PKR  tetapi  didalam perjalanan saya sebagai insan biasa yang diberi petunjuk , tunjuk ajar serta  bantuan Allah SWT didalam menyebarkan ayat-ayat Allah yang termaktub didalam Al Quran serta Agama Islam pilihan Allah SWT . Saya diberi rezeki untuk menjayakan ajenda Allah SWT dan telah 'berjaya' memujuk hati-hati bukan Islam dari pelbagai kaum dan bangsa untuk menerima atau mengambil Allah SWT sebagai Tuhan mereka. Berkat  kesabaran serta   berusaha sedaya upaya  dan dengan bantuanNya dan izin Nya  saya berjaya menyampai dan berdailog dengan  mereka-mereka yang belum beriman dengan Al Quran  atau yang belum mengambil Allah SWT sebagai Tuhannya. Dengan 'rahmat'Nya, Alhamdullilah, Allah Hu Akbar , Maha Suci Mu Ya Allah dengan petunjuk dan keberkatan Mu jua,  saya berjaya didalam misi yang telah diamanahkan ini.

Disebabkan  kekeliruan serta 'kejahilan ilmu' sesetengah ulama terutama mereka-mereka yang bersandarkan kepada ' politik'  telah dengan sengaja ' menjejaskan' perjalanan saya ini.

Dengan izin ALLAH SWT Tuhan Maha Agung Maha Suci, Lagi Maha Esa, melalui hidayahNya saya hamba yang serba kekurangan ini telah 'mengislamkan' lebih dari ' dua angka' jumlah manusia yang dari kelompok bukan Islam untuk menerima ALLAH SWT sebagai Tuhan dan Al Quran sebagai Panduan mereka.
                                             
Bismilllah-hir-rahman-nir-rahim

Dengan 'kerahmatan' yang aku pohon pada Mu Ya  ALLAH , anugerahkanlah  kejituan hati  dan dengan ini aku mengistiharkan bahawa musuh utama aku  dan musuh sebenar Islam di Malaysia adalah pemimpin Islam dikalangan  Parti Islam Se Malaysia (PAS) dan  Pemimpin Islam dikalangan Parti Keadilan Rakyat.(PKR). Aku  dengan ini memanjatkan permintaan dan berdoa ;-

ALLAH MAHA AGUNG LAGI MAHA SUCI, TUHAN SEMESTA ALAM,
 YA ALLAH  YA RABB KAU MAKBULKAN DOA HAMBAMU  INI.
 KAU LUCUTKANLAH  APA YANG DIMILIKI OLEH PEMIMPIN PEMIMPIN INI AGAR MEREKA TERSEDAR AKAN KEKHILAFAN  DAN KEJAHILAN HATI MEREKA DIDALAM MENJAGA KESUCIAN NAMA MU YA ALLAH DARI DISEKUTUKAN OLEH MUSUH MUSUH ISLAM
DAN YA ALLAH YA YABB KAU BALIK KANLAH HATI-HATI MEREKA INI SEPERTI MANA KAU BALIKKAN HATI HATI MANUSIA YANG KAU TEMUKAN DENGAN AKU DAN BERSUJUD DENGAN KU  DIHADAPAN MU
 YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM  KAU BERKATILAH  JIHAD HATI AKU INI SEBAGAI SATU PEPERANGAN DIANTARA AKU DAN MEREKA

 YA ALLAH KAU MAKBULKAN DOA-DOA HAMBUMU INI YANG BERJUANG DAN YANG BERKORBAN DIATAS KERADAAN MU.. ALLAH..ALLAH..ALLAH.

YA ALLAH  TELAH KAU SEMPURNAKAN SEMUA PETUNJUK PETUNJUK MU SERTA KEBENARAN MU  DAN KEBESARAN MU  KEPADA PARA SAHABAT-SAHABAT KU YANG MEMILEH ISLAM SEBAGAI JALAN KEHIDUPAN MEREKA DIDUNIA DAN AKHIRAT , MAKA SEKALI LAGI AKU MEMOHON PERTOLONGAN MU YA ALLAH, KAU BERIKANLAH HIDAYAH DAN PENGAJARAN KEPADA MEREKA-MEREKA INI AGAR MENTAATI PERINTAH MU DAN MENJAGA KESUCIAN KALIMAH MU YA ALLAH. SEKIRANYA KEHANCURAN DIRI MEREKA ATAU KECELAKAAN  YANG KAU TIMPAKAN KEPADA MEREKA ATAU KAU AMBIL PERHIASAN DUNIA YANG MEREKA CINTAI ATAU KAU AMBIL YANG MEREKA SAYANGI, SEKIRANYA MUSIBAH INI DAPAT MEMBALIKKAN HATI-HATI MEREKA DARI TERUS MENYIMPANG MAKA AKU BERDOA PADA MU..KAU HIJABLAH  DAN KAU HISABLAH MEREKA-MEREKA INI DENGAN KADAR SEGERA SEBAGAI PERINGATAN, AGAR, ISLAM YANG BERKEMBANG MEKAR  DI BUMI MALAYSIA INI TIDAK DIROSAKAN OLEH MUSUH MUSUH KAU YA ALLAH DAN MUSUH MUSUH ISLAM.
                                                        AMIN YA RABBUL ALAMIN

                                                               CAHAYA AL MAJID

18 comments:

  1. Hamba Amin99kan...Allahuakhbar313

    ReplyDelete
  2. Amin ya Allah...amin ya Rahman, amin ya Rahim

    ReplyDelete
  3. para pemimpin umno kata politik dan agama tidak ada kena mengena.Kenapa tak lawan umno tu. Najib pun tak benarkan hudud dan mahathir juga tak benarkan hudud. kalau hudud dibenarkan maka ramai lah orang melayu makan sp tangan. apakah itu bukan menghina islam? Pas PKR dan DAP menentang judi tapi umno kasi lesen judi, kakaaa . sedarlah saudara. fitnah dajjal tidak mengenal orang pun.Di Kelantan judi diharamkan tapi umno kasi lesen juga.macamana doa kalian nak dimakbulkan tuhan kerna bersubahat dengan penentang Alloh.

    ReplyDelete
  4. http://www.youtube.com/watch?v=gZdKSWX5-2I&feature=player_embedded

    ini bukti nya naJIB TOLAK HUDUD

    ReplyDelete
  5. http://www.malaysiawaves.net/2013/01/mufti-mufti-di-malaysia-rata2-ulamak.html

    ya di mana mufti mufti kerajaan bila isu isu bersangkut dengan agama islam dilakukan oleh umno.

    ReplyDelete
  6. Salam. Disebabkan saudara hanya mengenalkan diri sebagai anonymous, biarlah saya jawap satu persatu. Saudara bertiga mungkin tidak faham atau mengerti apa yang saya tuliskan. Yang saya tentang adalah pemimpin PAS dan PKR yang menggadaikan nama ALLAH kepada yang bukan hak iaitu Kristian. Itu yang saya tentang. Selain dari itu saya tidak sentuh.M Mungkin tuan bertiga hanya membaca satu post saja dan tidak mengikuti perjalanan blog saya. Yang saya tentang adalah kepincangan atau salah laku samaada pemerintah mahu pun pembangkang.Berhubung dengan hukuman 'hudud' yang saudara utarakan. Saya nak tanya, adakah saudara faham dan mengerti apa itu 'hudud'. Apakah takrifan 'hudud' yang nyata didalam Al Quran? Adakah 'peraturan' nyata dan jelas bagaimana 'sesuatu' hukuman harus dilakukan kepada pesalah ,tercatit didalam Al Quran? Contoh: Mencuri: Adake peraturan Allah mengatakan sekiranya mencuri maka pesalah harus dipotong tangan. (Didalam Juzuk mana terdapat arahan ini?)dan bermacam-macam lagi. Kenapa perlu membabitkansalahlaku UMNO dengan agama Islam. UMNO adalah satu entiti pertubuhan bukannya manusia. Adakah malaikat akan menyoal UMNO bila UMNO mati? Itu adalah Pertubuhan. Yang perlu ditegur adalah pemimpin pemimpin samaada pemerintah mahu pun pembangkang. Maaf sekali lagi, UMNO tidak merosakkan perjalanan 'pendakwahan' saya, tetapi apabila ada pemimpin Islam dari PAS dan PKR dengan sengaja menggadaikan 'kalimah Allah' iaitu Tuhan yang saya bersujud padaNya, saya harus berjuang mempertahankanya demi maruah saya sebagai orang Islam walaupun saya terpaksa ' mengangkat pedang' dan menggadaikan nyawa demi Allah SWT , Tuhan saya, begitulah tanda kecintaan saya terhadap 'Kalimah Allah" Tetapi sekiranya saudara hanya melihat perkara yang bukan asas, itu terpulang sebab saya tidak menyembah tuhan yang tuan sembah.

    ReplyDelete
  7. apakah muhammad tidak menghukum dengan hudud? Muhammad pernah bilang bahawa kalau Fatimah yang mencuri maka aku akan memaotong tangan nya. Bukan semua diterangkan di dalam Al Quran , hadis hadis Nabin juga mesti dibaca. Itu maksud nya Pegangan ahli sunnah wal jamaah. Di mana ada dalam Al Quran menyatakan solat subuh 2 rakaat , zuhur 4 rakaat ? tidak ada tapi dalam hadis Nabi menyatakan nya, Saya rasa saudara harus berguru lagi ya, bukan hanya dalam soal kebatinan saja kerna saya ramaii bertemu orang macam saudara. Umno adalah goverment of the day, maka kewajiban bagi kami pembayar cukai menentang kebejatan dan kejahatan pemerintah. Seperti saudara juga suka menentang pembangkang. fikir fikir la ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak pula saya ketahui bahawa sifat nabi itu sebagai penghukum. Pernah ke nabi potong tangan sesiapa untuk di jadikan sunnah, tak pernah pula Nabi menjatuhkan hukuman potong tangan kepada pesalah kerena Rasullulah bersifat kasih dan sayang ..Contoh sembahyang , itu sunnah, kita diwajibkan mengikut apa yang disunnahkan ( sunnah itu contoh perbuatan yang dilakukan sementara hadith itu bersifat kata-kata 'yang didakwa' diucapkan ) Rasullulah. Untuk pengetahuan saya hanya berpandukan Al Quran dan sunnah bukan ribuan hadith.

      Delete
    2. baca lah sejarah nabi. sunah pun saudara tak tahu macamana nak berhujjah, seperti yang saya katakan bagaimana nak solat kalau hanya baca quran saja.. hadis nabi lah yang menerangkan bagaimana nak solat. kalau nabi tak wajibkan hukum hudud bagaimana baginda boleh berkata begitu. Begitu juga Alloh tak ada larang orang bukan islam menyebut nama Alloh. ayat mana kata Alloh larang oorang kristian sebut nama Alloh. Bagaimana anda tahu itu sunnah kalau tak diterangkan dalam hadis?

      Delete
    3. Saya rasa saudara tidak memahami 'pegangan' saya. Dah saya katakan saya hanya berpandukan kepada Al Quran dan Sunnah . Kita orang Melayu tidak menyebut "Alloh" tetapi ALLAH. Benar sesiapa saja boleh menyebut nama Allah, tetapi adakah mereka beriman dan yakin akan Allah . Adakah Tuhan "Alloh" yang tuan sembah sama dengan Allah yang saya sembah. Atau mereka menyebut secara suka suka dan tanpa 'pengisian".

      Delete
    4. Saya faham atau tidak faham itu definisi saya terhadap kepercayaan saudara. Seperti yang saya katakan sunnah nabi itu dijelaskan dari mana? Kalau saudara berpandu kepada Al Quran dan Sunnah kenapa saudara menyokong pemerintah yang berpandukan common law ia ini perlembagaan lord reid saat Malaysia mahu merdekka dulu. Kenapa PEMERINTAH TIDAK MENJADIKAN AL QURAN DAN SUNNAH SEBAGEI PANDUAN? ARAK, JUDI MAKSIAT SEMUA DIIZINKAN malah tempat perjudian genting atau kasino diizinkan dibina yang tinggi nya mengatasi semua ketiggian Masjid di bumi suci tanah melayu ini. mallah dikasi lesen lagi. itu kah nama nya pemerintahan berdasarkan Al Quran dan Sunnah?Dah saya katakan semua orang boleh menyebut Alloh atau Allah. Memang tidak sama pengertian Allah mereka dengan pengertian Allah oleh umat islam seperti yang diterangkan di dalam surah al ikhlas itu. semua orang islam tahu itu.

      Delete
  8. Tahniah sy kagum dgn penulisan tuan blog..sy harap tuan sentiasa menulis..

    ReplyDelete
  9. http://kavkazcenter.com/eng/content/2013/01/08/17233.shtml

    Lihat lah bagaimana kristian siria menggunakan nama Alloh.

    ReplyDelete
  10. Perlu difahami, common law terpaksa dipakai ketika merdeka. Kita dilahirkan selepas merdeka, semuanya terbentang. Sekiranya pembangkang ingin merubahnya kenapa tidak dibahaskan di parlimen. Kita manusia marhean hanya melaluinya. Ada juga yang masih tidak faham. Saya ni bukan penyokong mana-mana pihak dan saya tiada kepentingan dengan pemerintah mahu pun pembangkang. Bagi saya yang benar tetap benar dan yang salah tetap salah. Kedua-dua parti politik semuanya sama saja. Mengejar pangkat, harta dunia dan kuasa dan terhebat memunipulasi fikiran rakyat.Melainkan terdapat 'kesatuan Islam, yang jitu yang boleh menolak fahaman kedua-dua entiti ini. Ulama juga berpecah belah, masing-masing mempunyai ajenda.Ajenda saya hanya satu, mentarbiah bukan Islam untuk menerima Allah swt sebagai Tuhan dan menerima Al Quran sebagai panduan.Tarbiah dibuat melalui kasih sayang dan bukan paksaan mahu pun kekerasan. Selainnya bukan ajenda saya dan pohonlah kepada Tuhan masing-masing.

    ReplyDelete
  11. adalah kewaajiban kita umat melayu islam di tanah suci ini untuk mengembalikan semula kedaulatan Islam di Tanah suci ini sebelum kedatangan penjajah kafirin dulu.Sekarang kita wajib melaksanakan apa yang dinyatakan dalam Al Quran itu bukan nya tunduk kepada kemahuan al dajjal yang memeksa common law didaulatkan di Tanah suci Melayu ini. Maka partai PAS sedang menuju ke arah itu walau pun hanya melalui proses demokrasi yang mana satu undi bakal menentukan pemerintahan negara hatta undi pembunuh pun dikira.

    Alangkah baik nya saudara berjuang untk menegakkan islam di Tanah suci melayu ini dengan kelebihan yang diberi Allah kepada Saudara itu. Ingatlah itu hanyalah ujian yang diberi pinjam saja oleh Tuhan raja sekelian alam ini. Seperti yang saya kata dulu saya pernah bertemu dan menuntut dengan mursyid yang bisa membawa kita mengembara ke alam ciptaan nAllah ini tapi akhir nya mereka semua sudah kecundang kerna gagal dalam ujian Allah. Salam.

    ReplyDelete
  12. Salam. Alhamdullilah dengan saranan saudara. Ingin saya nyatakan disini perjuangan saya hanya satu iaitu menyampaikan kebenaran kata-kata Allah SWT kepada mereka-mereka yang sudi dan dipileh oleh SWT.
    Kita hanya boleh berdoa kepada Allah SWT untuk menentukan siapa yang terbaik diantara mereka yang diizinkan untuk menerajui tanah suci ini.Inshaallah, berbekalkan apa yang Tuhan Semesta Alam 'pinjam'kan kepada saya, alhamdullilah dan syukur saya masih lagi dilandasan 'Al Quran" tanpa pengaruh sesiapa. Mahasuci Engkau Ya Allah , sehingga kini hanya Allah SWT "membiayai" perjalanan hidup saya. Allah Maha Agung.

    ReplyDelete