BERKILAUAN BINTANG DILANGIT TERSELINDUNG RAHSIA ALLAH. |
Didalam perjalanan manusia yang berlumba-lumba mencari apa yang diingini atau dihajati, kadangkala taruhan untuk tujuan itu selalunya berakhir dengan kegagalan dan sedikit darinya yang beroleh kemenangan. Kegagalan yang dimaksudkan disini bukanlah bermaksud tidak merasai apa-apa tetapi pencapaian untuk kejayaan sepenuhnya tidak dicapai. Oleh sebab itu didalam peperiksaan setiap matapelajaran diukur melalui ' gred' nya, begitu jugalah kita , yang dinamakan manusia ini. Terpaksa melalui bermacam-macam matapelajaran untuk mempersiapkan diri dari ' ujian' , samaada lulus, gagal atau sekadar cukup makan, hanya Allah SWT saja yang mengetahui.
Allah SWT berjanji dan berfirman didalam Al Quran dengan mengatakan ' Setiap sesuatu yang terjadi dan berlaku dialam ini mengikut aturanNya, dan sehelai daun jatuh kebumi juga Allah SWT telah tetapkan sebabnya", oleh itu, tiada satupun perkara yang tersembunyi disisi Allah SWT.
Minggu lalu dunia digemparkan dengan berita 'meteor' jatuh dari langit dan menghentam bumi. Walaupun meteor itu tidaklah sebesar mana dan beratnya tidak melebihi 10 tan padu, tetapi impak dan reaksi ketulan batu itu serta kelajuannya amat menakutkan dan dilaporkan banyak kecerderaan keatas manusia berlaku walaupun tidak secara langsung tetapi diakibatkan 'aura' batuan tersebut telah mengucarkacurkan 'signal' radar dan juga menjejskan perhubungan telekomunakasi. Begitulah dasyhatnya 'impak batuan seberat 10 "tan ini.
The meteor -- estimated to be about 10 tons and 49 feet wide -- entered the Earth's atmosphere at a hypersonic speed of at least 33,000 mph and shattered into pieces about 18-32 miles above the ground, the Russian Academy of Sciences said .
Chelyabinsk
The meteorite fragments fell in a reservoir outside the town of Chebarkul.
Disebalik kejadian itu, pernahkah kita terfikir, kenapa batuan itu 'terhala' ke Russia? Bandar yang dilanda bernama Chelyabinsk.
Pernah kah terlintas dihati dan fikiran kenapa 'batuan' ini jatuh di Rusia didaerah Chelyabinsk bersamaan haru Jumaat ?
WAKTU YANG DICATAT KETIKA MENGHENTAM IALAH GMT 3.15 |
Apa yang Allah SWT rancangkan dan yang ingin dipertontonkan kepada manusia.??
Dunia ciptaan Allah SWT ini penuh misteri. Setiap perkara yang berlaku dan terjadi mesti ada sebabnya dan ianya dijadikan bukan untuk suka-suka, itu janji Allah SWT. Adakah ini merupakan tanda-tanda akan sampainya permulaan 'babak-babak akhir', iaitu satu tanda dari langit??
Apakah kaitannya dengan abjad 'R" dan "C" , hari Jumaat serta waktu 3.15 (9) sama-sama kita renungkan.
Semoga dengan kejadian ini akan terbuka lagi sebuah 'rahsia' yang terselindung". Semoga Allah SWT membukakan ' rahsia' ini.
Ikhas dari : Cahaya Al Majid
salam...
ReplyDeleteminta artikel pasal meteor ni disambung lagi...