Thursday, 7 March 2013

'GENCATAN SENJATA' HANYA TERTAKLUK DAN TERPAKAI HANYA KEPADA PEPERANGAN DAN BUKAN PENCEROBOHAN

BUKAN ISLAM MEREKA PERJUANGKAN. BUKAN ALLAH MEREKA UTAMAKAN. BUKAN MUHAMMAD S.A.W MEREKA DAHULUAN TETAPI  PERASAAN KESUMAT DAN IRI HATI YANG KAMU UTAMAKAN. JANGAN DIENDAHKAN KATA-KATA DARI MANUSIA MUNAFIK INI. JANGAN LAYAN  PERMINTAAN PENCEROBOH  UNTUK GENCETAN SENJATA.
Assalammualaikum.

Mendengar perkabaran yang baru diumumkan oleh pihak penceroboh melalui wakil mereka di Manila tidak perlu dipertimbangkan.  Erti maksud 'gencatan senjata' adalah untuk 'peperangan' seperti yang berlaku diantara kedua-dua negara i.e. Gencatan Senjata antara Korea Utara dan Korea Selatan. Disebabkan pencerobohan ini adalah dari kumpulan  militan ataupun 'terrorist' ataupun dalam bahasa mudahnya 'pengganas' maka, persoalan 'gencatan senjata' tidak terpakai didalam kontek yang berlaku di Lahad Datu.

Diharap PDRM mahu pun ATM tidak bertolak-ansur didalam perkara ini. Juga difahamkan bahawa 'penceroboh' ini mahukan 'perundingan'. Dalam erti sebenar didalam menjaga 'kedaulatan negara' maka isu 'perundingan mahu pun gencatan senjata' tidak terpakai sama sekali.

Apa yang boleh kita harapkan, sekiranya penceroboh ini tidak mahu banyak lagi kematian dipihak mereka, maka, wajib mereka "meletakkan senjata dan keluar beramai-ramai' menyerah kepada pihak berkuasa yang mengendalikan operasi ' sapu bersih" atau ' Ops Daulat". 

Segala bentuk perundingan ataupun 'helah' yang ingin melambatkan operasi, tidak patut dilayan. Keselamatan rakyat Malaysia dan kedaulatan Negara ini mendahului segala-galanya.

Oleh itu penggenpuran atau bedilan kesasaran harus diteruskan tanpa belas kesihan. Pembelaan kepada 'arwah wira-wira Malaysia" yang gugur perlu mendapat keutamaan.

Untuk mengelakkan umat Islam diFilipina terutama berbangsa Moro dan yang menjunjung' Kesultanan Sulu' dari dilabel sebagai ' terrorist' atau 'pengganas' oleh musuh Islam, maka wajib bagi mereka tinggalkan pemimpin yang mementingkan 'diri sendiri' serta yang sanggup membunuh rakyat sendiri.

Untuk warga Sulu mahupun Moro atau suku sakatnya di Malaysia yang membaca blog ini, ini saranan saya, 

" TINGGALKAN KETUA ANDA BERSATU MEMBINA KEHIDUPAN YANG LEBIH BAIK"  "JANGAN SAHUT SERUAN BERJIHAD  SEKIRANYA ANDA TIDAK TAHU APA TUJUANYA"'." JANGAN GADAIKAN DIRI UNTUK KEPENTINGAN SESEORANG. BERFIKIR SECARA WARAS".

Ingat !!!! apa yang diserukan ketika "AZAN" berkumandang :-
  Dirikanlah solat
  Marilah kita menuju kejayaan.

Sekiranya anda memahami maksud nya , maka anda akan berusaha untuk mencipta  kejayaan . 
1. Kejayaan  untuk diri sendiri, 
2. Kejayaan  untuk keluarga, 
3. Kejayaan untuk bangsa dan 
4. Kejayaan untuk Agama. K
"Kejayaan membunuh saudara seagama anda yang menghulur dan membantu anda ketika anda dalam kesusahan adalah bersalahan dengan tuntutan agama Islam."
JIWA-JIWA INI TELAH KAMU KORBANKAN WAHAI MORO DAN SULU. APAKAH KETURUNAN YANG TERBUNUH INI AKAN MEMAAFKAN KAMU DIAKHIRAT NANTI?? AKAN TETAPLAH KAMU DINERAKA 'WEIL' SELAMA-LAMANYA TANPA PENGAMPUNAN DARI MANUSIA YANG KAU BUNUH.
                                       
Kamu berhelah  mengibarkan bendera putih dengan niat memperdaya lalu kamu bunuh mereka yang iklas diatas sifat kamu..hukumnya adalah 'HARAM'. Ingat ..'Bagaimana ?? Rasullulah s.a.w akan mengaku bahawa kamu adalah umatnya"? 

'"BERHELAH" BERTUJUAN  MEMBUNUH SAUDARA SEAGAMA KAMU ADALAH HARAM" '

Ikhlas dari ; Cahaya Al Majid

No comments:

Post a Comment