DEMI MALAYSIA YANG BERMARUAH : PATUTKAH KITA MENUKARKAN MEREKA INI DENGAN YANG LAIN |
Memandangkan akhir-akhir ini terdapat berbagai tomahan serta dakwaan berhubung individu-individu yang mewakili parti masing-masing membuatkan rakyat gagal membuat pertimbangan. Dakwaan-dakwaan yang dilemparkan oleh sesetengah pemimpin sering kali memeningkan pengundi. Siapa benar siapa salah tidak diketahui, hanya, dakwaan yang melebar. Jika benar seperti yang didakwa maka seseorang calon itu harus ditolak oleh orang ramai agar rakyat Malaysia dan Islam dipandang 'hebat' dimata semua. Jangan disebabkan 'kedungu'an seseorang, maka. kita mengundang malapetaka.
SEKIRANYA INI YANG DIDAKWA
Dakwaan mengenai Najib Tun Razak
Najib, Altantuya, Skandal Scorpene Kini "Hot" di Kanada dan Dunia
Sekiranya Rakyat mendapati Najib Tun Razak gagal menjalankan amanah yang dijunjung serta meminggirkan rakyat yang dipimpin serta didakwa melakukan berbagai kesalahan termasuk dalam isu-isu yang sensitif serta mengamalkan 'kronism' serta pilih bulu sebagai Perdana Menteri maka rakyat wajib menolaknya bermula dari Parlimen Pekan. Ini hanya berlaku sekiranya pengundi parlimen Pekan mendapati beliau tidak layak dan tidak berkarisma. Cara termudah untuk melupuskan Najib Tun Razak adalah dengan menolaknya didalam 'pertembungan' 5 Mei ini agar watak dan wajah beliau tiada lagi dipersada Kerajaan Malaysia.
SEKIRANYA INI YANG DIDAKWA
Liwat, China Doll Video, LGBT , Pro Zionist dan Kalimah Allah
Dakwaan Anwar Ibrahim sebagai pelaku aksi ini
Sekiranya rakyat mendapati dakwaan salah laku ini benar-benar dilakukan oleh Anwar Ibrahim sebagai individu yang berkeinginan untuk memegang tampuk jawatan Perdana Menteri, maka rakyat berkesempatan untuk menghapuskan 'sisi-sisi lucah' ini dari dipertontonkan kepada masyarakat dunia dan dikala ini rakyat berkesempatan untuk 'menguburkan' manusia yang bernama Anwar Ibrahim dari persada politik tanahair pada 5hb Mei ini . Sebelum Malaysia diketawakan oleh negara lain berhubung 'dakwaan' ini maka rakyat wajib menolaknya dari persada politik agar 'Melayu diMalaysia ini tidak diaibkan . Tetapi sekiranya rakyat beranggapan bahawa dakwaan ini adalah satu 'penipuan' atau 'copy paste' dan sanggup mengenepikan 'bukti video' maka rakyat Malaysia harus berani berdepan dengan masyarakat dunia untuk membela Anwar Ibrahim walau dengan cara apa sekali pun ini.
SEKIRANYA INI YANG DIDAKWA
Sekiranya benar seperti dakwaan sesetengah pihak bahawa Hj Hadi sanggup membenarkan 'khalimah Allah" digunakan oleh Kristian didalam Bible bahasa Melayu, maka, keseluruhan rakyat Malaysia berkesempatan untuk menguburkan 'hamba Allah' ini dari 'berdiri angkuh' dengan pandangannya. Sekiranya lebih lama Hj Hadi berada dipersada politik diyakini akan bertambah rosaklah 'akidah' umat Islam diMalaysia terutama kepada generasi akan datang. Sekiranya ajenda itu benar-benar dipandang remeh oleh kepimpinan PAS maka rakyat di Parlimen Ru Sila wajib 'mentalkinkan' watak ini semoga akidah anak cucu terjamin tetapi sekiranya beliau menafikan tindakan itu serta memohon maaf kepada seluruh umat Islam maka wajiblah beliau dipertimbangkan untuk jawatan yang lebih tinggi sekiranya diberikan peluang memerintah. Tetapi memandangkan ketidakboleh kepercayaan peribadi beliau yang selalu didakwa membuat berbagai 'fatwa' yang bertentangan maka tidak wajib beliau diberikan keutamaan dipersada politik Islam.
SEKIRANYA INI YANG DIDAKWA
Mengkafirkan orang lain, menyamakan Nabi Muhammad dengan kanak-kanak di Kelantan, Tuhan mencarut, membidaahkan sambutan Maulidur Rasul serta isu kalimah Allah, lebih baik iblis dari manusia, mendoakan keburukan untuk orang Islam
Mursidul Am Pas Hj Nik Aziz yang selalu didakwa mengeluarkan kata-kata yang berlawanan dengan kefahaman Islam dan Al Quran, selalu menimbulkan keresahan dihati rakyat terutama orang Melayu Islam. Dakwaan beliau yang bertentangan dengan kepercayaan arus perdana banyak dipersoalkan oleh ulama-ulama. Sekiranya dakwaan ini benar dan sahih maka wajib bagi rakyat 'memutuskan' atau 'merehatkan' Nik Aziz diatas sebab gagal berfikir secara 'baik' serta 'kegagalan' menyatukan ummah . Untuk kegagalan yang ditempah serta kegagalan mentabir kerajaan Kelantan sebagai sebuah negeri maju maka 'pencen' atau 'diberhentikan' dari jawatan sekarang. Tetapi sekiranya Nik Aziz berjaya menyatupadukan fahaman politik berbeza didalam sebuah rumahtangga atau keluarga maka wajib beliau meneruskan 'ajenda' ini. Tetapi apa yang dapat dilihat dan dihalusi, kehadiran Nik Aziz sebagai Pemimpin no.1 di Kelantan telah gagal. kecenderungan perbalahan sesama umat semakin ketara dan membimbangkan. Perpecahan serta persengketaan ideologi sesama bangsa amat ketara. Oleh itu rakyat 'berada diposisi yang terbaik untuk merehatkan watak ini agar beliau berkesempatan untuk membetulkan kesalahan diri sendiri . Rakyat merupakan 'hakim' terbaik untuk membolehkan insan ini berhenti. Jika segala dakwaan ini benar maka 'rakyat' bertaggungjawap untuk mendidik dan menghindar makhluk ini dari terus melakukan kesilapan dimasa hadapan.
JIKA DAKWAAN INI BENAR
Didakwa menentang Islam sebagai Agama Resmi dan memperlekeh institusi Raja Raja serta mempersoal 'hak Melayu".
Sekiranya benar dakwaan yang dibuat oleh makhluk ini, maka, wajib orang Melayu yang beragama Islam menentangnya tanpa memberikan sebarang undi kepada Parti yang diwakili. Rakyat atau orang Melayu wajib merehatkan atau memberhentikan terus watak ini dari 'melakukan' huha di Parlimen serta 'menyakitkan hati orang Melayu serta Islam, maka, pada kesempatan 5hb Mei ini, seluruh umat Islam harus menolaknya secara terangan. Apa yang dapat diperlihatkan tiada kebaikan langsung akan terpapar sekiranya watak ini masih diberikan kesempatan untuk berada di Perlimen. Kelantangan yang meyakitkan ini adalah bunyian sumbang ditelinga anak bangsa. Oleh itu 'haram' bagi umat Islam memilihnya atau pun parti beliau . Keangkuhan dan kesombonganya amat ketara, tetapi apakah sumbangan yang pernah ditabur kepada umat Islam atau Melayu sehinggakan Melayu perlu membalas budinya??
JIKA BENAR SEPERTI YANG DIDAKWA
Didakwa pencetus trajedi 13 Mei 1969 serta Kelantangan menolak ketuanan Melayu
Sekiranya benar seperti yang didakwa bahawa Lim Kit Siang adalah watak utama yang menyebabkan trajedi 13 Mei 1969 dimana pertumpahan darah atau pertembungan 2 kuasa politik tercetus. Difahamkan bahawa Lim Kit Siang merupakan watak utama atau arkitek yang mencetusnya insiden tersebut kerana kelantangan beliau menentang dasar-dasar pemerintahan Melayu. Sekiranya benar dakwaan ini, maka, rakyat Malaysia terutama orang Melayu harus menolak sepenuhnya 'watak' ini dari menghuni parlimen dan tentukan suara beliau tidak lagi kedengaran dinmana-mana ceramah politik tanah air. Dakwaan bahawa kefahaman beliau yang amat rasis dan memudaratkan 'perpaduan kaum' maka seluruh rakyat harus menolaknya demi kesejahteraan Malaysia dan bangsa Cina. Dengan kesempatan yang datang pada 5hb Mei ini diharap watak ini dapat dihapuskan dari persada arus perdana politik Malaysia. Olih itu sebarang undi orang Melayu Islam yang berkiblatkan kepada partinya adalah ' memudaratkan' dan haram hukumnya.
Catatan :-
Sekiranya kesemua watak ini amat menjengkelkan anda semua tolong tentukan kita atau rakyat melupuskan nama- atau wajah mereka dipersada politik Malaysia. Tolong tentukan kekalahan mereka sebelum bertanding dan kesempatan ini kita gunakan untuk membentuk Malaysia yang adil dan bertanggungjawap. Sekiranya benar semua dakwaan ini maka rakyat berkewajipan untuk menentukan satu hala tuju yang terang yang menjanjikan kesejahteraan semua.tanpa mereka bersama kita.
Ikhlas dari :- Cahaya Al Majid
No comments:
Post a Comment