AL QURAN ADALAH PANDUAN KU, SUNNAH ADALAH IKUTAN KU. ALLAH SWT ADALAH TUHAN KU
Tuesday, 7 May 2013
KUASA DITANGAN : APA TUNGGU LAGI: PIKULLAH AMANAH ITU DEMI MELAYU DAN KESEJAHTERAAN RAKYAT
Bismillah-hir-rahman-nir-rahim
Sudah empat hari berlalu, siapa pemerintah dan siapa pembangkang sudah diketahui. Tetapi perasaan ketidakpuasan hati pemimpin pembangkang terutama PKR yang mendalangi PAS dan DAP masih berkokok disana-sini. Ramai sudah maklum bahawa 'cybertroopers DAP" tidak berhenti-henti membuat 'provokasi' menyeru bangsa mereka agar berterusan memusuhi Melayu UMNO samaada melalui SMS mahupun media sosial untuk 'memarakan' semangat kebencian bangsa Cina terhadap pemerintah dengan harapan dapat mencetuskan 'perbalahan kaum' di Malaysia. Apa yang dicitakan olih 'cybertroopers' ini ialah agar 'kandungan ' yang nyatakan itu akan sampai ketangan Melayu dan sekali gus 'menaikkan' semangat orang Melayu untuk membenci dan bertelagah dengan Melayu PAS dan Melayu PKR . Tujuannya 'menupulasi' ini adalah untiuk Melayu 'berparang' sesama Melayu atau Islam berperang sesama Islam.
Namun diatas semangat Melayu yang 'berfikiran' waras dan berpegang kepada kepercayaan Islam semua itu dapat ditangkis dengan berhemah cuma mereka-mereka yang tidak 'berotak' saja yang berterusan atau menyambut 'permainan ' cybertroopers DAP' ini.
Didalam cubaan menjajah 'minda Melayu' diatas pagar ini, berbagai 'fitnah' dilontarkan terutama kepada Barisan Nasional dan SPR. Isu pengundi hantu dan isu dakwat kekal dijadikan bahan. Didakwa pula bahawa kerajaan mengimpot 'bangladesh' sebagai pengundi hantu sehinggakan isu ini diperbesarkan dimedia sosial. Bertubu-tubi isu ini dimainkan sehinggakan SPR atau pun kerajaan 'terlalai' atau 'terpengaruh' dengan tuduhan ini yang mengakibatkan ' status orang Cina dari China' yang berpuluh ribu samana GRO, pelajar mahupun peminta sedekah dari China serta beberapa negara lain yang berada di Malaysia ini berkemungkinan menjadi 'pengundi hantu' tidak diperhatikan olih SPR mahupun agensi lain. Kemungkinan ini tidak dapat kita tolak begitu saja kerana bebarapa faktor, ' rupa mereka yang sama, tidak fasih berbahasa Melayu dan sebagainya membuatkan 'kemungkinan' ini adalah besar berlaku. Pemerintah dan SPR harus meneliti 'kemungkinan' ini.
Walau apa pun yang terjadi , dengan keberkatan Allah SWT serta kepaduan hati orang Melayu yang cintakan tanah air, telah menyelamatkan 'air muka' atau ' maruah UMNO'. Walaupun mereka tidak menjadi ahli UMNO dan bersifat 'open' terhadap politik, namun didalam gelombang 'ketidak tentuan' politik dan sentimen kecinaan yang menebal dikalangan kaum Cina terutama apabila kaum ini mencampuri urusan Islam maka membuatkan Melayu yang cintakan Islam dan negara serta masa hadapan anak bangsanya, kerkesudahan Melayu 'memusatkan' undinya kepada Barisan Nasional. Itulah hakikat yang perlu ditelan olih pembangkang terutama PKR dan DAP tetapi sekalung tahniah kepada PAS yang bersikap 'gentleman' kerana menerima ketentuan Allah SWT ini.
Sebelum berlangsungnya PRU tempohhari, didalam 'post' saya, saya menyatakan bahawa 'ramainya orang didalam ceramah kempen' tidak semestinya menunjukkan 'kemenangan' ataupun sokongan. Tetapi hakikat ini tidak dapat diterima olih PKR terutama Anwar Ibrahim. Beliau menyangkakan bahawa dengan kehadiran ramai orang diprogramnya bererti beliau dan "pasukannya' diterima rakyat. Begitu juga dengan Najib Razak, berpuluh ribu kaum Cina menghadiri programnya, tetapi, keputusanya, Cina tetap menolak beliau namun Najib tetap akur dan menerimanya dengan hati terbuka tetapi kenapa tidak Anwar Ibrahim??Kenapa ?? Rakyat sudah bersuara dan menentukan arah tetapi kenapa masih mahu menentang ketentuan ini??
Berbalik kepada mandat yang diberikan Melayu kepada calon UMNO melalui Barisan. Kini Najib Tun Razak harus 'tegas' dan 'tidak memperlekehkan' kuasa yang diberikan olih orang Melayu UMNO untuk mentadbir serta menjaga negara ini. Najib sebagai ketua Negara yang di'undi' dan dimenangkan olih orang Melayu UMNO harus melakukan sesuatu demi keselamatan Malaysia serta 'menentang' habis habisan ' komplot' yang ingin menganggu gugat 'keamanan' serta keselamatan negara ini walau dengan apa cara sekali pun. Dengan amanah yang diberikan olih Melayu UMNO, diharap kali ini Najib tidak menghampakan orang Melayu sekali lagi. Segala penumpuan untuk menjaga agenda Melayu harus diberikan kepada timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menanganinya sementara Najib terus melakukan transformasi Ekonomi untuk Malaysia. Sekiranya didalam tempoh 6 bulan ini didapati Najib Tun Razak gagal melakukan 'transformasi' untuk agenda Melayu, diharap didalam perhimpunan agung UMNO yang akan datang, Najib diminta melepaskan jawatan sebagai Perdana Menter dan Presiden UMNO.
Sebelum perkara ini menjadi kenyataan diharap Najib Tun Razak dapat menterjemahkan 'undi Melayu' didalam barisan Kabinetnya. Diharap kali ini barisan yang ingin dinobatkan sebagai Menteri haruslah dari kalangan mereka-meraka yang benar-benar bersih dan menampakkan ciri -ciri kepimpinanya. Calon -calon Menteri yang didapati gagal berfungsi atau tidak mencerminkan kepemimpinannya serta berwibawa perwatakannya haruslah diketepikan walaupun dianya adalah suku sakat sendiiri.
Diharap sekali ini Najib berlajar dari kepedihan yang dicalar olih bangsa yang 'diagung-agunagkan' olih beliau. Seperkara lagi, tolong kurangkan exposure DS Rosmah kerana ini akan memudaratkan UMNO dan kami tidak mahu Kak Ros menjadi liabiliti kepada kepercayaan Melayu UMNO. Walaupun statement ini nampak keras tetapi perkara ini perlu ditegur demi kelangsung politik Melayu UMNO.
HENTIKAN PROVOKASI UNTUK MASA HADAPAN MALAYSIA
Ikhlas dari :- Cahaya Al Majid
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
sokong 100% cuma sampai saat ni provokasi yg dibuat oleh cina2 yg terang2 ni tiada tindakan dibuat,,,bila Melayu cepat kene,,,sampai skrg tertanya2.......................mana satu yg boleh dipercaya ni,,,,cth papagomo ditahan polis...
ReplyDelete