Wednesday, 8 May 2013

MAJLIS TERTINGGI UMNO GAGAL BERSUARA: PEMIMPIN BUAT SESUKA HATI : PADAH KEPADA PARTI


KEGAGALAN PEMIMPIN  YANG MEMIMPIN AKAN MENJURUS UMAT KEPADA  KEHANCURAN BANGSA.  ORANG MELAYU ISLAM  WAJIB BERANI 'MENEGUR' PEMIMPINYA SEKIRANYA TERSASAR 'JALAN'


                                                       Bismillah-hir-rahman-nir-rahim

                  AHLI UMNO PERLU BERTEGAS DENGAN PEMIMPIN ATASAN
                              AHLI MENGIKUT TELUNJUK SUDAH BERAKHIR
                      BUKAN MENYALAHKAN TETAPI UNTUK MEMBETULKAN

Pakatan Rakyat telah memulakan 'rally' besar-besaran di Stadium Kelana Jaya malam tadi bagi meraikan kekalahan" idola"  mereka yang bernama Anwar Ibrahim yang beria-iya untuk menjadi 'Perdana Menteri dan sekali gus 'meraikan' kejayaan Lim Kit Siang serta DAP didalam menjadi juara bagi ketiga-tiga sekutu ( DAP,PKR dan PAS)  mereka ataupun 'Boss".  Segala bentuk strategi, perkiraan serta maklum balas yang diterima sebelum berlangsungnya PRU 13 telah di'cai' dan 'disangka' bahawa Pakatan Rakyat akan 'menawan' Parlimen dengan kerusi yang selesa melebihi Barisan Nasional namun yang dilupakan olih manusia yang bernama Anwar Ibrahim ialah 'ketentuan' Allah SWT.  Walaupun Pakatan Rakyat menyangka bahawa perancangan mereka adalah hebat tetapi perancangan Allah SWT melebihi segalanya.

Perlu diingat, walaupun ribuan lautan manusia yang berjaya dikumpul olih Pakatan Rakyat untuk memenuhi 3 stadium bersaiz  Stadium Nasional Bukit Jalil untuk dipenuhi dengan  pengikut Pakatan Rakyat namun semua itu tidak akan merubah keputusan PRU 13 dan pembentukan Kabinet Barisan Nasional  . Walaupun pada  hakikatnya UMNO melalui Barisan Nasional serta Parti Bumiputra Sabah dan Serawak telah memenangi pilihanraya PRU 13 dengan 'handsome' sekali tetapi  perasaan terkilan masih terasa dihati dengan kekalahan MCA dan Gerakan serta terkurangnya kerusi MIC tetapi  semua itu dapat diterima olih Barisan Nasional yang dibuat  diatas nama 'domokrasi'. 

Kini UMNO menjuarai keseluruhannya .Tiada siapa dapat menafikan. Walaupun ramai muka menteri dan timbalan menteri 'tumbang' namun semua itu adalah lumrah dan menjadi  adat dalam pertarungan. Walaupun kita tahu bahawa kurangnya kerusi yang diperolehi olih BN adalah disebabkan penolakan kaum Cina terhadap barisan Nasional namun semua itu tidak mengoyahkan  kepimpinan Barisan Nasional terutama UMNO.

Tetapi sedarkah kita bahawa tidak secara langsung atau tanpa kita sedar bahawa Tuhan telah merencanakan sesuatu kepada kita terutama Melayu dan Islam didalam kemenangan yang 'memisahkan' ini. Samaada kita sedar atau sebaliknya petunjuk Tuhan adalah terang dan nyata. , Islam, harus mendemonasi kekuasaan ini melalui UMNO sementara bagi pihak pembangkang Melayu Islam merupakan suara minoriti dan kaum menolak Agama Allah adalah majoriiti.Dan pertembungan kini adalah diantara suara parti Melayu Islam UMNO  dan suara parti Bukan Islam  yang bersengkokol dengan orang Islam. Itulah hakikat dan scenarionya kini.

UMNO harus melihat kemenangan ini dengan 'mata hati' dan bukan dengan akal. Terang-terangan Allah SWT mengkehendaki bahawa keagungan Islam wajib  diutamakan terutama kepada  masyarakat Melayu Islam UMNO untuk diperkasakan di Bumi ini . Satu wadah perjuanganan berteraskan Islam wajib diutamakan demi kelangsungan Islam dan Melayu. UMNO harus memperbaharui 'perjalanan' ini dan bukan berjuang sekadar untuk 'menyedapkan' atau ' memuaskan' hati bukan Islam demi keuntungan kuasa. Diharap dengan 'penolakan kebaikan' yang disuakan kepada bukan Islam yang telah 'mencacatkan' perjalanan Barisan Nasional , diharap pemimpin UMNO kali ini mendahulukan Melayu Islam dan kaum Bumiputra lain didalam 'perekonomian' . Dan kami mengharapkan kali ini pemimpin Melayu UMNO terutama yang memegang tampuk iaitu Perdana Menteri serta menteri Kabinetnya akan dapat memainkan peranan yang lebih besar didalam 'mengilap' dan ' mendahulukan ' Melayu dan Bumiputra didalam segala urusan.

Umat Melayu Islam dari UMNO harus bersatu dibawah satu 'entiti' atau 'majlis " yang  wajib ditubuhkan bagi 'mengawal selia' perjalanan  pemimpin tertinggi ini. Kita tidak lagi mahu Pemimpin tertinggi yang dilantik melakukan sesuka hati tanpa dikawal perjalanannya . Kita mahu pemimpin ini berjalan 'berpandukan' kepada apa yang digariskan olih ' Majlis Melayu Islam' ini yang berpandukan kepada 'etika Islam" . Walaupun ini menampakkan menyusahkan tetapi tindakan ini adalah perlu bagi menjamin kedudukan  'Melayu Islam' dan 'perekonomian' untuk masa hadapan anak bangsa bernama Melayu dan Bumiputra. Kita perlukan 'cendekiawan  Melayu Islam serta  golongan anak-anak muda' yang berpandangan jauh serta berkeperibadian beragama'  serta tidak "ektremis"  menganggotai majlis ini. Diharap 'Majlis" ini dapat memantau perjalanan 'Pemimpin Melayu" serta menjadi 'kumpulan Pengimbang' didalam kepimpinan Melayu untuk masa akan datang.

Kini kita tidak lagi bolih bergantung  kepada 'rakan' didalam Barisan Nasional untuk menentukan agama Islam di'junjung'. Kebergantungan  kepada kaum ini dimasa lampau tidak lagi 'relevan' malahan 'merosakan'. Tolak ansur yang diberikan dahulu nampaknya 'memakan' diri Barisan Nasional. Olih itu pengalaman sebelum PRU 13 wajib dijadikan teladan dan iktibar.

Untuk menjamin kelangsungan serta mengekalkan kuasa Melayu dan agama Islam diletakan ditempat yang paling tinggi , maka, perubahan ini perlu dilakukan dengan kadar segera .Sekiranya diizinkan , saya menjemput semua pembaca ruangan ini dapat menghantarkan maklum balas kepada blog ini agar kita sama-sama berjuang demi Islam dan Bangsa Melayu atau Mim untuk era Melayu Terakhir Yang Berkuasa di Bumi pilihan Allah.

                      Diharap ruangan ini dapat dipanjangkan kepada para-para sahabat.

                                                   Ikhlas dari :- Cahaya Al Majid


1 comment:

  1. Gerak Saraf Untuk BN

    1.Pengundi Hantu

    BN buat rayuan undi semula dikawasan parlimen yang Pakatan menang dengan majoriti kecil dan mereka kecoh ada pengundi hantu spt Lembah Pantai
    http://malaysianreview.com/2013/05/05/keputusan-pru13-parlimen-lembah-pantai-12-myanmar-dan-bangladesh-ditahan-pengundi-hantu/
    Pilihanraya kecil terbukti BN boleh menang, jangan takut, bagi pengajaran sikit.

    2.Ketua Pembangkang

    BN propa agar DAP diberi ketua pembangkang
    http://belantan.blogspot.com/2013/05/anwar-kekal-teraju-ketua-pembangkang.html?showComment=1367993829994
    Biar puak melayu Pakatan tengok dan rasa seronoknya berketuakan DAP.

    3.MB Selangor

    BN propa agar DAP diberi MB Selangor. Ng Suee Lim pandai berbahasa Jawa, kalau perlu masuk jawikan.
    http://www.youtube.com/watch?v=-WzDz1eHbIg
    Biar puak melayu Pakatan tengok dan rasa seronoknya berMBkan DAP. Dah rasa baru tau.

    4.Buy Malay

    5.3 juta pengundi BN ( 3.9j Bumi/pribumi, 0.8j india, 0.6j cina) layak BRIM.
    Kalau bagi RM tentu habis ke kedai bukan bumi. Jadi BRIM RM600 ditukar RM50/bln
    dalam bentuk 2 kampit beras BERNAS 10kg/bln di agih melalui wakil rakyat/cawangan
    supaya hubungan pengundi sentiasa tidak putus tiap bulan hingga pru14 dengan wakil BN.

    5.Hapuskan Subsidi Makanan

    Subsidi makanan 3 billion setahun dihapus bagi mengekalkan BRIM 5.3j x RM600 = 3.18b
    Jadi subsidi ini yang sebelum ini tidak sampai ke matlamat kerana diseludup, dapat sampai kerakyat.

    6. Subsidi lain yang boleh dihapus 74b

    http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0609&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_01.htm
    Harga keperluan akan naik, tapi tidak bagi pengundi BN kerana mereka dapat subsidi itu secara terus.
    74b / 5.3j pengundi / 12 bln = RM 1200/bln bagi setiap pengundi BN.
    RM 1200 ini juga diberi dalam bentuk komoditi. Untuk mendapat RM mereka perlu menjual kepada baki penduduk 30j - 5.3j = 24.7j.
    Penduduk bandar mungkin mengambil beras, tepung, gula, susu dll. Penduduk kampung pula mengambil lembu, kambing, ayam dll.
    Jaringan penduduk bandar dan penduduk kampung ini akan membentuk rakan niaga.
    Mereka perlu diingatkan bahwa komoditi ini percuma hingga PRU14, selepas PRU14 mereka akan menjadi agen kepada BERNAS, NFC,
    dll serta perlu membayar komoditi ini pada harga agen bila bantuan ini dikurangkan secara perlahan. Tahun pertama lepas PRU14
    mungkin perlu bayar RM250 untuk komoditi RM1200 ini, meningkat RM250 tiap tahun hingga tahun keempat dan seterusnya RM1000 bagi komoditi RM1200 yang sama ini. Tiadalah monopoli seperti kedai 1M.
    BANTUAN INI HANYA HINGGA PRU14, KERANA GOLONGAN INI TELAH DIDIDIK NIAGA DAN DAPAT BERDIKARI SELEPAS PRU14.
    MEREKA PEMEGANG EKONOMI BARU DAN PEMEGANG EKONOMI LAMA PUPUS.

    ReplyDelete