LANGIT CERAH UNTUK MELAYU ISLAM YANG DIDAMBA |
SalamunAlaykum
Hari ini saya ingin membincangkan apa yang saya rasakan akan berlaku terhadap kedua-dua watak yang disebut serta masa hadapan UMNO dan Malaysia.
Serba sedikit Perjalanan Dato' Seri Najib Tun Razak
i. Perjalanan Najib sebagai Perdana Menteri akan tiba dipenghujung selewat-lewatnya pada pertengahan tahun 2014.
ii. Gerakan bertubi-bertubi didalam UMNO sendiri akan mendesak Najib untuk melepaskan jawatan.
iii. Punca gerakan ini bersuara adalah disebabkan kegagalan Kabinet yang dilantik beliau yang tidak menepati cita rasa orang Melayu
iv. Kegagalan Najib didalam memertabatkan golongan Melayu serta tuntutan orang Melayu, membuatkan orang Melayu terutama UMNO memboikot program Najib
v. Sikap berlembut serta mengutamakan kaum Cina akan membuat orang Melayu secara terangan membantah Najib.
vi. Ketiada serasian diantara hala tuju serta perjuangan Najib dan Muhyiddin menjadi ketara.
vii. Najib akan melepaskan jawatan diatas alasan 'ketidak tentuan kesihatan' dirinya.
Perjalanan Dato Seri Anwar Ibrahim
i. Gelombang penentangan berlaku terhadap tindak tanduk Wan Azizah terhadap perlakuan Anwar akan mengegarkan negara.
ii. Kisah sebenar peribadi Anwar akan 'memecah' Malaysia .
iii. Gelombang perpecahan didalam PKR akan meletus dan terpecah kepada 2 kumpulan.
iv. Perlakuan sikap buruk Anwar akan mengegarkan perpaduan PKR,PAS dan DAP
v. Anwar akan diminta mengundurkan diri dari menerajui PKR dan Pakatan
vi. Anwar akan tersisih dari sahabatnya .
vii. Ketua Pembangkang akan disandang olih DAP
viii. Perpecahan dan perbalahan sekutu berlaku . Pakatan membawa haluan masing-masing.
Masa hadapan Malaysia.
UMNO akan lebih kukuh dibawah kepimpinan baru iaitu Muhyiddin Yassin. Walaupun kaum Cina menentang corak 'baru' yang diilhamkan olih Muhyiddin Yassin dan diterapkan didalam UMNO dan dipadukan didalam Barisan Nasional membuatkan kaum Cina gerun dan cemas dengan 'pendekatan' terbaru dan keberanian' Muhyiddin Yassin.
PAS amat teruja dengan corak dan bentuk 'perjalanan' yang dibawa Muhyiddin Yassin dan PAS akan bersahabat dengan UMNO tetapi tidak bersama.
Perjuangan Muhyiddin disokong penuh seluruh orang Melayu. Kebimbangan Melayu hilang kuasa tidak lagi menjadi topik perbualan.
Kaum Cina sedikit demi sedikit menerima pendekatan Muhyiddin.
Corak pemerintahan Islam Muhyiddin diterima rakyat. terutama golongan muda.
Kronologi kejatuhan Najib
Satu nama dan watak yang hebat yang terlakar didalam persada politik Malaysia yang mewarisi legasi ayahandanya iaitu Tun Abd Razak, Perdana Menteri Malaysia yang kedua. Karier politik beliau bermula apabila ayahandanya 'pulang ke rahmatullah' dan dari saat itu beliau diangkat untuk menyarung 'jersi' UMNO bagi mengenang jasa dan bakti budi Tun Razak walaupun pada ketika itu usia beliau masih lagi diawal dua puluhan. Itulah sejarah awalnya.
Setelah berlalunya PRU 13 dengan keputusan yang agak memeranjatkan walaupun dikatakan jumlah undi yang diraih olih Barisan Nasional bertambah serta kejayaan 'menawan' semula Kedah dari tangan pembangkang namun semua itu tidak memadai kerana Barisan Nasional kehilangan 'pengundi Cina' dari parti MCA dan Gerakan secara besar-besaran dan ini mengundang berbagai-bagai persepsi dikalangan rakyat Malaysia. Kredabiliti Najib mengetuai Barisan Nasional mula dipertikaian terutama olih masyarakat Melayu dimana sebelum ini Najib didapati terlampau teruja dengan kaun Cina dan mendambakan 'undi' kaum ini.
Berbagai-bagai keperluan kaum Cina dipenuhi termasuk 'tuntutan' dari Dhao Zong, iaitu sebuah Pertubuhan Pendesak Kaum Cina, yang dilihat terlalu menekan Kerajaan Barisan Nasional. Namun semua itu 'meninggalkan' kesan yang amat dalam terutama disegi emosi dan perasaan bangsa melayu terhadap 'kelembutan' Najib didalam melayan kerenah kaum Cina. Disebabkan terlampau yakin akan kaum Cina menyokong kepimpinanya terutama MCA dan Gerakan serta Persatuan Cina yang lain serta kaum India , maka, jamuan besar-besaran diadakan dibeberapa lokasi seperti di Pulau Pinang, Perlabuhan Kelang serta Seremban. Benar, beribu-ribu bangsa Cina menghadirinya jamuan itu yang dianggarkan menelan belanja yang tinggi Walau bagaimana , jumlah yang datang untuk program tersebut tidak bolih dijadikan ukuran sokongan kaum ini terhadap Najib terutama Barisan Nasional. Benar, setelah keputusan PRU13 diumumkan dan dianalisa, didapati 97% kaum Cina 'menolak' Najib ketepi. Tetapi yang paling menyakitkan hati orang Melayu tiada satupun program makan besar-besaran dilakukan kepada Melayu terutama orang UMNO sendiri. Pilih kasih ini amat dirasakan olih orang Melayu. Bukan Melayu tidak cukup makan atau 'lahap' dengan makan free Najib, tetapi, ingatan Najib kepada Melayu tidak seperti mana beliau 'mengingati' Kaum Cina. Itulah perangai Najib yang paling ketara dan menguris hati Melayu. Benar, Najib banyak melawat kawasan Melayu tetapi kenapa 'event' yang dibuat atau dihadiri olih kaum Cina berbeza dari segi pengisian dan 'ajenda" atau adakah kerana 'perhimpunan Cina' akan disertakan dengan 'derma' kaum Cina kepada pertubuhan pertubuhan tertentu?
Kebangkitan golongan muda yang berjuang diatas nama Islam menjadi 'duri' dalam daging terhadap corak kepimpinan Najib.
Faktor Datin Seri Rosmah menjadi 'ancaman' kepada kepimpinan UMNO.
Ketidak tentuan 'misi' Najib didalam mencari rencah 'penyatuan rakyat' memberi implikasi berat terhadap Barisan Nasional.
Ikhlas dari : Cahaya Al Majid
Bro...
ReplyDeleteAku tak kesah pasal makan besaq untuk orang Malayu...
Orang Malayu tak jadi kaya sebab makan besaq tu...
Cukup bagi aku kalau kerajaan dapat bantu 1000 orang usahawang Malayu setahun...
Sampai jadi jutawang...
Mana cukup dua tiga orang Malayu jadi billionaire...
Kalau Malayu yang lain miskin...
Bagi aku setiap seorang billionaire Malayu...
Sekurang-kurangnya musti ada 1000 orang jutawang Malayu...
Alah kalau seorang usahawang NFC boleh bagi softloan RM250,000,000...
Dah tak daya nak urus senang-senang nak suruh kerajaan bailout...
Apa salahnya pulak kalau bagi softloan RM1,000,000 seorang kepada 1000 usahawang Malayu setahun...
Jumlahnya baru RM1,000,000,000...
Cukup 5 tahun insya Allah kita akan ada 5000 jutawang Malayu...
Kalau 1 usahawang mewakili 1 keluarga 5 orang...
Kerajaan dah tak perlu fikirkan sangat kebajikan 25,000...
Patutnya depa mampu berdikari dengan modal softloan tadi...
Ke guane bro?
Sala Bro. Saya setuju sepenuhnya apa yang saudara utarakan. Kerajaan kini yang diterajui olihUMNO harus memikirkan jalan bagaimana untuk melahirkan ratusan jutawan atau berbelas billionair Melayu untuk alaf akan datang. Saya berpendapat sekiranya ajenda Melayu ini tidak diutamakan..Najib aharus digantikan dengan pemimpin Islam yang lain. Melayu perlu berani bersuara seperti kaum Cina dan India.. Cina bersuara melalui Persatuan Cina, India melalui Hindraff dan kita Melayu7 apa lalulan kita ada?? Politik??Melayu kena cari satu alternatif lain untuk memperjauangkan haknya.Bersatu kita untuk kearah ini demi 'anak Melayu".
ReplyDelete