Thursday, 20 June 2013

BINTANG "BRUTAL" UMNO MENYINAR ; 'KERUSI' BADAN SUKAN DAN MULA PANAS: 'SPRM' BILA NAK MASUK???

JANGAN PEDULIKAN APA ORANG CAKAP. KINI KAU ADALAH MENTERI KBS ; TOLONG CUCI SEMUA PERSATUAN SUKAN   YANG BERLAGAK LEBIH SUDU DARI KUAH.  HANYA MENTERI YANG LANCANG MULUT MACAM INI AKAN  DAPAT MERUBAH  KEPIMPINAN. UMNO  DAH  KETANDUSAN PEMIMPN .
 PEMUDA UMNO PERLU BRUTAL

SalamunAlaykum

Hari ini saya ingin memperkatakan mengenai Menteri Belia dan Sukan yang telah saya nyatakan kemenangan beliau  sebelum PRU 13 bagi  kerusi Parlimen Rembau dengan majoriti yang bergaya dan sekali gus  dinobatkan sebagai Menteri didalam Kabinet Najib.  

Perwatakan beliau iaitu KJ selaku ketua kepada Pemuda UMNO Malaysia sebelum PRU 13 dikata sebagai 'kitol' olih sesetengah blogger samada dipihak UMNO mahu pun bukan UMNO. Kemungkinan kiash lama yang menjadi dendam kesumat sesetengah pihak terhadap KJ yang sememangnya bermentuakan Pak Lah dilihat sebagai 'ancaman' kepada sesetengah pihak , mecuba menarik KJ untuk dilemaskan didalam 'longkang politik' UMNO terutama Pemuda. 

 Berbagai-bagai cerita 'kebusukan' direka cipta untuk mencalar watak ini, terutama apabila watak ini secara mendadak melonjak kedudukannya dipersada utama kepimpinan Pemuda UMNO. Olih itu kehadiran beliau yang dinobatkan Ketua Pemuda mula dipertikaikan disetiap pelosok. Segala gerak geri beliau yang dilihat 'mencurigakan' olih pesaingnya, akan  diketengahkan dan dijadikan isu. Tetapi semua itu berlalu ditiup angin tanpa meninggalkan kesan dan kudis terhadap diri KJ.

Perlu kita beri perhatian, siapakah diantara pemimpin Pemuda yang lantang bersuara dan apabila sesuatu tindakan dilakukan maka 'teguran atau tindakan' itu akan diberikan perhatian olih masyarakat? Tidak lain dan tidak bukan, KJ lah orang nya. Siapakah pemimpin Pemuda yang paling menonjol dan diberikan 'tumpuan'  apabila 'terdapat' sesuatu isu? Hanya KJ. Dimana suara -suara yang lain, walaupun Dato Mukhris Mahathir ketika itu bergelar Timbalan Menteri mendahului KJ dipersada Kabinet Perdana Menteri, namun, suara Mukhris jarang kedengaran 'membelah udara' kecuali yang melibatkan Kementerianya saja.

Kemungkinan kelantangan suara dan tindak tanduknya yang tidak sealiran dengan senior UMNO dan sesetengah kepimpinan Pemuda membuatkan beliau tidak  digemari dan dipandang serong dan diri beliau jadikan 'subjek' untuk dikritik sesuka hati. Begitulah nasib watak yang berbapakan orang  Rembau ini.

Selari dengan jawatannya sebagai Menteri Belia  dan Sukan, beliau wajib menegur atau memberi komen terhadap bidang sukan di Malaysia yang sememang berada didalam bidangkuasa beliau. Samaada beliau menegur atau memberi pandangan secara peribadi  atau atas kapisiti Menteri , setiap perkara wajib diperhalusi dan dipertimbangkan. Isu baru-baru ini, beliau menegur FAM diatas kekalutan yang melibatkan bolasepak diantara Johor dan Pahang , namun teguran itu dijadikan isu olih sesetengah pihak terutama badan induk FAM. Apakah menteri yang bertanggngjawap harus mendiamkan saja 'kejadian mengaibkan' yang mengegar dunia bolasepak Malaysia?? Siapa yang lebih berkuasa Persatuan ke Kementerian??Walaupun kita tahu, kegagalan FAM berganda-ganda.

Walaupun KJ iti dilihat masih muda dan 'hijau' dalam Jawatan yang dipegang, namun, keperihatinan beliau selaku Menteri KBS terhadap perkembangan bolasepak tidak harus diperlekehkan. Kalau orang muda tidak diberikan 'kepercayaan' bagaimana kita hendak mengilap pelapis pemimpin untuk masa akan datang? Walaupun kita lihat tindak tanduk beliau seakan tidak sealiran dengan perjalanan Perdana Menteri, tetapi itulah yang diperlukan ?melakukan sesuatu bukan atas kapisiti 'membodek' tetapi  berdiri diatas 'kepercayaan' diri sendiri. Jarang kita lihat kepimpinan Pemuda yang ada masa kini yang 'berani' serta menonjol seperti KJ. Kita tidak inginkan pemimpin yang senyap sunyi yang hanya mengikut 'rentak' untuk menyelamatkan 'tengkok' saja.

Kini UMNO dan pemuda harus akur bahawa Pemimpin pelapis yang menonjol ketika ini dan yang selalu diberikan perhatian ialah KJ. Mungkin idea atau tindakan beliau agak 'menonjol' dan 'menjolok' telinga orang UMNO, tetapi itulah yang kita inginkan. Sifat beginilah yang tidak ada dikalangan pemimpin pelapis, yang ada, hanya 'kaki  "ampu -bodek".

Walaupun rata-rata orang UMNO dan pemuda yang dengki terhadap beliau, menganggap KJ gagal membawa pemuda mengundi BN, tetapi semua harus mengerti bahawa, kegagalan tersebut bukan berpunca daripada KJ tetapi kegagalan itu berpunca dari jentera BN yang gagal mendekati orang muda dimana 'strategi' yang diatur kepimpinan "yang gagal.".

Kalau kita tidak memberikan kepercayaan kepada orang muda seperti KJ untuk mencorakkan perjalanan dimasa hadapan, siapa lagi  selain KJ yang pemuda UMNO  miliki untuk bersuara bagi mewaili suara jenerasi muda??Kalau kita ingin letakkan kebergantungan ini kepada Dato' Mukhriz, saya berpendapat, Pemuda tidak akan kemana kerena Dato' Mukhriz mempunyai ajenda yang lagi besar apabila kini beliau berjawatan Menteri Besar .Masaalah yang dihadapi nya lagi besar dan bertimpa-timpa , olih itu untuk menerajui atau berjuang bersama Pemuda , keterbatasan menyebelahinya. Olih itu lupakan Dato Mukhriz, biarlah beliau 'berjuang' untuk menentukan Kedah tetap dibawah BN pada PRU 14.

Pemuda tiada pilihan lain kecuali KJ. Pemuda bolih menaruh harapan terhadap KJ walaupun beliau tidak disukai olih kebanyakan cybertropper UMNO dan BN, tetapi apa yang penting KJ harus mara dan perjuangkan ajenda Melayu dan UMNO, inshaallah, sampai waktu dan ketika, puak-puak ini akan menyokong anda. Teruskan ajenda anda.

                                    Biar dikecam biar dicaci ..waktu menanti anda


Nota :- Tun Dr Mahathir juga melalui prasa yang menyakitkan untuk  kepersada tertinggi UMNO. 

                                              ikhlas dari :- Cahaya Al Majid

1 comment:

  1. http://dukeofumno.blogspot.com/2013/06/ni-ke-amoi-cina-dap-yang-jadi-press-sec.html

    ReplyDelete