HALATUJU YANG MENYESATKAN. ADAKAH ANDA SALAH SEORANG DARI MEREKA?? |
BAHAGIAN 1
Bismillah-hir-rahman-nir-rahim.
Kali ini saya ingin membincangkan tentang kemana halatuju 3 kelompok utama orang Melayu yang beragama Islam yang dikatakan berjuang atas nama Islam. Dua darinya berteraskan politik dan satu berteraskan ' persendirian dan berjemaah ' .Ketiga-tiga entiti tersebut, secara jelas mendakwa perjuangan mereka berlandaskan Islam dan berjuang untuk memertabatkan Islam mengikut acuan gerakan masing-masing. Samaada perjuangan itu benar-benar ikhlas kerana Islam atau sebaliknya kita serahkan kepada yang ramai untuk menilainya. Dibawah ini akan saya cuba menterjemahkan perjalanan ketiga-tiga kumpulan tersebut yang dapat saya perhalusi melalui pandangan peribadi saya.
Pertubuhan Melayu berteraskan politik
UMNO
ADAKAH PERJUANGAN UMNO MEMERTABATKAN ISLAM SERTA MENGIKUT AL QURAN DAN SUNNAH |
Perkumpulan diatas ditubuhkan olih orang-orang Melayu didasarkan untuk berjuang atau menentang penubuhan Malayan Union yang dicadang olih British serta membebaskan cengkaman British terhadap Tanam Melayu serta mencapai kemerdekaan daripada Kerajaan British . Ahli Pertubuhan ini dianggotai olih orang-orang Melayu yang beragama Islam dan besar kemungkinan ajenda utama mereka bukanlah untuk memertabatkan agama Islam tetapi lebih menjurus kepada keinginan untuk membebaskan Tanah Melayu dari cengkaman British .
Pertubuhan yang dilahirkan ini lebih menjurus kepada perjuangan politik dan memertabatkan kaum Melayu dari dihimpit kemiskinan. Semenjak dahulu sehingga kini hala tuju pertubuhan ini amat terang dan nyata iaitu 'mengekalkan' 'kuasa politik' ditangan Melayu. Walaupun UMNO sudah menjangkau umur melebihi 60 tahun, namun, kalau dilihat secara jelas, Islam sememangnya menjadi tunggak kepada ahlinya, dan, didalam kerangka perukunannya juga meletakkan Islam sebagai rukun kepada perjuangannya.
Menobatkan Islam sebagai ajenda, bukanlah bermakna, petubuhan ini mempertahankan Islam seperti sepatutnya tetapi lebih menjurus kepada 'gagasan' Islam mengikut 'corak dan warna' yang dilukiskan olih pucuk kepimpinannya. Islam yang dicorakkan olih UMNO lebih menjurus kepada Islam yang mengikut kehendaknya dan bukan Islam sebenar Islam mengikut Al Quran dan Sunnah. Didalam pemilihan kepimpinannya juga tidak berlandaskan kepada aturcara Islam. Sistem yang diikuti lebih menjurus kepada sistem yang digunapakai olih 'barat' iaitu ' demokrasi'. Sistem mengikut peraturan Islam iaitu pemilihan secara 'kepimpinan terpileh' atau " kekananan" didalam hieraki pemilihan yang berlandaskan kepada sistem ke 'khalifah serta taat' kepada agama Islam, tidak dipraktikan sama sekali. Olih itu untuk 'menobatkan' pertubuhan' ini sebagai mengikut syariat Islam adalah tertolak sama sekali.
Walau bagaimanapun ahli-ahlinya adalah beragama Islam dan mengambil Islam sebagai jalan hidup serta mendakwa perjuangan mereka lebih menjurus kepada menyatukan ahli-ahli terutama orang Melayu mengikut peraturan pertubuhan yang digariskan olih kepimpinan terdahulu.Dan pada dasarnya pertubuhan ini mendakwa bahawa 'memertabatkan dan menyatukan' Islam adalah matlamatnya. Namun apa yang dapat dilihat "kerangka' dan 'matlamat' pertubuhan ini untuk menyatukan umat Melayu beragama Islam ternyata gagal.
Didalam pertubuhan itu juga mereka 'berbalah' sesama sendiri seakan akan tiada persamaan, namun disebabkan 'kelebihan perekonomian' yang dikuasai golongan-golongan tertentu didalam pertubuahn ini menampakan seolah-olah mereka bersatu tetapi pada "bhatinnya" mereka bertelagah.Bersatunya mereka adalah kerana 'wang ringgit' dan bukan pada 'perjuangan' Islam sebenar seperti yang digariskan didalam Al Quran.
Sifat kasih mengasihi sesama insan nampaknya tidak menjadi ajenda didalam pertubuhan ini.Perjuangan yang nyata hanyalah mengejar 'kekuasaan' dan ' menjatuhkan' apabila keperluan. Perbedaan pandangan dikalangan ahli kepimpinan pertubuhan ini 'disorokan' dari pengetahuan ramai namun sekali sekali 'perbedaan' ini meletus apabila tidak dapat dibendung. Contoh paling nyata dan tidak terselindung ialah apabila terdapat pemilihan parti, samada diperingkat cawangan, bahagian mahupun majlis tertinggi. Pelbagai kepincangan, keburukan,cucuk mencucuk, fitnah memfitnah, rasuah serta bermacam-macam lagi akan terpacul dan terdedah dimata umum dan ahli. Kepincangan peribadi, kegagalan diri dan sifat tamak akan menjadi perbualan dikalangan mereka, semata-mata untuk meraih 'undi pemilihan'. Adakah sifat ini bertepatan dangan 'kehendak Islam'.
Ajenda utama pengikutnya tertumpu kepada 'mencalonkan' ketua atau pemimpin mereka keperingkat tertinggi pertubuhan walaupun , dikalangan calon tersebut didapati secara terangan menyalahi syariat Islam dan bersalahan dengan etika Islam namun semua 'wayang' tersebut seolah-olah bersih bagi mereka. Terdapat berbagai-bagai salah laku yang melibatkan soal moral dan intregiti seseorang, namun, kesalahan itu terpadam dan terhapus sama sekali dan mereka-mereka ini dipilih juga dan diberikan 'makam tertinggi' dipertubuhan itu.
Penyalahgunaan kuasa, rasuah, judi.zina dan bermacam-macam lagi kesalahan tetap berada dikalangan kepimpinan namun kesemua kesalahan ini tidak membataskan mereka untuk terus diberi kuasa olih ahli-ahli . Olih itu kebersihan peribadi individu-individu ini secara mutlak telah tertolak dari garisan Islam yang sebenar. Kebersihan diri dari melakukan 'perkara mungkar' tidak memberi impak atau kesan kepada pemilihan seseorang untuk dipilih sebagai 'pemimpin' namun 'kakayaan' serta 'ringannya tangan menghulur" adalah kriteria yang menentukan 'kejayaan' seseorang ke puncak.
Keberanian berjuang 'menongkah arus' didalam pertubuhan ini akan dilabel sebagai 'pengkhianat' walaupun ajenda yang ingin diperjuangkan itu adalah kebenaran. Namun disebabkan 'kekotoran' lampau peribadi seseorang , maka 'senjata' ini akan digunakan untuk menekan atau memerangkap supaya individu' ini dijadikan 'pak turut' atau ' yes man' atau 'terkumpul dikelompoknya" supaya mudah di 'ajendakan olih puak-puak tertentu'.
Kekeliruan didalam memperjuangkan Islam serta memertabatkan Islam mengikut Al Quran dan Sunnah nampaknya amat jauh tersasar . Kegagalan ini amat ketara dan membimbangkan. Walaupun 100% kepimpinan pertubuhan ini beragama Islam namun 'hala tuju' didalam 'menjati dirikan" ahli-ahlinya sebagai orang Islam yang berpegang teguh kepada ajaran Rasullulah s.a.w nampaknya jauh menyimpang serta amanah yang diberikan olih ahli-ahli sentiasa di'cabul' dan 'dikhianati'. .
Amanah yang diberikan rakyat, terutama dari orang Melayu dan Islam hanya pada luaran.
Kepimpinan yang ditonjolkan hanyalah pakaian 'luaran' Islam dan bukan Islam pada hakikat.
---BERSAMBUNG--
"APABILA ILMUAN BERSUARA"
"Saya kata pada Najib, Datuk Seri, perpecahan Melayu sebab kerajaan ini cukup lemah, tak amanah dan rasuah," kata Harussani Bercakap dalam wacana "Ulama dan Politik" di Shah Alam hari ini, Harussani berkata sebagai orang yang tidak berparti, beliau telah mengambil pendekatan itu sejak zaman Tun Razak Hussein lagi.
Pada zaman Abdullah pula, mufti paling kanan di Malaysia itu berkata, beliau pernah tiga kali menasihatinya tetapi semuanya ditolak.
Ikhlas dari :- Cahaya Al Majid
No comments:
Post a Comment