PANDAI TAK BOLIH DIAJAR BODOH TAK BOLIH DIIKUT |
SalamunAlaykum
Pertubuhan Melayu berteraskan Politik
Dalam bahagian pertama saya membicarakan tentang UMNO . Kini saya akan paparkan pula perihal parti politik yang dikenali sebagai Parti Islam Semalaysia (PAS). Sepatutnya parti ini menggunakan singkatan PIS ( Parti Islam Semalaysia) tetapi tidak dipastikan kenapa pula parti ini menggunakan singkatan PAS. Walau apapun samaada perkumpulan ini menggunakan PIS atau PAS ianya tidak membezakan sama sekali.
Kemunculan PAS dalam sejarah politik tanah air telah bermula semenjak 23 Ogos 1951 apabila para ulamak yang bersidang di Kuala Lumpur bersetuju menubuhkan sebuah persatuan yang dinamakan Persatuan Ulamak Se-Malaya. Nama persatuan ini kemudiannya diubah menjadi Persatuan Islam Se-Malaya (PAS) pada 24 November 1951, dalam satu persidangan ulamak Malaya di Bagan Tuan Kecil (Butterworth), Seberang Prai. Itulah sekelumit permulaan sejarah PAS yang diasaskan oleh para ulamak yang kemudiannya berkembang menjadi sebuah pertubuhan politico-dakwah yang penting di negara ini.
Walaupun pada suatu ketika PAS bernaung dibawah UMNO namun disebabkan berlainan pendekatan, maka perkumpulan ini membawa hala tuju sendiri didalam perjuangan mereka. PAS menjadi sebuah pertubuhan politik Islam yang memperjuangkan kemerdekaan melalui landasan demokrasi ke arah membentuk sebuah negara yang diredhai Allah. Para ulamak menolak bentukbentuk perjuangan yang diasaskan berdasarkan ideologi ciptaan manusia yang dibawa masuk oleh penjajah.
PAS memasuki era baru dalam politik negara apabila PAS mula meneroka kerjasama dengan Umno bagi menjamin kestabilan politik negara, mengekalkan ketuanan Melayu dan menyerapkan Islam dalam pemerintahan. PAS menyertai beberapa parti lain telah membentuk Kerajaan Campuran PAS-Perikatan pada 1973, kemudian sama-sama mengasaskan Barisan Nasional (BN) pada 1974.
Begitulah serba sedikit berhubung latar belakang PAS yang sempat saya olah. Kalau dilihat sedari dahulu sememangnya Parti ini lebih menjurus kepada 'pembentukan sahsiah Islam' mengikut lunas lunas yang ditetapkan Islam. Perbedaan pendapat serta berbeza kecendorongan fahaman telah membuatkan PAS tidak selari didalam menegakan Islam yang diwar-warkan.
Kini pada era Nik Aziz yang bertindak sebagai Mursidur Am Pas menampakkan kecondorongan menghentam serta memperlekehkan orang Islam lain yang tidak sealiran dan sependapat dengan mereka terutama dari kalangan orang UMNO . Segala bentuk makian, kejian dari Pas semakin menjadi-jadi. Berbagai-bagai tuduhan dilemparkan kepada parti lawan walaupun umat ini berpegang pada Mahzab yang sama iaitu Shafei atau Ahli Sunnah Wal Jamaah. Kepimpinan Pas secara lantang menentang perjuangan UMNO yang dikata 'mengangkat Islam", yang pada pendapat PAS, Islam tajaan atau bawaan UMNO adalah menyalahi tuntutan Islam. Disebabkan perbezaan ini PAS telah menuduh UMNO sebagai 'sesat' dan fahaman yang ditanamkan kepada pengikut mereka , telah menyebabkan terjadinya 'sembahyang 'dua imam'. Manakala segala bentuk keraaian orang UMNO akan diboikot olih orang PAS. Terdapat juga pasangan yang berbeza fahaman politik bercerai Gejala ini sangat tidak sihat terhadap pembangunan Islam, namun, inilah akibat yang ditanggung olih umat Islam diMalaysia yang berbangsa Melayu.
Perpecahan yang dibawa amat merugikan Islam sebenarnya tetapi disebabkan 'fahaman' politik yang terlampau ekstrim telah menjuruskan perpecahan .Isu ini tidak terhenti disini, malah, pertembungan perbezaan menjadi amat kritikal terutama kepada kefahaman pengikut yang membuta-tuli. Bertitek tolak dari perselilishan fahaman serta keegoan pemimpin PAS, pada 2008 bermulalah era parti PAS berkerjasama dengan DAP.
Kerjasama yang terjalin diantara PAS dan DAP sebenarnya mendapat tentangan dari orang Melayu, samada didalam PAS mahupun diluas PAS. Kalau dahulu PAS mengharamkan kerjasama UMNO dengan parti bukan Melayu atau Islam , kini PAS secara terangan 'menghalalkan' kerjasama mereka dengan parti bukan Islam. Keadaan ini menjadi semakin panas. Kalau dahulu Islam dan negara Islam atau hudud menjadi ajendanya untuk menentang UMNO dan memenangi hati orang Melayu , kini, semua itu tidak lagi menjadi keutamaan PAS lagi, dan sekali gus orang Melayu menganggap bahawa PAS dan UMNO adalah serupa.
Apa yang berlaku dan terjadi kepada kepimpinan UMNO begitu jugalah keadaannya terhadap PAS, tiada bezanya. Kalau dahulu ulama dijadikan kriteria utama untuk dipileh sebagai pemimpin kini 'tanda aras' itu tidak terpakai lagi. Kini PAS lebih terbuka dan tersimpang jauh dari landasan yang digariskan olih pemimpin terdahulu . Begitulah keadaannya.
Kini personaliti PAS tidak lah sebersih dahulu. Kalau UMNO menghadapi masaalah 'moral' terhadap pemimpinnya, PAS juga tidak terkecuali. Terdapat juga beberapa kes dimana pemimpin PAS terlibat dengan 'kes khalwat', zina, zina dengan isteri orang,rasuah , menyalah gunakan kuasa serta tidak beramanah berleluasa dalam parti ini . Bohong, menipu serta memperdaya adalah mainan yang dianggap kebiasaan kini. Olih itu perjuangan Islam yang dilaungkan hanyalah 'retorik' semata-mata.
Namun didalam isu penyatuan ahli-ahlinya, nampaknya masaalah mereka adalah sama dengan UMNO. Terdapat perpecahan dan berlainan pendapat tetapi semua itu dikaburi dengan helah .Namun apa yang dapat diperkatakan, PAS bukanlah lagi sebuah parti yang 'memperjuangkan Islam, tetapi lebih dikenali sebagai ' parti yang menggunakan nama Islam" untuk kepentingan peribadi.
Olih itu secara jelas parti PAS bukanlah parti penegak Islam seperti yang didakwa, tetapi lebih kepada kumpulan yang 'membenarkan' perpecahan dikalangan umat Islam. Islam fahaman Nik Aziz tidak mencerminkan kehendak Al Quran serta Al sunnah. Sifat kasih mengasihi sesama Islam bukan lagi menjadi pegangan, malahan , carut mencarut, maki memaki, tuduh menuduh, kafir mengkafir, serta mendoakan kehancuran sesama Islam dijadikan perkara mainan dan doa mulut. Namun semua ini perkara 'jelik' ini adalah mainan mereka.
Sebagai kesimpulan, berjayakah PAS mengekalkan kehendak Islam?? , berjayakah mereka 'menggalas" tanggungjawap sebagai Parti yang 'berimej' Islam dan adakah pemimpin PAS mentaati 'amanah' pemimpin terdahulu?? Hanya anda menjadi hakim.
-----BERSAMBUNG-----
Ikhlas dari :- Cahaya Al Majid
Nmpknya awak memang tak tahu sejarah PAS yg sebenarnya...malah lebih byk persepsi sndri. Byk tohmahan dan fitnah semata-mata.
ReplyDeleteHinggakan singkatan PAS pun tidak tahu dari mana asal usulnya.PAS adalah singkatan dari tulusan jawi...Pa Alif Sin...
mungkin awak tak sempat belajar tulisan jawi ketika itu yang sudah pun dihapuskan di zaman madey lagi.
Salam. Kepandaian berTulisan jawi tidak menjamin seseorang itu beriman dan berakhlak mulia seperti tuntutan Islam.
Delete